Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, April 22, 2011

KEMAAFAN DENDAM YANG TERINDAH.........

assalammualaikum n selamat malam...
dah penat study so rehat jap...
pikir apa yang nak buat...
pikir punya pikir baik aku update blog nie yang dah 2 3 ari tak diupdate...
ntah la...baca punya baca tetiba ja terjumpa satu artikel nie...
aku rasa macam best..
dah cakap dah dekat tuan empunya blog..
aku minta copy masuk blog aku...
dia cakap ok..
thankz to AZUZAFU.COM ...
KEMAAFAN DENDAM YANG TERINDAH
betol ka kemaafan tu adalah dendam yang terindah??? jom kita layan artikel nie...
harap-harap dapat la input tengah-tengah malam nie....
he3x..
Perit rasanya difitnah, namun ia mengajar kita supaya tidak terus mempercayai khabar angin .
Manusia seringkali melatah apabila ditimpa bermacam perkara. Bila ia berlaku, mereka terus mengamuk, menilai buruk dan tekad untuk bermusuhan. Ada di antara mereka menyimpan dendam kepada pemfitnah ini.
Saya ibaratkan hati manusia, seperti sebuah peti yang memiliki laci-laci kecil.
Setiap rekod individu yang hadir di dalam hidup kita, disimpan dalam laci-laci ini. Jika sudah berkenalan dengan sejuta orang, maka ada sejutalah laci di dalam hati kita.
Dalam laci setiap individu, mempunyai fail-fail kenangan peristiwa kita bersama mereka.
Apabila kenangan yang berlaku adalah memeritkan, maka laci-laci ini akan berubah warna menjadi warna hitam. Lebih banyak manusia yang menyakitkan hati kita, lebih banyaklah laci hitam di dalam hati kita.
Selang hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan, tahun ke tahun, rasa sakit hati kita kepada individu yang lacinya sudah hitam ini masih wujud. Ini kerana kita masih menyimpan rekod mereka di dalam laci hitam. Semakin lama disimpan, semakin tebal fail kenangan mereka, dan melarat pula ke laci-laci yang lain.
Hati semakin sakit. Setiap perbuatan mereka yang menyakitkan, tidak dapat dilupakan sama sekali. Pantang mendengar nama mereka disebut, laci hitam di hati menebal seinci. Di mana lokasi yang ada kaitan dengan mereka akan dijauhi. Jika ada keramaian yang melibatkan mereka, kita tidak akan hadiri supaya tidak bertembung dengan mereka. Kerana hati sudah benci. Kerana peti hati sudah semakin dipenuhi dengan laci-laci hitam yang menyimpan rekod mereka.
Akhirnya, hati kita telah sepenuhnya menyimpan laci-laci hitam yang banyak dengan fail-fail kenangan yang menebal.
Akibat dari disakiti, kita membenci. Kita membenci mereka yang menyakiti kita, lantas menyimpan dendam. Dendam yang disimpan, mengakibatkan hati yang gelap dan penuh dengan laci-laci hitam. Laci-laci hitam yang memenuhi hati dengan fail-fail kenangan pahit mendorong kita untuk terus membenci, berdendam dan tidak lagi mahu memaafkan mereka yang menyakiti hati kita ini.
Mari fikirkan sejenak. Apa yang kita perolehi daripada rasa sakit hati yang dipendam sehingga menjadi benci dan dendam?
Adakah kita berpuas hati?
Adakah kita bebas ke sana ke mari?
Adakah kita berlapang dada?
Adakah kita merasa tenang?
Adakah kita bahagia?
Jika mereka yang menyakiti kita, kenapa harus kita berdendam kepadanya? Yang salah, siapa; kita atau mereka?
Jika yang berhati busuk dan dengki adalah mereka, kenapa hati kita pula yang hitam, dan penuh dengan kebencian?
Jika kita yang teraniaya, kenapa kita pula yang memiliki amarah dalam diri? Bukankah kita yang teraniaya adalah lebih beruntung kerana doa kita berpotensi dimakbulkan Tuhan?
Allah berkata, “.. dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah An-Nur:22)
Allah berkata lagi, “Dan segeralah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwaIaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.” (Surah Ali-Imran:133-134)
Selagi laci hitam tidak dibersihkan, selagi itu fail kenangan pahit yang tebal wujud di dalamnya. Selagi itu hati kita penuh dendam dan kebencian. Selagi itu jugalah kita tidak akan tenteram, kerana kerap memikirkan tentang mereka yang menyakiti kita. Lagi kerap kita memikirkan mereka, lagi tebal fail kenangan itu tersimpan dalam laci yang hitam.
Mungkin kebahagiaan sukar diperolehi kerana hati kita yang hitam.
Mungkin rezeki tidak muncul kerana hati kita yang tidak bersih.
Mungkin jodoh terhalang kerana hati kita yang tidak memaafkan.
Maafkan sahaja mereka, insyaAllah hati kita akan lebih tenang.. dan laci hitam akan terhapus dari peti hati kita.

macam mana...??? ermm..aku x da la maksudkan kepada sesiapa..artikel nie juz untuk renungan bersama...juz nak berkongsi apa yang aku dapat...ntah la...aku pun rasa macam tu jugak...apa guna kita nak berdendam kalau hati kita sentiasa akan sakit...betol tak...he3x...
k la..
nak sambung study balik..
tataaaa...
wassalam...

Sunday, April 17, 2011

MENGAPA WANITA MEMERLUKAN LELAKI???

uuurrrrrgghhh..
apa pon tak dapat...
wakakakakakaa..
bukan nak kata la..
memang malam ni apa pun x dapat...
dah la tak study..
hati nie memang risau nak exam..
tapi mood study x mai laggi..addooooiiiiii...
parah la kalau macam ni..
dah la exam kali ni tarikh dekat-dekat...
start 28 n 29 april...pastu 4, 5 n 6 mei ....
mampos!!!!..
kalau ikut macam dah tak sempat dah nak bc nihhh..wakakkaa..
tapi nak wat macam mana..
nie la nurul aqmar...
tetap cool...
wakakakkakaa..
dalam-dalam tak study tu sempat lagi dok baca artikel dalam iluvislam.com..
bukan apa..
best2 artikel n tazkirah kat situ...
nie nak kongsi la sket 1 tazkirah nie...
alang-alang tak study kan..
kekekkeee..
 jom kita layan n baca apa yang dia kata...

Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki?

 

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.




Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.
Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.


Kawan, saya harap dia membaca artikel 

ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.

 

Tetapi, 
jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.

Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok-belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.
Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.




Kawan, 
kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita sebagai wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.

Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua. Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.


Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.

Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa. Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.

Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.

Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.


 
Wanita, 
kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.

Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.


 
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.

Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.


 
Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah.

SEKIAN WASSALAM..
NITE 
thankz to iluvislam.com 

 

Saturday, April 16, 2011

MOOD: EXAM ( GOODLUCK SEMUA)



assalamualaikum semua..
ai..selamat berweekend...
tak ada apa pun nak story..
juz nak bagitau skunk nie tengah mood nak exam final kat UM...
hohohoooo..
menakutkan..
skunk tengah berstudy week..
nie pun baru dok wat note sket-sket...
buat 2 3 muka surat pastu berenti..
layan maharaja lawak..
abistu sampai bila nak abis study..
hihihihi..
bukan aku nak kata la..
petang-petang camni kalau baca buku pun bukan boleh masuk sangat ..
orang cakap otak dah tepu..
tapi aku ni bukan stakat petang..
pagi petang malam aku tepu..
ntah bila tak tepu pun tak tau..
hihiiiiiii..
nie pun amek kesempatan yang ada mengupdate blog..
nak tidoq dah petang sangat..
kang tidoq petang-petang camni sure payah nak bangun jap g...
dengan kesempatan yang ada nie aku nak wat ucapan sket dekat member-member seperjuangan..
kekekkekkeee...
ok la...
for member-member yang nak amek exam...




aku ucapkan semoga berjaya kepada member-member yang bakal ambik exam  terutamanya student 3rd year Fakulti ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya yang  kebanyakkannya start 29 april nie dengan paper PPE..juga ucapan buat diri sendiri..good luck...all the best..chayyyokk2...semoga berjaya mengharungi kertas demi kertas dengan jayanya..semoga semua usaha2 baik kita diberkatiNya, dipermudahkan kita sewaktu menjawab exam dan moga-moga ilmu yg kita pelajari kekal dalam hati kita supaya dapat kita amalkan dan sampaikan kepada orang lain…insyaAllah…..



k la..
chow dulu..tataaa..
assalammualaikum..














Thursday, April 14, 2011

"JANGAN TERLALU MENCARI YANG SEMPURNA"



Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


Begitulah juga .........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu. ...




Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.


Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.


Begitu juga....
 
jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.


Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....

renungan bersama.......


Monday, April 11, 2011

SELAMAT HARIJADI MAK..


Actually besday mak semalam..
10 April 2011...
dah wish dah semalam...
sebelom aku bertolak balik K.L..
Swi mak tak dapat nak sambut besday...
tapi aku dah bagi adiah dah...
he3x...
mak...
selamat menyambut harijadi yang ke 57 tahun...
semoga Dipanjangkan umur..
dimurahkan rezeki..
dan dipermudahkan segala urusan selalu...
Terima kasih atas segalanya...
segala jasa mak tak dapat kak nak balas...
selama 25 tahun mak bersusah payah mengasuh dan membesarkan anak mak yang nakal nie..
thankz a lot...
semoga mak bahagia di dunia dan akhirat...
dan semoga Allah sentiasa membekati hidup mak...
Ceria-ceria selalu disamping ayah..
hihihiiii...
kak sayang mak...
mmmmmmuuuaaakkksssss...

DURIAN OH DURIAN



DURIAN OH DURIAN..
Hihihihiii..
bila sebut ja durian macam-macam ekpresi muka yang boleh kita tengok..
ada yang teruja..
ada yang nak muntah..
ada yang tak mau tengok langsung..
ada yang tak boleh nak bau langsung...
ada yang tengok duri durian pun dah tak boleh...
(ada ka??)
aisshhh...
macam-macam..
aku plak kategori orang yang pantang tengok durian...
bukan sebab tak makan tapi pantang tengok kira nak makan..
hahahaaa..
tiap kali makan selagi tak rasa nak terkuar balik aku tak akan berenti..
makan ..makan...dan makan lagi..
lepas tu kompem-kompem kena g berendam dalam air..
sebab panas..
bagi aku la...
rugi sapa yang tak makan durian tau...
RAJA BUAH tu..
sedappp...
kena plak yang rasa dia lemak-lemak manis...
aisssshhh...
kalau kat kedah makan durian dengan pulut n santan...
letak gula sket..
peeerrrhhhhh...
sedap sehingga menjilat jari tue...
jangan jilat ibu jari kaki sudah...
wakakakakkaaa..
alhamdulillah balik kg baru2 ni ari-ari aku makan durian..
sampai jew kedah malam tue terus ayah beli buah durian..
dah tau dah anak dia suka makan..
aku balun sampai tak hengat dunia..
makan dengan lemang plak tu..
memang tak pandang kiri kanan dah la...
uiiii..
tak sabaq betoi la nak tunggu musim buah ni...
ley makan durian ari-ari...
sampai demam...
hhaahahhaaa..
kat kedah sekarang nie bukan musim durian lagi..
tapi ada jugak durian..
sebab kalu tak salah aku durian perak kot...
kalau tak salah la..
kalau salah sorry la...
jangan tak tau pula...
walaupun ramai orang muda-muda zaman sekarang yang tak makan buah durian tapi buah durian nie boleh mengeratkan silaturrahim antara saudara mara and jiran tetangga tau...
ha?? 
napa aku cakap macam tu??
nie pendapat aku la...
cuba kita tengok..
tiba ja musim durian mesti ramai yang buat kenduri durian...
aku tak tau negeri lain..
tapi kalau kat kedah memang macam tu..
ada ajew jiran-jiran or saudara mara yang buat kenduri pulut durian...
kalau kita fikirkan la ..
kenapa buah lain x da pun orang nak buat kenduri...
tapi bila musim durian jew ada ja orang yang wat kenduri durian...
pastu pulak time pesta makan buah tempatan depa wat time musim durian jugak...
ha nie la uniknya buah durian..
rugi tau sapa tak makan...
hahahahhahahaha
ok la...
sekian jew la cerita pasal durian..
aku chow dulu.
tengah tunggu cik lady wak balik lunch...
lapo...
tatatattatataa 

Thursday, April 7, 2011

BALIK KAMPUNG..

rumahku syurgaku


hahahahaa..
x da apa nak cakap pun..
juz nak bagitau ja..
Harini aku balik KEDAH..
waahhhh..
rindu bangat kat kampung..
rindu mak ayah..
rindu adik abang..
rindu arnab-arnab aku yang cumel-cumel tu..
rindu nak makan masakan mak..
aishhh..
macam-macam la..
opsst..
yang paling penting..
rindu kat tilam bantal kat bilik aku...
wakakkakakaaa
bunyi macam lama tak balik kan???
pada hal baru 3 minggu lepas aku balik..
hahahhahaaa..
tengah berkemas ni..
pukul 3 jap g pakcik tahir amek...
pukul 4.30 nek bas..
nek kat hentian duta..
malam ni baru sampai...
pastu dinner ngan family...
wahahhhh..
tak sabarnya...
tapi balik jap ja..
3 ari....
ahad dah kena mai UM balik...
huhuuuu...
eerrmmmm...
agak-agak kat kampung ada buah durian  tak lagi ekk..
lapar buah durian la..
huhuuuu..
aishhhh..
tak leh jadi nie..
balik nanti kena cari buah durian nie..
ok la...
nak berkemas apa yang patut dulu...
kalau rajin nanti aku post new entry khas dari DESA TERCINTA...
ok!!!!
tu pun kalau rajin la..
kalau tak nanti aku balik K.L aku update la..
sebab selalunya kalau balik umah dah tak sempat dah aku nak on9 nie..
sibok buat keja lain..
dah brapa kali ok pun aku tak tau dah ni..
kali nie betol-betol nak chow...
opsstt...
sebelom tu...
doakan keselamatan aku pegi n balik k...
taatttaaaaaaa....
BALIK KAMPUNG...
OOOO..OOOOO..
BALIK KAMPUNG....
HATI GIRANGGGGGGGGG...
hahahahah

Monday, April 4, 2011

MALAM PERDANA SEMBILAN FASA 2...

assalammualaikum..ai...
saja ja..
baru balik klaz..
baru sudah makan KFC Toasted Twister ..
kekenyang sudah...
keja tak da so update blog la..
nak g tau nie..
semalam g dinner MPS kat hotel grand dorset subang..
ha???
MPS tu apa??
ooo..
lupa nak g tau MPS tu MALAM PERDANA SEMBILAN..
nie malam untuk penghuni kolej ni bergumbira n malam untuk melaram habis-habisan la..
ok la..
aku dah 3 kali dah merasa MPS nie so bagi aku taun ni biasa-biasa saja..
bayar mahal sket dari tahun-tahun lepas tapi BIASA-BIASA..
so...
lu pikir la sendiri k...
wakakakakkakaka..
malam ni jugak adalah malam anugerah untuk penghuni-penghuni yang banyak berjasa kat kolej ni..
alamak!!!
lupa nak g tau..
kolej aku nie nama dia KOLEJ TUANKU SYED ZAHIRUDDIN a.k.a KOLEJ KEDIAMAN KE-9...
ok..sambung balik...
untuk MPS ni sebenaqnya aku mengharapkan gempak dari tahun-tahun lepas..
tapi nampaknya tak macam tu..
tapi yang best sket tu makanan kat Hotel Grand dorset ni boleh tahan la kalau nak di bandingkan dengan tahun lepas..
tahun lepas terus terang aku cakap tak sedap..
tambah-tambah nasi goreng dia..
dah macam nasi goreng letak kicap saja...
adoiii..
tak rasa apa..
ha tahun ni ok sket..
boleh la nak telan..
dah 3 tahun aku jadi penghuni tetap kolej 9 nie maksudnya dah 3x dah aku join MPS FASA 2..yang FASA 1 sekali pun tak penah join..
kekkekekee..
MPS fasa 2 time 1st year aku jadi AJK ...
so sangat kalut la...
penat ..
semua ada..
time 1st year pun buat kat Hotel Grand Dorset jugak..
tapi dulu nama dia Hotel Sheraton Subang..
Ala nama ja berubah..
suasana kat dalam tu tak berubah pn...
itu time 1st year..
nak crita pasal makanan pun aku tak tau sangat..
sebab nama pun AJK..
tak sempat nak makan..huhuhuhuhu
sedey gila...
tema taun tu sedap sket ..
aku suka..
maklum la aku AJK taun tu..
Mesti la aku suka..wakakkaka
tema dia BUNGA PUTIH ROS MERAH WANGIAN KEDAMAIAN..
urmmm..sedap kan tema dia..
maksudnya tema merah putih...
disebabkan penat dan tak dapat makan sangat so  MPS untuk kali ke-2 aku dah tak join..
dah malas dah..
nak melaram and makan puas2 pulak..
MPS 2 yang tahun lepas buat kat One World Hotel..
tema time nie apa ekk?? aku pun dah lupa ..
tak salah aku Garden kot sebab seingat aku time tu aku pakai baju kurung moden ada corak rama-rama and bunga..
ha dekat One World ni la makanan tak sedap langsung..
aishhh..
tapi ok la kan...sebab artis jemputan dia adibah nor...
aku suka gak la..
hahahahhaaa
tu jew la nak cerita..
he3x..
Taun nie kembali ke Sheraton..
aku pun tak tau kenapa depa pilih sheraton lagi..
macam la dah tak da hotel lain kat K.L nie kan...
Tema taun ni CITRA BUDAYA 1 MALAYSIA..
tapi kalau tengok baju aku memang bukan 1 malaysia la..
memang sengaja nak wat tema sendiri..
hihihii
ermmm..
banyak gila amek gambo semalam..
sampai tak larat aku nak sengeh..
dah tak tau dah nak posing macam mana..
semua orang dah balik..TAPI
geng aku tak abis-abis lagi bergambo..
yala ..
bukan senang nak melaram macam tu..
nak tunggu bila pulak la nak pakai macam tu..
lagipun masing-masing dah nak habis study dah..
so bila lagi la nak jumpa and bergambo macam tu..
aishhh..
sedey la pulak..
huhuu..
dah...tak mo sedey-sedey...
jom layan pic MPS aku..
dari aku 1st year sampai la yang last year a.k.a semalam...

MPS 2009


nie la baju aku pakai time MPS 1st aku..biasa2 ja..x sempat nak melaram...


AJK MPS 2009..


MPS 2010

NIE LA BAJU RAMA-RAMA AKU..he3x..

frend aku..

MPS 2011
bergambo ngan mak andam kitorang...wakakkakakaa...


nie pic semalam..amacam...??? hahahhaa

Mrs Azizi nie dah macam mak datin.. wakakkakaka

pintu ballroom pun boleh la..

anis n syu

wif adik zubed..a.k.a my roommte

wif aimi..waaahhhh...comel jew aimi...hihihihi

nie iman... 

cik soffea yang sweet...


wif mrs.wan dewa

wif shapik...

acap yang x mao sengeh...hahaha

kumpulan lucky...raja lawak musim 5

adam, acap and ajiz..


wif fuad

FRENDZ 4 EVER N EVER....HE3X..

dah habis dah...huhuhuhuhu..
sedey sudah..
kalau nak tengok banyak-banyak lagi aku dah upload kat FB..
k la...
dah petang..
tengok jam dah pkul 5.30..
burn time tidoq aku..
kekkekekekee
harap2 enjoy la ekk tengok pic nie...
bye...
wassalam..