Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 29, 2011

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

assamalammualaikum semua..
selamat pagi dan salam 1 Malaysia...
hari nie 27 rejab 1432 hijrah bersamaan 29 Jun 2011..
seperti yang kita tau arini merupakan satu tarikh penting bagi semua umat islam seantero dunia...
napa ekkk???
sebab arinie la berlakunya satu peristiwa penting iaitu peristiwa ISRAK dan MIKRAJ...
Setiap tahun pada 27 Rejab umat Islam diseru untuk mengingati peristiwa dimana Rasulullah SAW telah di diISRAkan dengan menaiki Buraq dari Masjidil-Haram ke Madinah, Bukit Tursina, Baitul-laham dan berakhir di Masjidil-Aqsa. 
Daripada Masjidil-Aqsa Rasulullah diMIKRAJkan ke langit dengan menaiki tangga yang diturunkan daripada Syurga ke Baitul-Makmur (betul-betul di atas Baitullah, Mekah), Sidratul-Muntaha, Mustawa, Sharirul-Aqlam, Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab bertemu dan berdailog dengan ALLAH swt.
pelbagai peristiwa dan pengajaran telah diperlihatkan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad SAW..
Antaranya adalah Allah S.W.T telah memperlihatkan 10 seksaan terhadap kaum Wanita..

Dalam perjalanan itu, Baginda menghadapi gangguan jin ifrit dengan obor api. Peristiwa itu memperingatkan kepada kita syaitan dan iblis tidak jemu menyesatkan dan memperdayakan umat manusia dengan pelbagai cara.

Dalam perjalanan Rasulullah ke Masjidil Al-Aqsa, Baginda melihat beberapa gambaran antara langit dan bumi. Antara pelajaran yang dapat diambil dari peristiwa itu ialah mengenai wanita. Rasulullah s.a.w melewati satu daerah yang mana baunya sangat harum seperti bau kasturi. 
Baginda bertanya kepada Jibril, daerah apakah yang sedang mereka lewati. Jibril menjawab: ''Itulah makam Masyitah, seorang wanita penghulu syurga.'' Dia adalah pengasuh anak Firaun, pemerintah yang kejam di Mesir yang mengaku dirinya Tuhan. Masyitah memiliki semangat dan jiwa keIslaman kuat hingga mampu mengenepikan keangkuhan Firaun. Kerana kekejaman Firaun, dia dan yang lainnya terpaksa menyembunyikan keimanan mereka. Pada suatu hari, ketika Masyitah menyisir rambut puteri Firaun, tiba-tiba sikat itu terjatuh. Dengan tidak sengaja, dia menyebut nama Allah. Ketika sang puteri mendengarnya, bertanya kepada Masyitah, siapakah Allah itu? Masyitah pada awalnya enggan menjawab, tetapi setelah didesak berkali-kali, dia akhirnya memberitahu bahawa Allah adalah Tuhan Yang Esa dan Tuhan Sekalian Alam.


Puteri itu mengadu hingga menyebabkan Firaun sangat marah mengetahui Masyitah menyembah tuhan selain dirinya. Masyitah dipaksa Firaun agar mengakui dirinya (Firaun) sebagai Tuhan. Tetapi dengan penuh keberanian dia berkata: "Tuhan aku dan Tuhan kamu adalah Allah." Kata-kata tersebut menimbulkan kemarahan Firaun. Lalu dia memerintahkan menterinya, Hammam, agar membuat patung sapi dari tembaga dan diisi minyak untuk merebus Masyitah dan keluarganya.



Ketika tiba giliran bayinya dimasukkan ke patung sapi, Masyitah hampir mengaku kalah dan menyerah kepada keinginan Firaun kerana sangat sayang kepada anaknya. Tetapi dengan kehendak Allah terjadinya kejadian luar biasa. Secara tiba-tiba bayi itu dengan fasih berkata: "Wahai ibuku! Teruskanlah dan jangan menyerah kalah, sesungguhnya engkau di jalan yang benar." Masyitah dan keluarganya mempertahankan keimanan mereka dengan mengatakan ''Allah Tuhan Yang Esa dan Firaun hanya manusia biasa''. Lalu semuanya syahid dibunuh Firaun. Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini diperingati setiap tahun oleh seluruh manusia melalui peristiwa Israk dan Mikraj.  

Dalam perjalanan terbabit Baginda diperlihatkan 10 jenis seksaan yang menimpa wanita hingga Rasulullah s.a.w menangis apabila mengenangkannya.
Di antaranya adalah :
  1. perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya dari pandangan lelaki lain.
  2. Seksaan lain ialah perempuan yang digantung dengan lidah, tangannya dikeluarkan dari punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan perkataan.
  3. Baginda juga melihat bagaimana perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pohon zakum dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa izin dari suaminya.
  4. Ada pula perempuan yang diikat kedua kakinya serta kedua tangannya sampai ke ubun-ubun, dililit oleh beberapa ekor ular dan kala jengking. Itu adalah balasan kepada perempuan yang mampu solat dan berpuasa, tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak wuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa izin suaminya dan tidak mandi bersuci setelah haid dan nifas. 
  5. Baginda kemudian melihat perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri sedangkan di bawahnya ada api yang menyala. Golongan itu adalah perempuan yang berhias agar dilihat oleh lelaki lain dan suka menceritakan keburukan orang lain. 
  6. Baginda juga melihat perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka membanggakan diri sendiri agar orang melihat perhiasannya. 
  7. Selain itu, baginda turut menyaksikan seksaan terhadap perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keledai. Mereka suka mengadu domba dan sangat suka berdusta. 
  8. Ada juga perempuan yang Baginda lihat, wajahnya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya lalu keluar melalui duburnya. Ia adalah akibat daripada perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain. 
inilah antara peristiwa-peristiwa penting yang telah diperlihatkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW.  Kebesaran dan keangungan Allah S.W.T yang tergambar menerusi peristiwa ini seharusnya memberikan kita keyakinan dan keazaman untuk bersama-sama meneruskan cita-cita agama yang diwarisi dari Nabi Muhammad SAW dan Umat Islam terawal menerusi usaha penyampaian risalah Islam untuk seluruh masyarakat manusia.

 Akhir kata,“Selamat Menyambut Israk dan Mikraj Kepada Seluruh Umat Islam”

assalammualaikum... 

Sunday, June 19, 2011

SELAMAT HARI BAPA

ai..assalammualaikum semua..
bulan lepas kita telah meraikan Hari Ibu dan pada hari ini pula tiba giliran kita meraikan golongan bapa pula.
Tapi kita sedia maklum, lazimnya sambutan Hari Bapa ini agak kurang sedikit hangatnya berbanding dengan Hari Ibu dulu. 
Tapi x dak hal la ...
asalkan kita tidak lupa jasa dan pengorbanan ibubapa kita sudah la.... 
Mungkin dengan sekadar ucapan ringkas pada hari ini dapat mengukir senyuman di bibir bapa kita...
itu pun dah memadai..
BETOL TAKKK...
hehehe...
ok la..
sempena sambutan hari bapa taun nie aku nak amek kesempatan nie nak wat ucapan sket kat ayah tercenta aku...
nie aku tujukan khas untuk TUAN HAJI ABDULLAH BIN AHMAD dan semua yang bergelar AYAH, PAPA, ABAH, DADDY dan sebagainya..
ayah..
terima kasih atas segalanya...
penat lelah ayah melayan karenah anak-anak ayah nie...
penat lelah ayah membesaqkan kami..
penat lelah ayah hantaq n amek kami kat skolah..
penat lelah ayah cari det untuk membesaqkan anak-anak ayah nie..
dan macam-macam lagi yang ayah buat untuk tujuan kesenangan anak-anak ayah nie..
terima kasih sangat-sangat ayah...
segala jasa ayah tak dapat anak-anak ayah balas...
hanya doa yang mampu kami berikan untuk kesejahteraan ayah di dunia dan akhirat...
AYAH,..
sebenaqnya tak terucap untuk membicarakan keikhlasan seorang yg bergelar ayah, 
tak terbilang kata untuk mengungkapkan kehebatan AYAH, 
tak terkira jari untuk menggambarkan pengorbanan AYAH, 
tak teruntai bicara untuk merungkai keprihatinan AYAH, 
tak terucap bicara untk menyatakan kasih sayang AYAH,
tak tertulis bait-bait indah untkmengenang jasa AYAH, 
yang pasti hingga jasad terlerai dari badanpun tidak mungkin aku dapat balas jasa  AYAH,
 
macam kata-kata kat bawah nie...
‘AYAH’ bagaikan NTV7 kerana CERIA SELALU. ‘AYAH’ juga kadang-kala seperti TV3 kerana MENJADI INSPIRASI HIDUPKU…yang pasti ‘AYAH’ juga bagaikan TV9 DEKAT DI HATI…dan yang paling penting, ‘AYAH’ juga bagaikan pakej Astro kerana MACAM-MACAM ADA…'
hekhehek...
 
k la...setakat nie dulu ..
nanti ada masa aku update lain blog nie..
swi banyak2..
x ley nak letak pic ayah aku yang ensem nie..
internet low sangat..
x ley nak upload..
apa2 pon...
SELAMAT HARI BAPA kepada semua yang bergelar bapa....
assalamualaikum..
aku chow duluu..
tataaaaa

Wednesday, June 8, 2011

PELANGI SELEPAS HUJAN

assalammualaikum semua..
selamat pagi pada sapa2 yang belom tidoq lagi..
ai...
awat la tak tidoq lagi ha???
nak jadi burung antu ka apa ?? 
hahahahahaaa...
jom pakat-pakat p tidoq jom..
esok bangkit semayang subuh...
TAPI...
sebelom tidoq aku nak ajak kawan-kawan aku baca satu artikel nie..
besa la pagi-pagi nie wat tazkirah sket..
tak banyak sket jerkkk..
buat renungan kita semua...
aku dapat kat blog iluvislam...
bessttt kat situ..
banyak input yang kita ley dapat...
dah x mau melalut banyak sangat..
sama-sama la kita hayati ekkk..

PELANGI SELEPAS HUJAN 

Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada.

Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.

Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan.

Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.


 Pernahkah sekali kita memahami alam? 
Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?

Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang?

Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.

Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?

Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?

Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?

Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?

Jawabnya senang jeww.

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.

Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah.

- Artikel iluvislam.com

Tuesday, June 7, 2011

AISHITERU

ai...
assalammualaikum..
fuhhh...dah 3 minggu dah kan aku tak update blog..
besa la balik umah cbok sket...
hekhekhek...
Tak da pa pun yang menarik..
juz nak kongsi dengan korang semua pasal satu lagu nie..
ntah la..
aku minat gila lagu nie..
band indon punya..
Zivilia Band...
aku rasa lagu nie dah lama..
tapi aku baru dengaq..
maklum la lagu nie skunk tengah jadi OST untuk drama CINTA MELODY yang tengah main kat astro skunk..
actually best cita tu sebab Randy Pangalila ensyem bangat sihhh...
hahahahahha
x mo ngarut banyak-banyak...
jom la layan video klip lagu nie n lirik dia skali aku bagi...
he3x..


Lirik Lagu Zhifilia – Menunggu (Aishiteru)
Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…

*)
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan

reff:
walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru

Bridge:
hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali

kembali ke *)

nie la  Randy Pangalila..
encem kan...
he3x..
k la..
choww dulu.. 
nite...