Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, May 31, 2012

pagi @ BROGA HILL



Weekend yang paling ohsem kompem la weekend yang di isi dengan aktiviti di luar daripada aktiviti seharian kita kan..kan..kan..... bukan juz duduk kat umah menghabiskan masa depan pc, depan tv or tidoe ja.. jalan jalan , berkelah, beriadah bersama keluaraga dan rakan rakan adalah consider sebagai aktiviti awesome.. ok!! siap intro,...wakakakakakak
Sebenaqnya aku nak citer sket...weekend aritu aku g semenyih....daki Bukit Broga.. alaa.. sesapa pon kompem tau la pasal Bukit Broga ni, kalau yang duduk kat area Lembah Klang mungkin bukit ini sudah tidak asing lagi bagi dorang.. lebih kurang sejam perjalanan daripada KL, terletak dekat Semenyih, kaki bukit menghadap ladang sawit dan Rabbit Farm jadi tumpuan kepada warga kota untuk main panjat panjat bukit..wakakkakakaa...

Dengan ketinggian 390 meter, 1279 kaki atas aras laut, pemandangan yang agak cantik jugak la....kalau tak salah aku juz 45 minit daripada Kuala Lumpur.... terletak 5 minit daripada University of Nottingham kampus Semenyih.... Pendakian mengambil masa 30 minit hingga satu jam. It's an easy hiking. 
kitorang lak bertolak dalam pukul 4.30 pagi kalau tak salah aku..sampai sana dalam kol 5.30 pagi..yala nak tengok matahari terbit kan...so kena awal-awal la...kalau korang nak g jangan lupa wak torch light tau...yala..tu kalau korang nak nek sebelom subuh la...kang jalan kat situ gelap...tak dak torch light camna nak jalan kan...kalau tak mau bawak pon ok jew..... ala paling kuat pun jatuh begolek ke bawah, tak pegi mana pun..wakakakakakakaa......

kalau tak silap aku la kan setiap hujung minggu ja hampir beratus-ratus orang kot yang panjat bukit ni.. agaknya la kot, sebab first time aku naik ni aku tengok ramai gila orang, gigih nak menawan puncak bukit la katakan..hahahahahaa..






lepas turun ja terus balun cendol...
tambah balik lemak yang hilang..wakkakkakaka

actually banyak lagi pic...tapi malas dah nak upload...ni ja la k...kekekekkekeke...choww dulu...tatattataaa...






international food festival

assalammulaikum..last week ada festival makanan antarabangsa kat UM anjuran student-student luar negara...macam-macam jenis makanan ada...sampe aku sendiri tak tau nak sebut...ada la beberapa negara yang terlibat...macam uzbekistan, khazastan, yamen, china, somalia, korea, thailand, indonesia...lagi apa ekk?? aku dah tak ingat...haahahaa...disamping makanan-makanan dorang ni ada jugak pameran berkaitan dengan culture dorang...pameran pasai barang-barang dari tempat dorang...best jugakkk...ley tau serba skit kan..yala ada jugak benda yang aku tak penah nampak...boleh try baju tradisional negara dorang...kalau saja-saja nak cari payah sket kan..ni bila dah ada kat depan mata ley jugak try...hahahaa..tunggu nak p negara depa memang lambat la...ntah-ntah tak akan p langsung...wakakakkaakkaka....dah alang-alang p tak kan x amek pic kan....kekkekekekeke..so apa lagi...meh rrr tengok pic...tapi sori rrrr sebab nama ja p international food festival...tapi tak sempat nak amek pic makanan...hahahhahaaa...

baju kebudayaan negara uzbekistan....
baju ni  sometime dorang pakai untuk majlis perkahwinan....

wif sador...my classmate from uzbekistan...
yang ujung skali tu nadia from thailand...

kuikuikuiiii...

ini kasut dari mana ekkk...tak pasti lak..dah lupa...

ini indonesia punya patung..
skali tengok macam idop pon ada patung nie...

ini topi tradisi Kazakhstan

ensem tak..student from kazakhstan...nama tak tau...
tak sempat nak berkenalan..hahahahah

nadia n eiman...barang-barang ni from somalia

nie pon dari somalia...

ha nie pedang dari china...kekekkekee...


Saturday, May 19, 2012

sabar dan tabah tika diri diduga dan diuji



assalammualaikum dan selamat pagi cinta....selamat berweekend semua...apa plan korang rini?? jalan-jalan ngan family? or bergonjeng ngan member2?? yang minat bola lak mesti dah tak sabar-sabar nak tengok malam ni kan...sime darby vs kelantan...goodluck untuk semua...pada sapa-sapa yang nak g tengok kat stadium tu takecare k...jangan wak mercun...jangan baling botol air...jangan wat benda yang salah disisi undang-undang k...biaq perlawanan malam ni tak dicemari dengan perkara-perkara yang tak diingini...he3x....

aku?? ermmm...aku tak g mana-mana kot rini..juz kat bilik...layan buku-buku...yala...exam dah dekat kan...tapi jiwa ada sedikit kacau sikit la seminggu dua nie...ntah la..susah nak cakap...better simpan dalam ati lagi ok kot..hhuhuuhuuu...tengah-tengah layan perasaan ni terbaca satu post dekat blog sentuhanmaya...kredit untuk pemiliknya...sebab post ni macam ada kena mengena sket...hikhikhik..tajuk dia SABAR DAN TABAH TIKA DIRI DIDUGA DAN DIUJI...dia kata kat situ...
didalam rencah kehidupan ini, pelbagai dugaan dan cabaran di dalam mewarnakan nilai-nilai pengertian kita...ada kalanya kita di uji dengan bermacam-macam cara...ada tikanya dugaan itu silih berganti....kadang-kadang kita terasa sempitnya waktu dan hilangnya arah tuju tak kala sesuatu perkara itu menhampiri dan menghempas pada diri kita...kita menjadi takut dan hilang arah diri...apalah yang ada pada kita, jika kita tidak mampu menghadapi saat-saat kesusahan dan kesulitan itu?
tika kita diduga dengan ujian yang mana kadang-kadang kita rasakan tidak mampu untuk hadapinya, sering kita mengeluh dan menyalahkan MENGAPA SEMUA INI BERLAKU???? setiap perjalanan kehidupan kita tidak sama dengan orang lain...kesabaran dan ketabahan dalam diri kita seharusnya menjadi pegangan, percaya dan yakin pada iman, kita diuji dan diduga untuk memperlihatkan sejauh mana kekuatan didalam diri kita....ADAKAH KITA SABAR??? sesungguhnya allah SWT bersama dengan hambanya yang sabar....
KITA TAK DAPAT ULANG MASA SILAM UNTUK MEMUNGKINKAN KEBAHAGIAAN MASA DEPAN, KITA BELAJAR DARI KESUSAHAN UNTUK MENAPAK MENCAPAI BAHAGIA...
kita sering mahukan hari yang cerah tapi Allah lebih mengetahui, hakikatnya hujan perlu diturunkan...kita sering inginkan keseronokan dan menjauhi kesusahan tetapi Allah juga yang lebih mengetahui..sebenarnya kesusahan itu mengajar kita erti kehidupan sebenar...kita juga sering inginkan ketenangan, hakikatnya diri penuh dosa dan kejahatan kerana manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan...semuanya bukan hukuman, tapi sebagai tanda kasih sayang Allah agar kita lebih tabah..itulah ujian dan dugaan dariNya pada hambanya untuk mengenal erti kesabaran sebenar...
CINTA  itu ialah bila kita memandangnya, tiada jemu hadir menyapa....bila kita teringat akannya, rindu itu amat kuat menggamit rasa dan bila dia sakit, luruh segala rasa kerana risau akan dirinya...cinta kita akan tetap kekal bersama untuknya....
NAMUN JIKA JODOH ITU TIADA, BENARKAN RASA HATI MELEPASAKAN PERLAHAN-LAHAN CINTA ITU...
menyuruh orang lain bersabar dengan musibah adalah mudah, namun apabila ujian dan dugaan itu terpikul dibahu sendiri hakikatnya ia sungguh payah...sebagai hamba Allah, kita tidak dapat lari dari ujian dan dugaan yang meremuk rendamkan hati kita dengan kekecewaan dan kesedihan...sudah lumrah manusia untuk merasa sedih dan kecewa...
lain orang lain cara untuk menanganinya..ada yang menzahirkan kekecewaan dengan airmata yang mencurah, ada yang berlawan dengan keegoan dan ada juga yang menangis di dalam hati meskipun bibirnya tersenyum lebar...
menangis dan sedih bukanlah bererti kita hilang harapan..jauh sekali untuk menjadikan kita putus asa dengan rahmat tuhan..sesekali menangis, hati kita akan bangkit sedar bahawa kita hanyalah hambanya yang lemah dan kerdil...sesekali menangis, jiwa kita dididik dengan indahnya sabar dan redha...sesekali menangis percayalah bukan Allah tidah tahu hancur luluhnya hati kita menanggung kecewa dan sedih...tetapi Dia mahu kita rapat padaNya...lantaran hati-hati beginilah yang lunak dan lembut beribadat kepadanya....
setelah kita jatuh dan luka, bangkitlah semula melangkah...namun, jika kita jatuh tersungkur dan sukar untuk bangun, percayalah sinar harapan tetap ada,....kasihNya sentiasa dekat, cuma kita yang selalu alpa dan lalai...
yakinlah, allah tidak menciptakan sesuatu ujian untuk bencana itu, hanya dengan sia-sia...pasti terdapat hikmah disebalik peristiwa yang menimpa...


Jodoh Itu Rahsia ALLAH, Sweet Kan ALLAH, DIA Nak Bagi Kejutan Dekat Kita..
☻♥☻
/█\/█\
.||.||.
 SEKUAT mana kita SETIA…
 SEHEBAT mana kita MERANCANG…
 SEJAUH mana kita MENUNGGU…
 SEKERAS mana kita BERSABAR…
 SEJUJUR mana saya MENERIMA AWAK…

Jika ALLAH Tidak Menulis Jodoh Kita Bersama..Kita Tetap Tidak Akan Bersama..Tiada Yang Kebetulan Melainkan Semuanya Telah Dirancang..Dan Sebaik Baik Yang Merancang Itu Adalah ALLAH s.w.t., Maha Perancang Segalanya... :)



wassalam...


P/s...untuk awak dan saya...hopefully kita tabah hadapi dugaan nie...huhuhuuuu

Monday, May 14, 2012

JIWANG-JIWANG..


jika saya yang bertakhta di hati awak,sayangi saya sejujur hati awak
jika saya yang awak rindui,simpan saya jauh dalam hati awak
jika saya yang selalu menyakiti hati awak,maafkanlah saya kerana itu bukan niat saya
jika saya antara orang yang awak tak mahu kenang lagi,ajar saya tuk memahami awak
tapi jika di dalam hati awak takde diri saya,saya terima seadanya
namun ketahuilah bahawa awak akan selalu dalam hati saya kerana saya amat bersyukur memiliki awak ♥♥♥ ..... more about love

opsstt...terjiwang lak malam nie... hikhikhik

Wednesday, May 9, 2012

Isu Kahwin: 2.5 Juta Rakyat Malaysia Bujang, Lelaki Lebih Ramai


KUALA LUMPUR – Sekitar 2.5 juta rakyat Malaysia yang berusia lebih 25 tahun dan mewakili 16.7 peratus penduduk negara ini, masih belum atau tidak berkahwin.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Senator Heng Seai Kie berkata, berdasarkan Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, daripada jumlah itu 60.4 peratus adalah lelaki.

Bancian itu juga mendapati purata umur perkahwinan pertama bagi lelaki menurun kepada 28 tahun berbanding 28.6 pada tahun 2000, manakala bagi wanita pula meningkat kepada 25.7 berbanding 25.1 tahun, katanya menjawab soalan Senator Datuk Boon Som Inong.

Heng berkata Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia keempat pada 2004 yang dijalankan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara, mendapati 32.1 peratus daripada responden tidak pernah berkahwin.

Daripada jumlah itu, 55.6 peratus adalah lelaki, katanya dipetik Bernama.

“Sebanyak 44.7 peratus daripada responden lelaki tidak berkahwin kerana masalah kewangan, tiada calon sesuai (19.3 peratus), kerjaya (12.8 peratus), komitmen keluarga (6.3 peratus) dan selebihnya sebab lain.

“Sebanyak 40 peratus wanita tidak berkahwin kerana tiada calon sesuai, masalah kewangan (14 peratus), kerjaya (8.4 peratus), selesa hidup membujang (8.4 peratus), komitmen keluarga (7.4 peratus) dan selebihnya sebab lain,” katanya.

Heng berkata, kementerian tidak bercadang mewujudkan perkhidmatan pusat temu jodoh atau perkhidmatan temu jodoh secara dalam talian kerana perkhidmatan itu telah disediakan swasta, pertubuhan bukan kerajaan badan agama dan beberapa parti politik.

Credit http://www.sinarharian.com.my

hahaaaa....termasuk aku la tu kan...wakakakkaa... 

Thursday, May 3, 2012

Haleeda : Setia Kasih



Lirik Lagu Setia Kasih - Haleeda

Sekali air sungai melimpah
Sekali pasirnya pun berubah
Itulah falsafah... yang jadi ikutan...
Dan juga bualan

Tapi bagiku pula berbeza
Sungai mengalir tetap berliku
Yang berubah cuma... adalah pasir saja...
Penghujungnya muara

( korus )
Hati ingin berbicara
Hati ingin merasai... nikmat cinta
Yang sering diperkata
Tetapi sebaliknya
Tiada Terlaksana

Dahan yang patah tiada bersambung lagi
Hatiku pasrah dalam mencari mimpi
Getar hatiku serta kepayahanku
Hanya kau saja sudi memahaminya

Setiaku kini hanya satu
Dan kasihku bukanlah beribu
Biar bercerai badan... jasad atau pun nyawa...
Aku tetap setia


p/s.....tetiba ja nak layan lagu nie ...jom rrr join...he3x..