Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, February 19, 2012

NASI KOKRET @ PUNCAK PERDANA.....

assalammualaikum n selamat petang...saja-saja dok teman azai kat kedai  ...tak da keja update blog la...ni nak crita pasai makan jugak..aishhhhhh...makann..makannn...n makannn...suka makan...walaupon aku ni makan sket tapi aku suka makan...makan sesuatu yang aku tak penah makan...suka mencuba sesuatu yang baru...hek3x...actually ahad lepas g makan nasi kokret kat UITM puncak perdana...kedai ni betol-betol sebelah pintu pagar UITM puncak perdana..tu la 1st time aku dengaq pasai nasi kokret ni..azai yang crita...sebelom ni memang tak penah dengar pon...Sebenarnya.. tak pasti... apa istimewanya makanan ni.. dan nape ianya dinamakan NASI KOKRET... Hehehehe... Tapi yang nyatanya... Sungguh sedap bila melalui tekak ni... Sungguh berselera... Terutamanya order makanan ni time perut tengah bergelora minta diisi...hahhaaaa...nasi kokret ni nasi puteh yang disediakan dengan telor dadar n sup...pastu ada skali lauk dia...aku rasa lauk dia tu yang istimewa sket...lauk tu dia campur ayam daging udang sotong ...pastu ada kacang panjang, carrot n bawang besar...harga dia RM6....





sapa-sapa yang suka makan tu ok ja kalau nak p puncak perdana nak rasa nasi kokret ni...kompem tak nyesal punya...he3x...k la..nanti2 update lain...tataaaaa

Saturday, February 18, 2012

ABC FRADOO


assalammualaikum n selamat malam semua..dah nak tidoq dah ni tapi sebelom tu nak crita sket ni...kelmarin g makan ABC fradoo kat seksyen 2 shah alam...sedap...ntah la tetiba tringin nak makan ABC..azai la ni...dia tetiba nak makan so aku pon apa lagi trus nak makan jugak...mula-mula tak terpikir pon pasal FRADOO ABC ni...punya la lapaq ABC singgah dekat PAPARICH...niat d ati nak minum jew..sebab time tu tengah panas n dahaga sangat...bila dah singgah ....amek tempat..waiter pon sampe sambil wak menu...belek punya belek menu..time nak order dah ni...tinggal nak panggil waiter tue jew lagi...tetiba si azai teringat pasal ABC FRADOO ...apa lagi...kami terus bangun ...dengan muka selamber badaknya aku senyum kat waiter tu n terus blah...hahahahaaa..bukan kami tak da duet k...duetnya ada...tapi nak g minum kat tempat yang lebih berbaloi...hahahahahahahha...so singgah la dekat ABC FRADOO tue..rame orang kat situ n kebanyakkannya memang makan ABC...selain ABC air lain pon da jugak...tapi special kat situ ABC dia la...aku ngan azai order ABC SPECIAL FRADOO...memang lain dari yang lain la...da buah anggur sebijik n laici...pastu ada biskut jejari kat atas tu...dia letak coklat cair...pastu perisa warna warni..sedap la..lain-lain macam ABC biasa jugak la...cara dia hiasa tu nampak menarik n tertarik untuk makan...kekekekkee...
ni la ABC SPECIAL FRADOO...


 ...kalau korang nak cuba g la...berbaloi la..juz rm3 jew pon...tak mahal poonn.... k la...tido dulu..mengantok gila...hahahhahahahaa..k..nite...

Tuesday, February 14, 2012

port dickson...

selamat petang n selamat hari selasa..aku baru balik makan..kekenyangan n kemengantukan...huhuuu..ermmm...dah hampir 12 tahun dah aku tak penah sampe PD tau...tapi kelmarin mr.A bawak g PD ..hahahaaa...best giler...ciap mandi pantai lagi..last aku mandi pantai tahun 2010 rasanya kat langkawi.....actually tak plan pun nak mandi...ngatkan nak swoh mr.A jew mandi sorang-sorang tu yang tak wak baju lebih..tapi dia swoh mandi jugak siap swoh g beli baju lagi..adeh!!!...kitorang bertolak dari k.l dah petang dah..lam 4.30...sampe PD lam 5 lebih kalau tak silap aku...g PD ni pon tak plan...last minute planning...pakai redah jew...opstt...swi la pic tak sempat nak amek...hahahaaa..tak pa simpan dalam memory jew...kompem tak ilang kan...kecuali la kalau aku ada imnesia mybe ilang la...hahahahaaa....pa-pa pon thankz to Mr. A coz wak g jenjalan PD...sayang kamoo.....nanti2 wak jenjalan lagi k cyunkkkk...hekhekhek...chow dulu...tataaaaaaa..opstttt..sebelom tu....SAY NO!!!!! to valentine's day...yeahhhhh!!!!!!!!!!!...ingat sambutan valentine di kalangan umat islam adalah haram...so jangan sesekali korang sambut k...bagi aku setiap hari adalah hari kekasih...tataaaaaaaa...

Sunday, February 5, 2012

CINTA KONTRAK

assalammualaikum...selamat malam malaysia...selamat malam cinta...actually novel ni dah lama aku baca...sebelom balik cuti aritu...tapi skunk baru sempat nak review balik...he3x...tajuk dia CINTA KONTRAK by NURUL AIN SYUHADA... Novel yang sekarang tengah naik mendadak menduduki Bestseller Carta Buku Fiksyen Popular.  Lagi cerita kahwin paksa. Memang pembaca novel Melayu dekat Malaysia suka tema atau jalan cerita macam ni ke? By the way, rata-rata komen yang diterima cakap novel ni best and menarik....kat tv skunk pon tengah main cerita BICARA HATI...tu pon cinta kontrak jugak tu...emmm...pa-pa pon jom layan sinopsis dia dulu...pastu aku komen k....




Sinopsis Cinta Kontrak 

"Oi cicak kobeng! Ayat aku tu! Yang kau sibuk-sibuk ciplak buat harta sendiri pulak apahal? Ayat aku tu milik aku secara rasmi tau tak!" Aku semburkan ayat-ayatku dihadapan wajahnya.
Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang dari kampung ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mengumpul duit demi keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. Dengan bantuan sahabat Alongnya, Kak Yati, Airysha bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya.
Muhammad Danial Franz, seorang pemuda kacukan Perancis yang berkelulusan dari luar negara kembali ke Malaysia dan bekerja di bawah daddynya, Dato' Eddy disebuah syarikat besar.
Takdir menemukan Airysha yang brutal dengan Danial yang ego di butik mommy Danial, Datin Aleeya! Danial cuba mendapatkan Airysha tanpa merendahkan egonya. Danial membawa Airysha untuk bertemu orang tuanya untuk dikahwinkan. Tetapi perkahwinan ini bersyarat! Kontrak yang direka Danial dipandang remeh oleh Airysha.
Disaat akad nikah hampir tiba, Airysha menyusun strategi untuk lari!, Airysha mengambil keputusan untuk membatalkan kontrak tersebut. Lantas sekeping kertas yang tertera kontraknya, dibuang. Apa yang bakal terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan masih diteruskan? Bagaimana kehidupan Airysha selepas ini? Adakah masih terkurung disangkar yang disaluti emas? Bahagiakah dia? Bagaimana pula penerimaan Danial terhadap perangai brutal Airysha? Bila senduk bertemu kuali, bila api bertemu sumbu bom, apa yang akan terjadi?
"Kontrak! Kontrak! Kontrak! Tu je yang kau tau nak sebut? Yela! Yela! Aku yang buang. Aku tak puas hati dengan syarat-syarat dia. Ada ke aku sebagai seorang perempuan, kena tido atas sofa? Kau ni manusia takde hati, takde perut!" selorohku. Dalam masa yang sama, aku cuba melepaskan diri daripada rangkulannya. Danial mendengus perlahan.
eeeemmmm...bagi aku la best novel nie..ringan...sesuai untuk korang yang nak relax2kan otak...aku baca novel nie asyik gelak ja...yala..cuba korang bayangkan...airysha..nama sedap...tapi mulut boleh tahan celupar...aku ska..hahahhaaaaa... tak rugi kalau korang beli novel ni...aku dah baca 2x dah..tapi still tak jemu..still tergelak-gelak...tapi kat sini aku tak nafikan yang dah banyak sangat rasanya novel Melayu yang ada dekat pasaran ni yang menceritakan pasal kahwin paksa nie. Sebab tangkap basah, wasiat, terpaksa dan dipaksa lepas tu akan wujud syarat-syarat atau kontrak yang dua-dua akan persetujui. At last, kontrak atau syarat-syarat tu akan batal sebab dua-dua dah fall in love. Haih, rasanya dah banyak sangat cerita macam ni aku baca. Stereotaip sangat jalan ceritanya. Any other interesting ideas? Aku bukan nak mendiskriminasi pulak! sebab aku memang peminat setia novel-novel meayu ni...Novel-novel Siti Rosmizah pun guna tema yang sama. Nurul Ain Syuhada novelis baru kot sebab aku tak pernah lagi dengar nama ni before this. tapi apa-apa pon aku nak say tahniah la dekat penulis novel nie sebab walaupun baru tapi novel CINTA KONTRAK berjaya menduduki carta bestseller dekat popular....aku harap lepas ni Nurul Ain Syuhada akan menghasilkan banyak lagi novel yang menarik...
macam besa...chow dulu...tatattaaaaaa...

sesuatu yang tak pasti...


Assalammualaikum….selamat malam cinta…selamat malam semua..tengah tunggu SEJUTA MONEY DROP..sambil-sambil tu tak da keja so mengonlinekan diri la….aku tak tau la tajuk kat atas ni kena ke tak ngan apa yang aku nak bincangkan kat bawah ni..kalau tak kena pon wat-wat kena la ekk...hahahahhaaa..ok2...sambung balik...bila dah online nie macam-macam la aku jelajah…then macam-macam jugak la aku jumpa…kekekeeee…dalam dok search macam-macam ni terpandang la satu kata-kata ni yang bagi aku menarik dan emmmm…menarik la….he3x..dia kata…

jodoh itu rahsia Allah SWT
sekuat mana kita setia
sehebat mana kita merancang
selama mana kita menunggu
sekeras mana kita brsabar
sejujur mana kita menerima kekasih
jika Allah tidak menulis JODOH
kita bersama kekasih kita..
kita tetap tidak akan bersama dengannya…

bila terbaca kata-kata ni wat aku terpikir…betol jugak kan…kalau dia memang bukan jodoh kita jangan wat camna la dia tetap tak akan jadi jodoh kita…biaq la kita pertahankan hubungan tu macam mana pon kalau dah tertulis dia bukan jodoh kita dia tetap tak akan bersama kita kan….huhuuu..tapi kalau dia memang jodoh kita…berpisah macam mana pon akhirnya tetap akan bersama jugak…so..bak kata ayat kat bawah ni….

Jangan Bercinta jika tak setia , Jangan ucapkan sayang jika terpaksa , Jangan merindui jika Hati dah benci , Jangan Dipendam jika Dah Jemu , Dan jangan dirahsia jika dah ada pengganti..

JANGAN DIRAHSIA JIKA DAH ADA PENGGANTI..betol!!!!..aku tak tuju pada sesiapa…juz nak kongsi sama-sama ngan korang jew…memang betol la…jangan la cuba untuk rahsiakan jika dah ada pengganti…jangan biarkan pasangan korang tertunggu-tunggu sesuatu yang tak pasti…biar dia kecewa sekarang…biar dia belajar untuk terima kenyataan sekarang dari dia tahu dari orang lain dan itu aku rasa  akan buat dia lebih berkali-kali ganda kecewa…


cinta itu mudah..bercintalah selagi ada yang sudi,dan bersendiri lah andai tiada yang mahu mencintai..usah meratapi kerna banyak lagi cinta di muka bumi..biarlah hilang cinta sesama insan,asalkan tidak hilang cinta kepada Tuhan.. 

tak yah la korang nangis disebabkan kegagalan dalam sebuah percintaan…bagi aku menangis bukan caranya untuk selesaikan masalah..kadang-kadang tu aku heran..ada yang sanggup bunuh diri juz sebab gagal dalam percintaan…ada yang sanggup telan bergelen-gelen ubat tido juz sebab gagal dalam bercinta…napa sampai macam tu skali ekk?? Aku paham perasaan korang..tapi sehebat mana pon kita nanges kalau dia bukan jodoh korang dia tetap akan pegi jugak…jangan dihalang ketentuan tuhan…tapi aku pon suka nanges jugak…tak salah kita nanges..tapi jangan nanges sampai lupa pada pencipta…nanges hanya untuk melepaskan segala beban yang terpendam di dalam ati dan kepala otak korang…tak dapat dinafikan sometime bila kita nanges rasa ringan sangat kepala otak kan???
menangis bukan bermakna meratapi,bukan pula bererti sudah putus asa dan menyerah diri,tetapi menangis kerna cuba mengumpul sgala cinta yang masih tersisa kembali,.. airmata bukan tanda kelemahan,namun ianya tanda kekuatan akan suatu kebangkitan dari percintaan.. 

kadang2 kita sudah merancang yang terbaik dan tetapi akhirnya duka yang datang..namun sedarkah kita apa hikmah di sebaliknya??kita diberi kekecewaan kerana Tuhan yang Maha Mengetahui sedang merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita..cuma kita perlu sabar dan terus menanti.. jangan sesekali kita menyalahkan takdir atas sesuatu yang terjadi..

mentari tidak selalunya memancarkan cahaya,adakalanya terlindung dek mendung yang tiba..rembulan tidak selamanya bersinar terang,kadang2 hilang dek gerhana yang mendatang..apa jua yang kita miliki juga tidak selamanya di genggaman,kadang2 di suatu masa kita bakal kehilangan..cuma,hargai selagi masih di sisi,agar kenangan manis tidak luput dek zaman dan masih kekal di ingatan..

gila jiwang aku malam ni…hahahahhaaaa…bukan apa kadang-kadang benda-benda macam ni memang kita terpaksa hadapi…walaupun aku tau ramai yang benci situasi macam ni kan…GAGAL DALAM PERCINTAAN..tapi betol jugak dengan kata-kata kat bawah ni…


di dalam cinta adanya duka..di dalam rindu adanya seksa..di dalam kasih adanya pedih..di dalam penantian adanya ketidakselesaan..jika asyik memikirkan negatifnya cinta,bila pula kita akan merasa nikmatnya cinta??pandangilah kepada kebaikan yang ada moga2 bahagia itu milik kita..usah dipeduli apa orang berkata,kerana bhagia itu kita juga yg akan rasa.. 

betol!!! Setuju….

usah dibiar cinta layu di hujung mekar..(wah dah macam tajuk lagu RIO dah ni…LAYU DIHUJUNG MEKAR)…sentiasalah cuba menjaganya selagi terdaya..hanya org yg btol2 memahami erti cinta,akan memeliharanya seperti nyawa..bagi yg menganggap cinta hanya mainan jiwa,pastinya dengan mudah menukar2 cinta mengikut seleranya.. 

bersembang pasai cinta, aku tak nafikan ramai orang mampu lakukannya..namun untuk bercinta tidak semua yang tahu akan maknanya....terlalu payah untuk dimengerti, terlalu payah untuk difahami..hanya yang benar2 mendalaminya akan beroleh cinta yang sejati..kepada yang masih belum berpunya, trylah cari coz mybe perjalanan korang itu masih panjang untuk dilalui...bagi yang sudah memiliki, hargailah sebelum ia melangkah pergi..cuba pertahankan agar ia tak pegi …OK!!!
INGAT!!!!

"Di saat kau ingin melepaskan sesorg
ingatlah di saat 1st time kau jumpa dgnya..
"Di saat kau mulai tidak mencintainya
ingatlah di saat 1st time kau jatuh cinta padanya..
"Di saat kau mulai bosan dgnya
ingatlah selalu saat-saat terindah bersamanya..
"Di saat kau ingn menduakanya
bayangkan yg dia sentiasa saja setia..
"Saat kau ingin membohonginya
ingatlah di saat dia selalu jujur padamu..
"Semoga kau akan merasakan dia amat bererti buatmu selamanya..
 
Chow dulu…..mau makan sikijap…ada masa aku update lain…

Friday, February 3, 2012

MONA IKAN BAKAR@KUALA PERLIS


assalammualaikum...rasanya belom terlambat untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru Cina - Gong Xi Fa Cai kepada seluruh bangsa Tiong Hua di Malaysia. Juga kepada rakyat Malaysia yang sama-sama menghormati sambutan tahun baru ini..
sebenaqnya tujuan aku tulis entry ni bukan la nak crita pasal CNY tapi nak cita pasal malam CNY tu aku wat pa...hikhikhikhik...walaupun agak terlambat aku mengupdate blog ni tapi tak pa la...aku tetap nak cerita...hahahhaha....actually adek aku dapat gaji 1st...so dia janji bila dapat gaji ni dia nak belanja makan...makan apa pun tak pa la...so aku cadangkan g makan seafood la...tu yang petang CNY tu kitorang 1 family g kola perlis tu..pekena seafood kaw kaw punya...
tapi bukan nak kata la..sampai ja kat sana punya la ramai orang..maklum la raya cina...semua cuti...aku rasa macam dah senget dah kola perlis tu...memang ramai siot...aku kat dalam keta ni dok bayang dah tak dak tempat nak duduk...seyes ramai dia luaq biasa..opstt lupa nak g tau...aku n family aku bertolak lam 5.30 petang so sampai sana dah maghrib..ok la tu kan..nama pon makan malam...tapi tu la ramai sangat orang sampe nak cari parking pon susah...lastly amek jalan mudah parking keta kat dalam Hotel Putra Basmana...walaupun kena RM3 kira ok ja janji senang ...kekekekekekeke...
lepas parking keta aku adek n abang terus g cari kedai n meja...takut orang ramai kang meja tak da pulak...tapi aku rasa kalau kat kola perlis ni tak yah risau pasal meja kot sebab kedai ikan bakar kat situ memang banyak..dapat tampung pelanggan yang banyak...tapi tu la..kedai yang sedap memang akan penuh dulu la..cari punya cari last skali kami pilih MONA IKAN BAKAR...tapi aku dengaq orang cakap LINDA IKAN BAKAR  pon boleh tahan gak masakan dia...bila dah  cop tempat duduk tu sambil-sambil dok tunggu nak order makan tunggu pa lagi kan..bergambaq dulu la......he3x..



kalau nak tau kat situ macam-macam idupan laut yang segar-segar ada tau...berbulu mata aku tengok..tak tau nak pilih yang mana...last-last kami pilih sotong, ikan kerapu, mentarang n kepah...pastu order sayur campur..konon-konon nak wat kuah lah....he3x...

no meja kitorang...36....kekkekkekeek

idupan laut yang segar-segar tadi tu dah di masak...last-last jadi macam kat atas ni la...sotong goreng tepung, ikan kerapu bakar cicah ngan air asam, mentarang rebus, n kepah masak sambal...sambal kepah tu aku paling suka...sedapppppp...lagi satu aku suka sotong goreng tepung dia..memang sedap...jarang jumpa kat mana-mana...ntah la..bagi aku sedap...n harga dia pon murah sangat...memang berbaloi la...makan untuk 6 orang baru RM12+......memang murah la....






abes licin...tinggal tulang cengkerang, sudu n pinggan...hahahahahhaa


ni la adek aku...tokey malam tu..dia la yang belanja 1 family...maklum la..nazar dapat gaji 1st nak blanja family makan...alhamdulillah...hope dapat rezeki melimpah ruah lagi pas ni ekk...ley blanja g...kekkee...thankz to abang chik coz blanja makan...best sangat..k la..chow dulu...tatattataa