Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, September 30, 2011

SELAMAT DATANG OKTOBER..bye-bye SEPTEMBER..

 
ai...
selamat malam.
opsstt...
assalammualaikum semua...
bertemu lagi untuk kedua kalinya...
wakkakakakaa..
for today la...
sebelum-sebelum nie tak kira....
tak da apa-apa pun nak cakap...
tengah sorang-sorang kat lam bilik...
roomate semua balik umah...
bila dok sorang-sorang nie macam-macam la pikir...
bosan pun ada juga..
tu yang arini jew 2x aku update blog...
he3x..
pejam celik pejam celik dah penghujung september dah kan...
besok dah 1 oktober..
kejap jew masa berlalu...
rasa macam baru jew sambut tahun baru 2011..
dah nak sampai penghujung dah..
tinggal lagi 3 bulan jew lagi 2012 nak menjelma...
aishhh... 
memang cepat betoi la masa berlalu..
tak sempat nak cipta kenangan manis dibulan september nihh...
wahhhhh...
ntah la...ada ka ekk kenangan aku kat bulan september nie...
aku rasa tak da yang menarik sangat yang aku wat kat bulan september nie yang boleh aku ngat..
melainkan kenangan kuar ngan member-member aku..
pegi klaz balik klaz..
 makan..
tidooo..
tengok wayang..
n
etc.. 
mungkin sebab tu la ada lagu  
"Wake Me Up When September Ends"..
 dia tau SEPTEMBER tak dak apa sgt kot..
 
bila OKTOBER jew start happening.. 
TAPI.. 
bagi aku setiap ari adalah kenangan..
tak kira la manis or pahit...
tak pa...
kalau september tak meninggalkan kenangan yang banyak untuk aku..
aku harap bulan oktober nie akan mencipta banyak kenangan manis...
tu harapan aku la...
yang nak tentukan bukan aku kan..
DIA yang maha mengetahui...
pahit manis DIA yang tentukan...
aku kat sini sekadar berharap...
apa jua yang ditentukan akan aku try harungi..
tu jew yang boleh aku cakap..
nak cakap lebih-lebih tak leh la...
kekekeke..
anyway...
rini 30 september kan...
belom 1 october g...
sempat g aku nak wat ucapan untuk member-member aku yang sambut besday rini...
HEPY BIRTHDAY UNTUK SEMUA MEMBER-MEMBER AKU YANG HARI LAHIR KORANG JATUH PADA ARI INI...SEMOGA SENTIASA DIRAHMATI ALLAH N DIMURAHKAN REZEKI..SEMOGA KAWAN-KAWAN AKU SEMUA BERBAHAGIA SELALU... 
aminnnnn..

  

ABANG TUNGGU MAK DI SYURGA YA!!

assalammualaikum...
selamat hari jumaat..
semoga hari ini lebih baik dari semalam..
semoga kita tabah menghadapi segala dugaan yang mendatang...
rini tak da buat apa pun..
juz on9 layan segala yang ada...
terbaca artikel nie..
kisah benar..
mengenai adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. 
telah masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit.
sedeh sangat..
kalau tak silap aku..
kisah sedey adek iqbal fahreen nie mula dapat perhatian sejak tahun 2007 lagi..
kagum sangat dengan ibunya, Puan Jamilah..
beliau tidak mudah menyerah kalah sebelum berusaha. Hasilnya, Iqbal bertahan sehingga empat tahun walaupun doktor pernah memberitahu hayatnya mungkin tidak bertahan lama.
harini aku terbaca artikel yang ditulis sendiri oleh ibunya, Puan Jamilah..
tu yang nak kongsi dengan korang semua...
aku berharap sangat ibu, ayah n family iqbal sentiasa tabah menghadapi dugaan ini..
semoga roh adik Iqbal fahreen sentiasa dicucuri rahmat...
insyaallah...


ABANG TUNGGU MAK DI SYURGA YA!!

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terakhir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'. 

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mandikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskan air buat kali terakhir pada tubuh kecil abang. 

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?

Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.

Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.

Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.

Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.

Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.

Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!

Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,

Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.

Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.

Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.


7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.

Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.

Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.

Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!"

Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi. 

Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.


13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.

Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.

Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!"

Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu.

Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung. 

Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"

Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"

Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"

Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.

Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya.

Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.

Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan!

Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!

Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.

Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!


27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"

Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.


5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!"

Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.

Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilan tak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.


7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.

Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.

Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta. 

Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011
- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. 

Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.

Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.

"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!"

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia 

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai.

Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" 

Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.

Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.

Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.

"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."

Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!

Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"

Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!"

Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!"

Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.

Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...


Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: "Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"
Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?


Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.

Mak telah beri segala-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.
 
Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang ta[i... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.

ALFATIHAH...buat adik IQBAL FAHREEN HAMDAN 

Saturday, September 24, 2011

Johnny English Reborn..

baru jew tengok pagi tadi...
walaupun terlewat 20minit...
tapi still paham g jalan cerita...
sebab pew lambat tak mo cita....
hahahhahahaa...
sepatutnya cerita nie tengok semalam..
tapi tak sempat nak beli tiket..
tiket dah abis..
tu yang ganti dengan filem BINI-BINI AKU GANGSTER..
nasib bek cita tu best..
klau takkkk.... mau kecewa aku...
terubat la jugak kan kekecewaan sebab tak dapat nak tengok JOHNNY ENGLISH REBORN..
tapi rini awal-awal pagi dah g tengok...
memang best pon...
maklum la  Rowan Atkinson belakon..
sapa tak mau tengok...
dengan menggunakan tagline ONE MAN ONE MISSION NO CHANCE.
Aku kompem korang akan gelak sampe pecah pewot la...
so...
sapa-sapa yang tak tengok lagi sila la g tengok k...
tak kan kecewa punya la...
nie pon aku bagi 4 bintang ...

FILM SYNOPSIS
Rowan Atkinson returns to the role of the improbable secret agent who doesn't know fear or danger in the comedy spy-thriller Johnny English Reborn. In his latest adventure, the most unlikely intelligence officer in Her Majesty's Secret Service must stop a group of international assassins before they eliminate a world leader and cause global chaos.

In the years since MI7's top spy vanished off the grid, he has been honing his unique skills in a remote region of Asia. But when his agency superiors learn of an attempt against the Chinese premier's life, they must hunt down the highly unorthodox agent. Now that the world needs him once again, Johnny English is back in action.

With one shot at redemption, he must employ the latest in hi-tech gadgets to unravel a web of conspiracy that runs throughout the KGB, CIA and even MI7. With mere days until a heads of state conference, one man must use every trick in his playbook to protect us all. For Johnny English, disaster may be an option, but failure never is.


choww dulu...
selamat menonton...

BINI-BINI AKU GANGSTER

Lu Langsi Wa Kawin Lagi.. Suami Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan
hahahahaha...
nie la tagline filem yang tengah hot kat panggung skunk nie...
BINI-BINI AKU GANGSTER..
filem terbaru arahan ismail bob hasim..
baru tengok semalam...
aku bagi  4 bintang la...
best...
gelak sampe tak hengat...
wakakkaakakkaaa...
filem yang menggabungkan kembali pelakon-pelakon utama dalam filem ADNAN SEMPIT memang best la wa cakap luuuu...
gabungan Shaheizy zam, Yana Samsuddin, n Intan Ladyana ..
i like it....
pada sesiapa yang selalu menyokong filem melayu kita jangan malu jangan segan tau berkunjung ke panggung-panggung berdekatan untuk menonton filem nie...
aku pasti korang semua berpuas ati...


SINOPSIS:
Bini Biniku Gangster Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster. Dipejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli ..pasti Mat Saja akan menerima balasannya. Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang. Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min Siam.

Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam.

Nak tau kisah selanjutnya kenalah tonton kat pawagam erk ..
k ..
tataaaaa 

Wednesday, September 21, 2011

CINTA MUKA BUKU...

assalammualaikum..
selamat malam sume...
ai...
tengah dok syok layan lagu kat youtube nie tetiba ja jumpa lagu nie...
napa ekk sebelom nie aku tak penah tau pun lagu nie wujud..
aku yang ketinggalan zaman atau lagu nie yang tak femes...
kuikuikui..
dah lama ekk lagu nie???
aisshhhh..kalau memang betol la lagu nie femes memang aku lah yang ketinggalan...
he3x...
CINTA MUKA BUKU..
CINTA FACEBOOK...
memang sesuai sesangat la dengan zaman sekarang nie kan...
skunk nie orang dengan facebook memang tak dapat nak d pisahkan dah...
makan tido semua dengan facebook...
sampaikan dapat jodoh pun dengan facebook tau..
memang hebat la penangan facebook...
skunk nie nak bermuka buku tak payang muda-muda...
orang tua-tua pun dah pandai berfacebook tau;; 
aku bukan cakap pasal orang...
aku cakap pasal diri aku sendiri la...
kalau tak bukak facebook 1 ari memang tak sah la...
celik mata ja terus bermuka buku...
kadang-kadang tak buat apa pun..
juz tengggooookk jew..
janji bukak...
kiranya macam 24 jam dengan facebook la..
tu yang sampe dapat jodoh dalam facebook tu..
tapi yang bab jodoh tu bukan aku k..
aku takk... 
hahahahhahaaaa...
k la..
aku sebenaqnya nak ajak korang layan lagu nie...
lagu nie by NAJWA LATIF..
maleh nak merapu banyak-banyak...
jom la layan..
aku bagi video klip skali dengan lirik dia lagi tau..
senang korang nak nyanyi...

Tajuk Lirik Lagu: Cinta Muka Buku
Artis/penyanyi: Najwa Latif

 Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar petanda suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. Kenakah rasa itu..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo…
Ini cinta remajaku

Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…
Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku

 

Tuesday, September 20, 2011

HARGAILAH....


assalammualaikum..
n selamat malam buat smua blogger...
ai...tengah wat pew tu...
aku skunk memang x wat pew..
tengah free gila...
d sebabkan free la aku menyebokkan diri aku ...
wat pa??
wat pa lagi mengon9kan diri la...
layan fb..
youtube...
pastu bukak blog..
belek sana..
belek sini..
belek sinun...
hahahahaaaaa... 
tengah-tengah aku dok cbok komen pic dengan adek azai tadi aku terjumpa satu note nie..
aku tak tau nak panggil artikel or apa...
sebab sekali baca macam sajak pun ada...
tapi bagi aku memang makan dalam... 
tajuk dia macam kat tajuk atas tu la...
HARGAILAH..
apa yang nak d hargai tu ekkk...
apa lagi pakwe or makwe korang la...
kekekekkeeeee...
kena la sentiasa bersyukur ekk dengan apa yang ada..
jangan jadi seorang yang tamak..
tak tau bersyukur dengan kurniaan yang Allah berikan...
sebab orang tamak tu selalu rugi..
huhuuuu..
k la,,,
tak nak mengarut banyak-banyak...
moh la kita baca sama-sama...
untung-untung dapat menginsafi diri kita masing-masing..
opsstt...
sebelom tu..
aku nak minta maaf kalau entry aku nie ada menyakitkan ati orang..
tak da niat pun..
aku juz nak kongsi dengan korang jew apa yang aku dapat..
untuk renungan kita bersama...
maklum la orang cakap dapat sesuatu yang berguna tak baik simpan-simpan...
so aku kongsi la dengan korang semua...
aisshhhhh..
mencarut mengarut lagi... 
dah-dah...
dengaq aku membebel sampe bila pun tak abis..
jom ...jom..jom...
  
HARGAILAH....

Disaat kamu ingin melepaskan seseorang
ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya

Disaat kamu mulai tidak mencintainya
ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya

Disaat kamu mulai bosan dengannya
ingatlah selalu saat terindah bersamanya

Disaat kamu ingin menduakannya
bayangkan jika dia selalu setia

Saat kamu ingin membohonginya
ingatlah disaat dia jujur padamu

Maka kamu akan merasakan erti dia untukmu

Jangan sampai disaat dia sudah tidak ada disisimu,
Kamu baru menyedari semua erti dirinya untukmu

Yang indah hanya sementara
Yang abadi adalah kenangan
Yang ikhlas hanya dari hati
Yang tulus hanya dari sanubari

Tidak mudah mencari yang hilang
Tidak mudah mengejar impian

Namun yg lebih susah mempertahankan yg ada
Kerana walaupun tergenggam akan terlepas juga
Ingatlah pada pepatah,

"Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini"
 






kredit tok orang yang buat ekk...thankzz...
k...aku chow dulu...
esok-esok ketemu lagi yaaa...
daaaaaaaaaaaa...
nite...
sweetdream....
mmmuuuuuuuuuaaaaaaaahhhhh.... 

Thursday, September 15, 2011

????

ai monink....
selamat pagi malaysia...
tak da tajuk pun..
pakai bantai tulis ja..
tak tau nak wat pa..
boring...
klaz tak da...
pikir punya pikir pada dok saja bek update new entry..
da jugak pekdahnya...
bosan gila kot...
tapi skunk nie tengah baca novel baru...
7 ARI MENCINTAIKU by SITI ROSMIZAH..
ermmmm....orang cakap best..
aku tengok pun macam best..
baru baca tak sampai 1/2 g...
rasa memang best la...
tapi antara 7 ari mencintaiku dengan lafazkab kalimah cintamu aku rasa lafazkan kalimah cintamu best lagi kot...
tapi novel nie aku tak baca abis g..
so malas nak wat kesimpulan g..
tunggu aku baca dulu la ekk..
jumaat nie nak g mid...
ley la borong sakan sket novel kat MPH tu..
bukan apa...
tok time-time boring jugak kan..
kalau tak salah aku la..
aisya sofea ngan aleeya aneesa pun dah wak kuar novel baru kot..
aishhh...nie yang tak sabar nak g cari nie...
hekhekhek...
x da modal la nak tulis...chow dulu la...
layan novel lagi bagus...
wakakkakakakaaa..
k..
daaaaaaaaaaaaaaa...
assalammualaikum...