Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, August 29, 2011

SALAM LEBARAN


salam aidilfitri..
ai..
wah..wahh..wahhhhhhhhhhhh..
kalut nampak...
rini dah last ramadhan dah kan...
huhuuuuu..
cedey rrrrr...
kejap jew rasanya...
sok dah 1 syawal dah...
amacam dengan persiapan raya??
semua dah settle ka??
kompem blom kan...
selagi tak muncul 1 syawal selagi tu la persiapan tak akan ciap-ciap...
daging dah beli ka??
kaki lembu dah beli nak wat sup??
nyummy2...
cedapnya dapat makan sup kaki..
ley tambah lemak...
hahahahaaa..
ketupat dah buat ka blom nie??
biskut raya...kek ...rendang ..serunding...
semua dah siap ka???
baju raya dah siap???
kalau yang baju tak sempat nak sipa tu sempat lagi kalau nak g beli...
hekhekhek...
ermmmm..apa lagi ekkk...
haaaa!!!!! 
langsir dah ciap???
umah dah kemas??
pasu n bunga dah lap ka??
yala..
kot-kot la berhabok...
maklum la dah setahun x lap...hahhahaa
lantai dah mop? 
ok la..
malas nak merapu...
banyak lagi keja tak settle nie.. 
dikesempatan nie..
aku...NURUL AQMAR BINTI ABDULLAH ingin menyusun 10 jari tangan memohon kemaafan kepada mak n ayah aku...adik-adik n abang aku.... semua member-member yang mengenali aku tak kira dimana jua berada, sepupu sepapat tersayang, mak-mak n bapa-bapa sedara tercenta.....jiran-jiran keliling umah...
dengan ucapan....
"Selamat Menyambut Aidilfitri" dan "Maaf zahir dan batin".....
ampun dan maaf andainya  
TERkasar bahasa
TERsilap bicara 
TERmarah yang tak kena
TERtanya yang tak tentu hala
TERsasul yang tak sengaja
TERpukul kat mana-mana
TERpekik ditelinga
TERhantuk dikepala
TERpinjam harta benda
TERmoody tak semena-mena
TERumpat bila-bila
and
TERmacam-macam lagi yang kena mengena...
semoga dimaafkan ekk..
huhuuu..
kepada semua rakan-rakan on9...
disini aku jugak ingin memohon maaf  andai ada terkasar entri, tersalah komen atau tertinggal blogwalking... huhuhu... harap korang maafkan aku yek... walaupun kita juz kenal melalui on9 jerkk tapi korang pun tetap kawan-kawan aku...bila korang semua makan ketupat dan rendang, ingatlaaa kat aku yek... huhuhu..
k la...
salam lebaran buat semua..
assalammualaikum...

Friday, August 19, 2011

selamat berbuka..


salam ramadhan tok sume ummat islam seluruh dunia...
tup..tap..tup..tap..
dah ari ke 19 kita berposa...
petang nei masak apa tok berbuka??
dah ready semua dah ka??
jangan lupa buah kurma k..
urmmmm... 
dah tak lama dah syawal nak muncul nie...
camna ngan persiapan raya...
semua dah lengkap ka??
baju raya dah ciap??
kuih raya dah wat??
taun nie wat lemang or ketupat ha??
atau dua-dua skali...??
menu apa ekk tok 1 syawal???
lampu liplap dah pasang??
pelita dah pasang ??? 
hikhikhik...
macam-macam lam pala otak kan..
yang nie nak wat..
yang tue nak wat..
aishhh...
tak cukup kaki tangan kalau camni...
tapi pew-pew pun ingat jangan membazir sudah la ekk..
maklum la...
membazirkan kawan syaitan..
ALLAH tak suka...
biar bersederhana pun tak pa..
janji tak ada pembaziran...
eermmmmm...
k la...
da lagi yang tak masak nie..
nak p goreng popia...
jom3x.. 
pew-pew pon.. 
bulan baik ari baik nie aku nak ucaplah SELAMAT BERBUKA PUASA kepada semua...
jangan main mercun tau...
kang putus jari...hahahahaaa 



Friday, August 12, 2011

selamat hari jumaat..

ai..
assalammualaikum...
SELAMAT HARI JUMAAT semua...
arinie dah ari ke-12 kita semua berpuasa kan...
cepat betol la masa berlalu..
tup tap tup tap dah 12 ari kita posa...
rasa macam baru ja lagi...
nie pun aku tau kompem-kompem ramai yang tengah kalut dok wat persiapan nak raya kan...
yang paling kalut mesti la tukang jahit ngan tokey kueh raya...
hikhikhik...
ermmm...ari jumaat rini kan...
seperti yang kita tau jumaat nie adalah penghulu segala hari...
hari yang terbaik diantara semua hari...
jumaat adalah Hari untuk kita lebih cemerlang, lebih kuat berbanding hari-hari yang lain.
banyak kelebihan yang boleh kita dapat pada hari jumaat nie..
so..
rinie sementara tak dak keja lagi nie aku nak kongsi sket dengan ampa semua tentang kelebihan yang boleh kita dapat pada hari jumaat..

1Berlakunya hari kiamat.
Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

3. Penghulu segala hari.
Kenapa ya? Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  daripada fitnah kubur.”
Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.

5. Kebaikan dengan memotong kuku.
Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.
Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?
Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.
oleh itu..marilah kita jadikan Jumaat kita kali ini lebih bererti. Bukannya apa, untuk kebaikan kita juga. Semua kelebihan yang ada pada Jumaat ini sebenarnya merupakan ruang dan peluang untuk  kita rebut.
Kita mengaku kita orang Islam. Kita pun mengaku bahawa kita ni mengamalkan segala suruhan agama. Jadi, apalah salahnya sedikit amalan yang nampak macam tak seberapa ini kita rebut.
Kalau rasa-rasa selalunya macam malas nak selawat, macam tak ada mood nak berzikir, maka jadikanlah hari Jumaat untuk anda lebih bersemangat unttuk berselawat, berzikir, istighfar dan sebagainya.
Nabi sendiri ada menyebut barangsiapa yang banyak beristihfar, Allah akan bagi jalan keluar bagi setiap masalah yang dihadapinya.
Mari kita jadi lebih baik, sedikit pun tak apa. Asal kita jadi lebih baik. Kita usaha, kita cuba betul-betul. Mana tahu andai Allah juga bakal tarik nyawa kita di hari Sayidul aiyam ini. Subhanallah..

k la...
da keja sket..
jumpa lagi...
tataaaa...
assalammualakum...
selamat berpuasa...

























Monday, August 1, 2011

selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak

bannerramadhan_3

selamat datang ramadhan...

Yahooooo..ramadhan datang lagi laa….
Bestnyeerrrrrrrrrr…
Macam taun-taun dulu la…bulan ramadhan nie memang sentiasa ditunggu-tunggu oleh semua umat islam di seluruh dunia…
Aku tau…setiap kali bulan ramadhan mai mesti akan meninggalkan pelbagai kenangan pahit manis buat seseorang..kan..kan..kan…
Untuk yang panjang akal kehadiran bulan ramadhan nie mungkin boleh menjadi sumber untuk menambahkan sumber pendapatan.
Asalkan tak malu n malas semua boleh jalan…
Musim-musim camni la nak dapat det lebih..
Wat kueh raya..
Amek tempahan baju raya…
Tempahan langsir dan sebagainya…
Semua leh jana pendapatan tau…
ok la..
sempena bulan ramadhan nie aku nak amek kesempatan nie nak ucapkan
'SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN BLOGGER N TAK LUPA JUGA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DIDUNIA..Semoga di bulan Ramadhan ini, kita terus dikurniakan kesihatan yang baik dan dilimpahi rezeki yang diredhainya. Insyaallah.