Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 30, 2011

25 YEARS OLD ALREADY!!!!!

29 Mac 1986!!
Lahirlah seorang baby gurlz yang cute jugak la (wakakaka) kat kampung Sg.Limau Dalam Yan kedah Tepat jam tak tau...(tapi tak salah aku pagi)..budak nie dilahirkan kat Umah tok dia..(maybe mak dia tak sempat nak g hospital agaknya)..dan telah diberi nama NURUL AQMAR BINTI ABDULLAH...yang membawa maksud Cahaya Bulan..eermmm...cantik nama tu..hihihii..
di asuh dan di besarkan di kampung batu 8 sik kedah dan mula menjejakkan kaki ke sekolah pada umur 6 tahun di sekolah kebangsaan batu 5.. dan di sekolah nie la dia diajar mengenali ABC ...Alif Ba Ta ..123...ayam itik kambing...dan manyak lagi la...tamat darjah enam di sekolah kebangsaan seri dusun dan melanjutkan pelajarannya di peringkat menengah di SMK sik sehinggalah tamat tingkatan 5..result SPM dia cukup-cukup makan jew...dan di sekolah nie jugak la dia mula mengenali erti kehidupan dan persahabatan yang sebenar-benarnya.. 
setelah tamat tingkatan 5 budak nie menyambung pelajarannya di POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN @ lebih dikenali sebagai POLITEKNIK PERLIS...disini merupakan satu2nya pengalaman yang tak mungkin dapat dilupakannya..banyak kenangan yang tercipta kat sini..mengenali member-member dari pelbagai negeri, pelbagai cara dan pelbagai pergaulan, pelbagai pendapat dan pelbagai pemikiran, mengenali lecture-lecture yang pelbagai ragam, belajar hidup berdikari di negeri orang  (walaupun perlis dekat jew ngan kedah) dan sebagainya... macam tajuk lagu kumpulan samsons...KENANGAN TERINDAH..yup banyak sangat kenangan terindah yang tercipta kat sini..DPM 05/07 always in my mind!!! rindu sangat saat-saat tue..
Now..29 MAC 2011..@ UNIVERSITI MALAY...
pantas sangat masa berlalu....
pejam celik-pejam celik dah 25 tahun umur budak nie..
25 tahun yang sarat dengan kenangan pahit manis..
harap sangat-sangat pada umur 25 tahun ni lebih banyak manisnya dari pahit..
dah tak mau dah yang pahit-pahit nie..
bukan sedap pun..
kelat pun tak mau..
kalau nak semua yang manis-manis..
macam gula..hehehe..
juz mengharap jew la..tuhan yang menentukan..
kalau DIA nak bagi yang pahit jugak terima jew la dengan hati yang terbuka..
kita tak tau apa yang akan terjadi kedepan nie..
HANYA DIA YANG MENGETAHUI SEGALANYA..
waaahhh..pagi buta wat ayat syahdu...TERBAIK!!!
opssttt...lupa tujuan asal..
sebenaqnya dengan kesempatan yang ada nie aku nak ucap terima kasih yang tak terhingga kepada mak n ayah aku sebab membesarkan aku sampai sebesaq nie...walau pun kicik tapi makan banyak..teruk jugak ayah aku nak beli beras ...hahahaaaa...pagi-pagi subuh tadi mak aku dah anta mesej wish hapy besday...terharu sangat...dekat adik beradik aku..abang chaq, abang chik, adik yang sudi wish besday aku...thankz a lot...LUV U ALL sangat-sangat...pada member-member ..IEDA,SYU,AYU,AZAI,NAYA,KAK WAN,SARAH, ANIS N ACAP....thankz u guys sebab sudi celebrate besday aku...terharu sangat...aku akan ingat sampai mati..jangan wisau nanti aku dah tua aku nak cerita kat anak cucu aku...gambaq n video yang kita amek tu ley la aku tunjuk kat depa nanti..wakakkakakakaa...mencarut mengarut gila aku pagi  nie..kekekeee
weii..apa-apa pun thankz ekk..kek yang sedap..nyuummyy..
n tak lupa untuk member-member dekat FB...ramai sangat yang wish...tak ley nak senarai kat sini...takut ada yang tertinggal..yang penting semua wish korang aku harap menjadi kenyataan..AMIIINNNNNN...
ok la..dah tak nak melalut..
aku nak chow dulu...
kat bawah nie ada sket pic yang dah di snap time celebrate besday aku tadi..
jom la tengok..
video pun ada..
he3x..
















Monday, March 28, 2011

BOSAN..

errmmmm..
bosan betol la..
tengah tunggu syuhada abis klaz..
tak tau nak buat apa..
huhuhu..
tetiba terpikir pic minggu lepas tak upload g..
pic kuar tengok wayang dengan syuhada..
best...
citer HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA..
tahniah la untuk KRU..
dah la aku minat betol dengan group ni..
dulu time kecik-kecik semua album dorang aku ada..
siap potong-potong gambar kat majalah g pastu lekat kat album sendiri...
hahahahahhaha..
kalau nak di ingat-ingatkan balik lawak pun ada...
ala..
tu time kicik-kicik..
skunk dah tak buat dah ..
tapi bukan nak kata la..
memang best filem nie.....
mula-mula aku tengok memang tak macam filem malaysia..
dah macam filem omputih pun ada..
bangga sangat-sangat sebab karyawan malaysia mampu buat filem macam tu..
hope lepas ni ada lagi la filem yang ikut jejak filem ni..
Ni ka buat filem crita ntah apa-apa..
nak tengok pun tak da mood..
aiisshhhh..
syuhada nie bila nak kuaq nie..
dah nek kebas punggung aku menunggu..
apa-apa pun jom kita layan dulu pic-pic yang aku n syuhada snap minggu lepas..
ada la sket-sket..
tak banyak mana pun..













nie la cik Iena..kawan syuhada...

lepas g tengok wayang n soping-soping g kampung baru plak..
g jumpa member syuhada...
Cik IENA..
Selamat Berkenalan cik Iena..
Nice to meet u...
he3x..
adoiii..
dah dekat pukul 4 daa...
syuhada ni bila nak kuaq ni..
aku dah ngantok dah ni....
dok nampak katil+tilam+bantal ja ni..
tambah plak langit gelap macam nak ujan ja ni...
kalau boleh tidoq memang sedap gila..
dah la aku nie kaki tidoq..
hahahahaa..
k la..
rasanya syuhada dah nak kuaq tu..
aku choww dulu...
tatattaaa

Tuesday, March 15, 2011

Kesan radioaktif tak sampai ke Malaysia

Foto
keadaan di Jepun
KUALA LUMPUR: Saintis nuklear tempatan mengesahkan kesan radioaktif daripada loji nuklear Daiichi Fukushima yang didakwa mengalami kebocoran akibat gempa bumi di Jepun Jumaat lalu, tidak akan sampai ke Malaysia.

Ini berdasarkan faktor mekanik aliran udara dan jarak antara lokasi kejadian dengan negara ini yang jauh.Saintis nuklear, Prof Datuk Dr Proom Promwitchit, berkata kesan radioaktif itu tidak akan sampai ke Malaysia kerana suhu ketika kejadian tidak terlalu tinggi, menyebabkan kepulan asap radioaktif itu tidak naik terlalu tinggi ke ruang atmosfera, sekali gus mengurangkan radius kawasan impak. Pakar dalam bidang keselamatan nuklear dari Kolej Universiti Masterskill itu berkata, keadaan cuaca sejuk di Jepun pada ketika ini juga membendung kepulan radioaktif daripada merebak lebih jauh.

“Mengikut hukum fizik mekanisme pengaliran udara, udara sejuk akan menggantikan udara panas yang akan naik ke atas. Suhu yang tidak terlalu tinggi juga mengurangkan radius kawasan impak kepulan asap radioaktif. Tiada kemungkinan ia sampai ke sini,” katanya kepada Berita Harian, semalam.


Jepun kini berhadapan krisis nuklear apabila reaktor 1 loji nuklear Daiichi Fukushima, yang terletak kira-kira 250 kilometer (km) di utara Tokyo, meletup sebelum reaktor 3 loji nuklear yang sama mengalami kegagalan pada sistem penyejukannya sehari kemudian, susulan gempa bumi 8.9 pada skala Richter melanda Jepun.

Foto
PASUKAN keselamatan memeriksa kesan radiasi di tubuh seorang penduduk terselamat.

Keadaan itu menyebabkan operator loji nuklear, Tokyo Electric Powers Co’s (TEPCO), terpaksa menggunakan air laut menyejukkan reaktor kerana kegagalan berbuat demikian, menyebabkan kemungkinan teras nuklear itu melebur atau meletup yang boleh menyebabkan pencemaran debu radioaktif merebak ke negara lain seperti berlaku di Chernobyl, Ukraine. Proom berkata, berdasarkan analisis awal, suhu di loji nuklear Daiichi Fukushima, ketika kejadian, adalah lebih rendah berbanding insiden letupan loji nuklear di Chernobyl.

Katanya, seperti loji nuklear yang mengalami evolusi dari segi tahap keselamatan, loji nuklear Daiichi Fukushima itu juga akan ditutup secara automatik apabila berlaku aktiviti seismik (gempa bumi) untuk meminimumkan kebocoran radioaktif dari teras bahan api nuklear.
“Saya pasti Kerajaan Jepun akan berusaha mengawal situasi yang menarik perhatian dunia, termasuk Malaysia,” katanya. 


Tuesday, March 8, 2011

SELAMAT HARI WANITA

Opsstt...Rupanya hari ni Hari Wanita Sedunia..
Sorry sangat-sangat...
sebagai wanita aku tak penah tau pn...
Aku tau la wujudnya hari wanita..
Tapi tak penah tau tarikh dia..
Macam mana aku boley tau ekk??
Tadi time dok belek-belek FB tetiba jew terpandang satu post dari sorang member ni..
Dia ucapkan selamat hari wanita..
so aku pun teruslah search tenet cari maklumat pasal hari wanita ni..
bukan apa..
Juz nak tau ja..
Kot-kot nanti ada yang bertanya senang la sket aku nak menjawab..
wakakkakaaa..

Rupa-rupanya Hari wanita ni bermula dari sebuah kisah wanita biasa yang mencipta sejarah, sejarah perjuangan wanita yang berabad abad lamanya untuk persamaan hak, keadilan, keamanan dan kemajuan dalam kehidupan yang dikongsi dengan kaum lelaki. Kini sambutan hari wanita adalah simbolik kejayaan wanita seluruh dunia. Di hari ini semua wanita seluruh benua tanpa mengira latarbelakang agama, geografi, kaum, budaya dan politik berkumpul, bermuafakat, bersatu dan bersama-sama menyambutnya dengan perasaan muhibbah dan ceria.

Peristiwa itu berlaku 143 tahun yang lalu, 8 mac 1857. Pada tarikh ini satu mogok besar-besaran telah di adakan oleh beratus wanita yang menjadi buruh di kilang kain dan pakaian di New York. Mereka melancarkan mogok kerana menentang kezaliman majikan dan masyarakat kapitalis yang mengekploitasi keringat dan tenaga dengan bayaran gaji yang amat rendah, masa kerja yang panjang serta keadaan suasana tempat kerja yang tidak berperi kemanusiaan. Lima puluh tahun kemudian di bulan Ogos 1910, Persatuan Wanita Sosialis Antarabangsa telah memilih tarih ini sebagai hari sambutan wanita sedunia. Pada tahun 1975 , Bangsa bangsa bersatu mula merayakan 8 mac sebagai sebagai hari wanita sedunia.


So...Hari Wanita Antarabangsa atau Hari Wanita Sedunia disambut setiap tahun pada 8 Mac
ooooo..baru la aku tau..
Dah 100 tahun sambutan hari wanita baru sekarang aku tau..
kihkihkihkih..
a'a...
tahun ni 100 tahun dunia menyambut hari wanita...

Apa-apapun SELAMAT HARI WANITA  kepada semua yang bergelar WANITA termasuk la aku..he3x..
Ingatlah wahai wanita semua...
"Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata  yang bersinar-bersinar, tetapi tidak dapat melihat apa-apa"

k la...
chow dulu..
next enrty akan muncul...
hahahhaaa... nite...

Sunday, March 6, 2011

JANGAN TERLALU BAIK,SAYA AKAN MERINDUI AWAK..

Pagi tadi lepas ja mandi n settle2 apa yang patut terus on laptop..
Cam biasa la..
Belek-belek Fb...

Balas-balas comment yang ada..

Pastu tetiba ja da terbaca satu post yang agak menarik la..

Ntah la..
Bila baca ja macam kena atas batang idong sendiri pn ada jugak..
TOINK3X...
So dengan spontannya terus aku antar komen dekat tuan empunya post tu..
komennya lebih kurang camni la..'saya nak minta share boley??'...
kekekekee..
Tu yang share kat sini tu...
Moh la kite bace...
wakakakka...

Tajuk dia 'JANGAN TERLALU BAIK,SAYA AKAN MERINDUI AWAK..'


“Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak.”
“Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak.”
“Jangan jadi terlalu rapat dengan saya, saya mungkin jatuh hati dengan awak.”

“Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi.. jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan, sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.”

“Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut akan risiko mencintai.”



“Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya atau anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.”

“Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ini ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya dia kepada anda.”

“Jika dia boleh terima anda seadanya, dan sanggup menerima kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda.”

“Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cinta itu. Seterusnya diikuti perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang dicintai seadanya…”

“Bila diri dicintai.. Dia pasti akan berusaha untuk ada…sentiasa ada bersama.”

SO..
Macam mana???
Ada kena mengena ngan korang tak??
he3x..
Kalau tak da pun tak pa la..
aku juz nak share jew..
ok la..
nak sambung study MICRO..
Lusa ada test..
Huhuhuu..
Tengok la...jap g kalau aku boring-boring aku post entry baru k..
tataaaaaa..
mmmmuuaakkkssss...

Saturday, March 5, 2011

HANGOUT Wif AYU....

assalammualaikum..
tak da apa pun nak tulis..
saja-saja ja..
tengah merajinkan diri mengupdatekan belog ni..
ikut tu penat satu badan..
tapi ntah la maybe dah terlampau penat sampai tak ngantuk..
so..
nak buat apa ekk..
nak study tak da mood..
Aisssshhh..
tak sedaq diri betoi la nurul aqmar ni..
selasa ni da test tu..
tak reti-reti nak study..
tak pa la..
esok-esok ley study g..
kan..kan...kan...
hihihiiii..
errmmmm..
nak crita ni..
kelmarin kuar shopping ngan ayu..
ha??
kat mana??
ooooo...
kat SOGO..
beli apa??
tak da la shopping banyak sangat...
Abis dalam beberapa ratus jew..
sket jeww...
hahahahahha
duit dah makin nipis dah ni..
mampos aku...
lepas ni kena mintak zakat kat mak ayah la..
huhuhuuu..
berbalik pasai g shopping ..
aku tak beli banyak pun..
ayu yang borong sakan..
yala mana aku tak kata sakan..
beli inner sampai 7 helai..
tu tak kira shawls n pashmina g..
adoiiii..
gila-gila..
sapa gila???
ayu la..
aku tak..
wakakakakkaaaa
SORRY AYU...
Jangan marah haaa...
so ni aku a upload pic tadi...
jom la layan...
untung-untung ley hilang borink...

kami lunch kat sini la..

Nie la AYU...



Sengeh memanjang

Nie lunch ayu

Nie aku punya

eksen lebey..


licin


cakkkk...pewot kenyanag ati pun senang..
dah abissss..
dah tengok dah???
Agak-agak tak brapa nak puas  hati sila la mula dari atas balik k...
adoiiii..aku dah nganto tahap gaban dah ni...
k la..
aku chowwww dulu..
Nite...

Friday, March 4, 2011


Myspace Fun Flash Comments

I'M BACK

Ai..
Assalammualaikum..
I'M back...
wahhh...rindunya...
lama betoi tak jenguk blog ni...ni bukan kata berhabok g dah...
dah tahap ada sawang g ni..
memang lama betoi la tak post new entry..
ntah la..
macam tak da mood nak bukak blog..
tp bila IDA n AYU  (member aku la) dah mula berjinak2 ngan blog ni aku dah jadi semangat balik dah..
sebelom ni boleh kata hampir 3 bulan dah aku tak bukak blog..
nasib baik password still ingat lagi..
hahahahhaha..
sebenaqnya dalam tempoh 3 bulan ni macam-macam dah berlaku..
nanti la kalau ada masa aku crita kat korang k..
skunk ni dah pagi dah..
aku tak tido g..
esok aku perlukan tenaga yang banyak sebab nak g soping ngn AYU..
ha SHOPPING???
waahhhhhhh...
Sebut pasai soping memang aku teruja abis..
Bukan apa..
Soping ni memang salah satu dari hobi aku...
so bila sebut ja nak g soping walaupun duit dah makin nipis pun tetap bersemangat...
wakakakakkaa..
aritu mak da kol..
mak cakap 'NO SHOPPING Tau...Kalau nak shopping sangat nanti balik kedah kita shopping'..
itu mak aku la pesan kat aku...
TAPPPIIIIIIIIIIIIIIII...(paham-paham jew la)....
hihiihiiii..
k la..
dah nak tido..
aku chowww dulu..
insyallah lepas ni aku akan kerap update new entry...
NITE...