Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, May 16, 2011

CAMAT HARI GURU


SELAMAT HARI GURU kepada semua yang bergelar pendidik..
ucapan ini aku tujukan kepada guru-guru di..
SEK.KEB.SERI DUSUN
SEK.MEN.KEB.SIK
POLITEKNIK TUANKU SYED SARIJUDDIN
UNIVERSITI MALAYA
terima kasih cikgu n lecture-lecture..
sebab telah mendidik aku sampai jadi seperti sekarang..
jasa kalian tak dapat di balas sampai ke akhir hayat...
hanya doa yang mampu ku berikan untuk kesejahteraan kalian semua...
'Guru Penjana Transformasi Pendidikan'
 

PERPISAHAN


Assalammualaikum

Selamat malam semua…

Saja jew..

malam-malam gini tak dak keja..

So update blog lagi..

Kalau tengok tajuk di atas tu mesti la korang tau kan aku nak citer pasal apa…

PERPISAHAN….

Actually, aku paling tak suke tak suke tak suke dan tak suke kepada perpisahan... biasalah bertemu dan berpisah adatlah kan.. bak kata pepatah setiap pertemuan ada perpisahan..so kita kena la redha denganNya..

Eeermmmm…

selalu kalau nak berpisah mesti janji-janji.. janji akan jumpa lagi..janji akan keep in touch, janji akan keluar makan sesama.. janji akan lepak sesama..janji nak calling-calling…macam-macam lagi la janji yang dikuar kan…tp selalunya jarang janji tu ditepati…tu pasal la napa aku cakap aku x suke perpisahan……tapi itu kan adat..dah tak boleh nak kata apa dah….tapi bak kata satu lirik lagu nie...’bertemu dan berpisah ada manusia biasa…hilang dimata tapi dihati tetap sama…’

sebenaqnya sebelom nie aku dah penah rasa dah saat-saat berpisah ngan member-member baik nie…

kat sekolah..kat poli…tapi bagi aku tak sama dengan perpisahan dengan member-member kat U..ntah la..may be umur yang membezakan perasaan tu kot...maklum la semakin meningkat umur nie semakin matang pemikiran…so semakin bererti sebuah persahabatan tu…bila tiba waktu nak berpisah nie jadi macam susah sket la…nak nanges la..nak  meraung la semua da..perasaan tu bercampur-campur..tapi Alhamdulillah bila berpisah ngan member-member kat U aritu aku tak kuarkan setitik pun air mata…bukan tak sedey..sedey sangat-sangat..lam  ati nie dah nanges dah..tapi aku tak nak nanges…biarlah perpisahan tu berakhir dengan sebuah senyuman…tak semestinya aku tak nanges bermaksud aku tak sedey…betol tak…tak semestinya tak nanges tu aku tak sayang member-member aku..ingat EIDA, SYU n AYU…aku sayang korang bertiga....sampaikan ada orang gelar kita 4K…hahahhaaa..lawak-lawak…


for EIDA…as my BFF n as my roommate …aku sayang kau sangat-sangat…best sangat kenal ngan kau..ingat tak 1st time kita kenal kat mana?? SYU yang bertanggungjawab kenalkan kau dekat aku n ayu..kita jumpa kat bus stop then kita g klinik kat 12th…syu ckap ‘nie la kawan aku rohaida..panggil jew ida…hekhekhek…start tu kita jadi kawan sampai skunk…n kita jadi lagi rapat ..kan..kan..kan..setahun kau jadi roommate aku …aku best sangat…aku suka kacau kau..kita memang 1 kepala …kalau kepala kita dua dah jadi mereng-mereng tu aku kesian plak kat zubaidah…hahhahahahaa…so EIDA…dalam dok bergurau senda dengan aku nie aku tau ada jugak perkataan yang terkuar dari mulot aku nie yang dah menyakitkan ati kau…yang tu tak dapat aku nak nafikan…al maklumla…mulot aku nie tak da insurans…so..aku nak minta maaf banyak-banyak pada kau sekiranya selama 3 tahun kita kawan nie aku ada buat salah silap yang dah menyinggung perasaan kau…sorry k…sometime aku tak sedar perkataan yang aku luahkan tu boleh menyakitkan ati orang lain..sorry sangat-sangat..halalkan segala yang aku termakan n terminum air sirap kau ka…halal-halal la ekk..hahahahaa…oppsstt…dan satu lagi  jangan lupa kalau kawen nanti jemput aku..aku akan wat rombongan g Pasir Mas…kekekkekee..n kalau mai kedah jangan lupa contact aku..janji ngan aku yang kita tak akan putus kawan sampai bila-bila…biar macam mana skali pun kau tetap kawan aku dunia akhirat…aku sayang kauuuuu…


for SYU BFF n ex-rommate…aku seronok sangat kenal hang…banyak sebenaqnya kenangan kita nie…aku kenal hang pon bukannya sehari dua…dah bertaun-taun aku kenai…dari zaman poli lagi…betoi dak..Cuma masa zaman poli tu kita tak la serapat sekarang…sekarang nie kalau orang Nampak hang berjalan tanpa aku or aku berjalan tanpa hang mesti orang heran ..sebab kita memang sentiasa bersama..hang la teman makan aku .…wakakkakaaa…aku tak la sedey sangat nak berpisah ngan hang sebab aku dah tanamkan dalam otak aku nei yang aku still boleh jumpa hang lagi..sebab kita satu negeri…kalau hang negeri lain maybe aku dah nanges kot…kekekee…lepas nie dah tak leh dah la nak bergosip-gosip macam dulu kan?? Dah tak boleh dah Nak lepak-lepak kat kafe..dah tak ley nak tengok wayang cita antu…huhuuuu…tak pa kalau kita da masa kta kuaq k g tengok wayang citer antu…member-member lain takut nak tengok ..hang dengan aku ja yang suka layan citer-citer camtu…nanti kalau dah jadi usahawan berjaya jangan lupa aku tau….kalau rasa-rasa kekurangan pekerja kat kedai hang tu amek la aku keja kat situ…hahahahaaa..aku tak kisah…wakkakakaaka…macam eida jugak…nak kawen ka..nak tunang ka jangan lupa jemput aku…aku kompem p…tapi serius sampai la nie aku lupa lagi lorong nak p umah hang…hahahhaaaa…tak ingat-ingat walaupun dah 2 3 kali aku p…besa la aku kan amnesia...gegegegee…so SYU…aku nak amek kesempatan nie nak mintak maap banyak-banyak kat hang..yang mana aku terkata, termakan, terminum ayaq kosong hg ka…teramek or terpinjam det hang tak bayaq balik ka…sorry k..(waaaaaaaaaahhhhhh…dah rasa macam nak raya dah nie…posa ganti pon x habis g ada hati nak raya…kekekek)…kalau aku penah menginggung perasaan hang dengan kata-kata yang agak power aku minta maap k..besa la aku ..apa yang kuaq dari mulut aku kadang-kadang aku tak penah pikir pun benda tu menyakitkan ati…niat d hati nak joke jew…huhuuu…halalkan makan minum aku…jangan lupa contact-contact aku…you’re my friend…ingat walaupun apa pun terjadi hang tetap kawan aku…aku tak akan lupa n buang kawan aku macam tu jew…sekali aku berkawan, walau macam mana pun dia, aku tetap anggap dia kawan aku selamanya..forever n ever…kalau da masalah jangan lupa rujuk sama aku…wakakakakkaaaa…chewaahhhh..ala-ala pakar motivasi la pulak…kalah pakar motivasi kesayangan aku tau DR.FADZILAH KAMSAH…


FOR AYU…as my BFF merangkap adik n ex-roommate….kami bertuah sangat kenai ampa…tak sangka kan kita boleh jadi rapat…UM menjadi saksi …walaupun kita poli yang sama dulu tapi tak penah kenai pun…muka ampa pun kami tak cam sangat…tapi bila masuk UM kita boleh jadi rapat..tak sangka ampa junior kami kat poli dulu…tapi tu la orang kata jodoh..jodoh berkawan…(ada ka istilah tu..kami hentam jew…)..ingat tak masa mula-mula kita jumpa dulu…1st time masuk UM…kita berdua ja..ampa ja yang kami kenai selain syu..kita masuk sekali…g fakulti sekali…g bendahari sekali…daftar kolej skali…semua skali la..seronok kenai ngan ampa…disebabkan kita daftar sekali so semua klaz kita sekali..kita makin rapat…sampaikan kalau kami jalan sorang-sorang mesti da yang bertanya..’ayu mana??’..aishh…ayu n kema macam tak ley dipisahkan la plak…kita sebilik…2 tahun kami sebilik ngan ampa…best sangat..kami tak tipu…banyak kenangan kita kat situ....pahit manis tawar masam…semua ada..cukup lengkap..walaupun ampa muda dari kami setahun tapi kami rasa hampa lagi matang dari kami tau…Nampak macam kakak kami pun ada..hahahhahaaa…tak macam adik-adik langsung..tak ley bayang la plak kalau ampa panggil kami kak kema…rasa meremang segala bulu yang ada tau…lepas nie dah tak da la orang yang nak teman kami shopping..dah tak da la perunding imej kami…dah tak da la orang yang kami nak tnya pendapat  …dah tak da dah orang yang balik kampung sekali dengan kami lepas nie…dah tak da la orang yang nak membebel kat kami…kekekkekee…(jangan marah rrr..gurau jew)..kami suka dengaq ampa membebel…semangat gila…sorry sebab tak sempat nak jumpa ampa malam ampa nak balik tu…tau-tau jew la kami p mana kan…tapi tak pa kita still boleh jumpa kat SUNGAI PETANI kan….kann..kan…tu yang kami tak tekilan sangat tak ley jumpa ampa malam tu sebab kami tau kami still ley jumpa ampa kat kedah..tu pun kalau ampa sudi jumpa kami la..huhuuu…ampa jangan lupa kami tau..apa pun berlaku sebelom nie kami tak penah lupa ampa sebagai kawan baik kami…kalau ampa penah cakap yang kalau tak da ampa pun tak da effect apa-apa kat kami..tu ampa silap…kami rasa kalau tak dak ampa tak lengkap kawan-kawan kami…sebab sebelom nie ampa selalu ada..nak kuar mana-mana pun mesti sekali..sejak 2 menjak nie jew ampa dah jarang nak join kami…kami paham…kadang-kadang sedeh jugak la napa mesti berakhir macam nie…tapi nak wat macam mana dah tersurat macam tu…kami sentiasa doakan ampa bahagia selalu bersama mr.azizi…jangan dok buli azizi sangat tau..kalau azizi buli ampa tak pa…wakakakkaa…nanti kawen ampa kalau d jemput kami kompem p..he3x..so AYU…kat sini kami nak minta maaf banyak-banyak dekat ampa dari ujung rambut sampai ujung kaki kalau kami ada wat salah ngan ampa…kami tau ampa pun banyak terasa hati dengan kami kan..kan…kan..sorry tau…kami nie bercakap kadang-kadang bukan penah nak pikir hati n perasaan orang lain..ikut sesedap rasa ja nak terkuar…huhuuu..kami nak ampa tau yang kami sayang ampa…ampa kawan kami forever n ever…jangan penah lupa kami tau…selalu-selalu la rojer kami ekk…

Ok la..nie jew la yang aku mampu coretkan..he3x… The show must go on. Bertemu dan berpisah adalah sunnatullah. Semoga masa di antaranya menjadi masa yang bererti buat kita berempat. Tapi sebenaqnya aku tak mau ucap kata-kata perpisahan nie sebab aku tau kita akan jumpa lagi, someday, somewhere.
Untuk sahabat-sahabat aku , semoga Allah akan terus melindungi korang semua, menjaga kita, dalam rahmat dan cinta-Nya, dan kelak mempertemukan kita kembali dalam keadaan yang lebih baik.
Untuk cinta dan persahabatannya, jazakumullahu khairan katsira…

Saturday, May 14, 2011

sKybRIdgE @ KLCC

assalammualaikum..
selamat petang semua...
alhamdulillah dah selamat sampai ke desa tercinta...
hikhikhik...
sebelom balik kampung rasanya ada jugak la kenangan yang terindah untuk disemat dalam ati...
g KLCC ngn member2 n naik skybridge..
best sangat..
dari 3 orang yang kompem nak g tetiba ja bertambah kepada 9 orang..
wooowwww..
best..
sebenaqnya lagi ramai lagi best..
tapi ramai yang ada komitmen lain..
so tak kisah la kan..
janji kita boleh bersama di saat-saat akhir kat UM nie...
seawal 5.30 pagi aku bangun tau...
selalu nak g exam pun x macam nie..
hahahahaha...
sebab orang cakap kalau nak naik skybridge tu kena g awal-awal takut tiket abis...
tiket dia limit ..
so pagi-pagi subuh lagi kitorang g la...
dalam 6.30 pg macam tu la..
tunggu bas lagi..
naik train..
sampai sana dah 7.30 macam tu la..
tu pun orang dah ramai...
dah berbaris panjang dah..
kebanyakkannya pelancong la...
sebab ari khamis kan..
kat mesia khamis orang kerja lagi..
kitorang naik lam pkul 1 ptg..
saja ja..
sebelom tu ley la bergambo sakan..
kekekkeeee...
kat bawah nie da la sket2 gambo yang kami snap ..
jom la tengok..
hope enjoy k...

tengok2..betapa ramainya orang yang beratur..


atas train..nak g KLCC

gelap lagi dah kuar...

train dah sampai daaa..Jom..KLCC





thankz yang sudi join..best sangat..


sweet Memory berakhir di atas awan....wakakakakakkaa

thankz u all yang sudi ikut...SYU, EIDA, ADIK AZAI, KAK WAN, AMAR, SAHIR, ACAP n AZRUL...enjoy sangat ley jenjalan ngan korang semua...Hope akan jadi kenangan terindah untuk kita semua..
walaupun ramai yang tak dapat join tapi aku tetap dah berpuas hati ...akhirnya tercapai jugak hajat nak naik skybridge...hehheheheee..
ok la mau pegi makan...
tataaaaa...

Wednesday, May 11, 2011

LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU..

eemmmm...
sebelom tue..
Assalammualaikum n selamat malam semua..
sebenaqnya tengah tak da keja nie..
baru habis baca 1 novel...
best gila kot cita tu....
setanding dengan novel-novel kesayangan aku sebelom ni ..
macam novel Ombak Rindu (Fauziah Ashari), Cinta pertama (Norhayati Berahim), Bicara hati (Damya Hanna), Adam Hawa (Aisya Sofea) n sewaktu dengannya..he3x..
actually nie bukan novel aku..
aku pinjam kat syuhada...
tak sempat nak beli lagi la...
Baru habis exam..
Insyallah lepas nie kompem aku nak beli buat koleksi...
LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU..from Siti Rosmizah
fuhhh...tengok tajuk pon dah rasa syahdu tau...
memang TIP TOP la novel nie..
aku bagi 4 setengah bintang..
wahhhh..
memang rugi sapa tak baca lagi...
sebelom nie aku dah penah baca dah karya tulisan Siti Rosmizah nie..
CINTA KAU DAN AKU...
novel tu pun best ...
so bila kuar novel nie aku memang tak teragak-agak la nak baca..
macam mana aku tak cakap best..
start baca dah meleleh air mata aku..
memang sedey gila...
aku nie plak kalau da sangkut paut dengan mak ayah memang aku cepat sedey...
walaupun x da kaitan ngan aku tapi bab-bab mak ayah nie memang cepat touching..
kekekekkekee..
bila aku baca ja novel nie rasa macam orang gila pon ada..
yala..
kejap nangis kejap gelak terbahak-bahak..
haiyaaaaa...
macam orang gila daaaaaaaaa... 
actually novel nie penuh dengan emosi. 
Dalam emosi tue juga terselit jenaka n bagi yang dah baca mesti tau gelagat Tengku Aqilah yang mereng-mereng sket  ditambah pula dengan sahabat baiknya Farhana yang memang kelakar habis...cakap pun ikut lepas jew..sangat santai...tak boring..jujur aku cakap rugi sapa yang belom membacanya..
n untuk pengetahuan semua novel nie dah lama dah kuar...kalau tak salah aku dah 6 kali cetak dah pun..
aku nie diibaratkan ketinggalan la jugak sebab baru nak baca...tapi ok la lagi daripada sesiapa yang belom baca...hahhhaaa
kat bawah nie aku bagi sket sinopsis dia...


TENGKU AQILAH, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya. Pertemuan dengan Tengku Ryan yang sangat tidka di duga. Pantang bertemu pasti ada sahaja yang tidak puas hati..pasti ada saja yang akan dijadikan bahan untuk bertengkar. Sampaikan apa yang saya ingat akan kata-kata Tengku Aqilah ...
'samdol punya Mr.Bean. Dia ingat aku tergila-gila nak kawen dengan dia...Heiiiii..aku lebih rela tak kawen sampai ke tua dari berlakikan jantan bulu jagung tu tau!!!!!!!!!..
hahahhaaaa...lawak-lawak...
tapi nak buat macam mana...masa depan kita semua tak tau..Allah penentu segalanya...Orang tua-tua cakap jangan terlalu membenci seseorang itu kelak orang yang kita benci tu la yang akan kita rindu bagai nak gila... 

TENGKU NATASYA yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua. 

TENGKU RYAN AMEER, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar di Syarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya. 
Pernah sekali terkeluar dari pengakuan Tengku Ryan sendiri bahawa dia tidak rela namanya tertera di atas kertas sebagai suami kepada Tengku Aqilah dan dia juga tidak dapat membayangkan yang tengku Aqilah akan menjadi isterinya yang sah. Dan satu kenyataan yang paling best skali yang mana Tengku Ryan mengaku bahawa Tengku Aqilah merupakan wanita yang paling dibencinya di dunia ini. 
Tapi Allah itu maha berkuasa lagi maha mengetahui..Bak kata farhana, 'Tak kenal Maka tak Cinta... 

TENGKU HISYAM, bapa yang berdendam dengan anaknya sendiri akibat daripada tidak percaya akan ketentuan tuhan. Sanggup membuang darah daging sendiri hanya kerana tidak percaya akan qada dan qadar tuhan yang maha esa. 

FARHANA, seorang yang sanggup bersusah payah kerana seorang sahabat. Kepada Farhana la tempat Tengku Aqilah meluahkan apa yang terpendam dihati dan farhana merupakan seorang sahabat yang sangat memahami. selain itu, muncul beberapa watak sampingan yang akan memeriahkan lagi jalan crita nie seperti SHAFIK, MAK KIAH N PAK HASSAN, KAK KEMBONG , TUTI, ALIFF DRIVER n sebagainya. 

TENGKU HASHIM, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah? Segalanya akan terjawab dalam novel setebal 816 mukasurat ini.

SO, TUNGGU APA LAGI..JOM KITA RAMAI-RAMAI SERBU BOOK STORE YANG BERHAMPIRAN...hikhikhik..
ok la..
sekian saja tok malam nie.. 
ada crita terbaru I story kat sini yeerrr...kihkihkhi
tatattaaa..
wassalam..

Sunday, May 8, 2011

SELAMAT HARI IBU

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua...
hai...
tak ada apa yang nak diucapkan..
dikesempatan ini aku juz nak ucapkan SELAMAT HARI IBU kepada semua yang bergelar ibu, umi, mak, emak, dan  bonda kat luar sana...
terutamanya ucapan nie aku nak tujukan kepada mak tersayang PN. HJH SITI ROKIAH BINTI HJ. HASHIM..
Moga mak di panjangkan usia, di murahkan rezeki, di beri kesihatan yg baik dan semoga sentiasa dalam limpah rahmat Allah SWT selalu. TERIMA KASIH MAK kerana bersusah payah menyara dan mendidik anak mak nie, abang N adik-adik sehinggalah  menjadi seperti sekarang..Kaulah ratu hatiku..
LUV  U MOM..
FOREVER N EVER..
'Not everyone is lucky to have a mOm like you, that's why I'm one of the lucky few..'


MAK
Jomlah sama-sama kita hayati bait-bait lirik BUATMU IBU from Aeman...lagu nie aku tujukan kepada semua yang bergelar ibu seantero dunia...
 
Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian
Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu



Mata yang lembut dan jernih tak mampu disembunyikan raut muka yang mulai termakan usia,
Gerakkannya tak selincah 10 tahun lalu,
Namun cintanya  terhadap anak-anak tak akan pernah pudar, 
Ya Allah, rendahkanlah suaraku bagi mereka, perindahlah ucapanku di depan mereka, lunakkanlah watakku terhadap mereka dan lembutkanlah hatiku untuk mereka.
Ya Allah, berikanlah mereka balasan yang sebaik-baiknya atas didikan mereka padaku dan pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
SELAMAT HARI IBU...
terima kasih telah mendidikku, membesarkanku, menyayangiku, membimbingku.
Namun belum ada yang bisa ku berikan untukmu... 

MAK ...TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA..