Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, October 23, 2012

CINTA PLATONIK - wujud ke tak ekk??


assalammmualaikum n selamat pagi semua...hohoooo..tak da keja...tetiba teringat aritu aku tengok filem HACKS-HANYA AKU CINTA KAU SEORANG....dalam cita tu ada istilah CINTA PLATONIK... errmmmm..jenuh perah otak gak aku time tu...yala seyes sebelom ni aku tak penah dengar pon istilah cinta platonik..disebabkan perasaan nak tau tu punyalah tinggi so aku pon apa lagikan terus mintak tolong sama en.wikipedia....hahahahahah...hasilnya macam kat bawah nie la...

Cinta Platonik adalah sebuah istilah yang dipakai untuk menyebut sebuah perkaitan kasih sayang, tetapi unsur-unsur rasa tarikan secara seksual tidak wujud.
Istilah ini diambil dari salah satu bahasa Yunani, Plato, terutama dari karyanya Symposium, yang tertulis bahawa cinta akan wujud daripada kebaikan adalah dasar dari semua kebajikan dan kebenaran.
Istilah Amor Platonicus, telah digunakan pada awal abad ke-15 oleh Marsilio Ficino, sebagai sinonim daripada "Amor Socraticus," yang merujuk kepada kasih sayang antara Socrates dan murid-muridnya.

hohohoooo..camtu upanya cinta platonik ni kan...so apa pendapat korang ekk??? wujud ka cinta platonik ni sebenarnya?? or korang salah seorang yang terlibat dengan cinta platonik nie???  tepuk dada tanya selera k....pada pandangan aku la kan kalau nak berpandukan dengan maksud yang en.wikipedia tu bagi aku rasa cinta platonik nie wujud jew dikalangan kita semua...cuma yang bezanya sama ada kita menyedarinya or tak jew...sebab sometime sesetengah daripada kita tak tau pon ada istilah ni...rasa-rasa aku la kan hubungan ini lebih baik dan mudah @ flexible dari loving couple...sebab korang  tak perlu nak cemburu, tak payah nak terasa hati terkecik hati...tak payah nak cakap berlapik beralas...ley main redah je cakap...tak dak touching-touching...tak payah nak merajuk ...tak susah nak memujuk.....n macam-macam lagi la...tapi cinta platonik ni bagi aku sesuai untuk boy or girl yang single mingle je kot...sebab bagi yang tengah berkapel aku rasa tak bagus sangat...nanti tak pasal-pasal korang ngan gf or bf korang bergaduh besar lak ....tak best la kalau camtu kan...


Wujud ke tarikan seksual for those yang mengalami cinta platonik ni ? 
Of course NO ! sebab mereka yang mengalami cinta platonik ni kebiasaannya tak hiraukan aspek luaran dan fizikal semata . Mereka lebih menghormati "closeness" yang dibina atas alasan "sahabat semata-mata" .
Kebiasaannya, mereka yang melalui hubungan ini pasti akan cuba menyelindungkan keakraban mereka di sebalik "persahabatan" yang terjalin . Tapi , if ade something yang tak dijangka berlaku , for example , if salah seorang daripada mereka ada affair dengan orang lain, for sure la, akan ade yang tak puas hati , kan ? but , takde ape yang bole dibuat memandangkan tiada sebarang pengakuan yang dibuat . rite ? :)
 
antara sebab wujudnya cinta platonik 
  • masing masing ego and berkeras taknak meluahkan perasaan sesama sendiri .
  • tak yakin hubungan yang dibina mampu dibawa ke peringkat seterusnya .
  • belum bersedia dan masih berusaha mengenal hati budi masing masing .
  • takut dan risau sekiranya ikatan persahabatan akan longgar/kekok sekiranya membuat sebarang pengakuan .
  • perasaan cinta memang tak wujud .
so...korang pikir-pikir la ekk...ada tak sebelom ni or sekarang ni korang mengalami prasaan camni..kalau ada tu tak syakkkk lagi la korang memang tengah terjebak dengan CINTA PLATONIK!!!!!!....hhahhahaaa...aku chow dulu...tatattaaaaaa...

 

Saturday, October 20, 2012

10 PETANDA DIA JODOH KITA

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)



Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?



Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.



1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.



2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.



3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.



4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.



5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.



6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?



7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.



8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.



9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.



10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.



Saturday, October 13, 2012

STOLEN


assalammualaikum n selamat pagi ...yeaahhh..ujan lebat gila...tido pon sodap nie..tapi apa kan daya mata dah tak nak pejam...so kena la bangun...hahahahahaha...actually semalam g tengok STOLEN  kat panggung...ha g ngan sapa..?? sapa lagi kan...ngan MR.A aku la...wakakakakaka...best cita tu...dari 5 stars aku bagi 4 stars...he3x...2 3 minggu nie aku ngan MR.A asyik tertengok cita yang tak bapa best ja tau...cita omputih la...maybe bulan 9 aritu tak banyak sangat cita best yang kuar..tapi semalam cita memang best..tagline dia pon dah best dah tau...
2 HOURS
$10 BILLION 
1 KIDNAPPED DAUGHTER
aku dah lama dah dok baca dia punya tagline tu...nampak memang best...tu yang keluar ja kat panggung n bila MR.A cakap jom tengok STOLEN aku terus cakap jooooooooommmm....hhahahahahaaa..aku rasa tak rugi la kalau korang nak g tengok cita nie...kat bawah nie aku bagi dia punya siNopsis k....kalau korang rasa bes leh la g tengok...he3x.....

SINOPSIS
Will Montgomery (Nicolas Cage) is a master thief who after being double-crossed in a heist gone awry is sent to prison for 8 years. Upon his release he's ready to leave his criminal past behind and try to rebuild a relationship with his estranged daughter Allison. The FBI and his old cohorts believe that he hid the loot from the last heist 8 years ago, $10 Million in Bonds. To get his hands on it, his old partner Vincent kidnaps Allison and demands the entire $ 10 Million as ransom. Montgomery only has one day to get the $10 Million ransom but much to the disbelief of the FBI on his trail and Vincent, Will doesn't actually have it. Instead, he must trust his instincts and his old partner in crime, the beautiful, sexy and smart Riley, to do one more, clever heist to get his daughter back alive before it's too late.

SELAMAT NONTON YA....HAHAHAHA

Thursday, October 11, 2012

HANTU KAPCAI


hahaaaaa...dah lama tak wat review filem kan...kekekekekeke...ada 4 filem yang aku blom wat review...bukan apa tak sempat nak update lagi...actually hantu kapcai ni minggu lepas g tengok...tak sangka best...ikut ati aku memang tak nak tengok pon..aku dah serik dah dengan filem-filem melayu nie..yala...kebelakangan nie filem-filem melayu ni bagi aku agak mengecewakan jugak la..bukan aku nak mengagung-agungkan filem-filem luar tapi tu la...time aku g tengok ja mesti tak best...so bila MR.A beria-ria ajak g tengok filem hantu kapcai ni aku dah pikir banyak kali dah...nak tengok ka tak nak....risau pon ada....takut tak best ja...hohohohoooo...tapi bila dah tengok otak aku terus pikir...ada lagi filem melayu yang best kan...hahahahaa..seyes best...lawak gila..tak abes-abes gelak....sakit urat pewot tau aku gelak...filem nie kategori 18sx tau...mula-mula terkejut jugak...apa yang 18sx tu...tapi bila dah tengok tu baru la aku paham...rupanya filem nie tak sesuai untuk tontonan kanak-kanak...maybe sebab ada unsur tahyul kot...maklum la kanak-kanak nie kan mudah percaya dengan apa yang dorang lihat..he3x...takut terikut-ikut plak...tapi logicallynya semua orang tau kan nie juz sekadar cerita dan hiburan jew...ada jugak unsur-unsur nasihat yang boleh diguna pakai..bukan semuanya tahyul....cuma tu la..yang bab-bab roh tu la macam tak sesuai sket..he3x...tapi tu la..bagi aku filem nie best...tak rugi pon kalau g tengok...tapi kan...aku rasa la kan..watak fizz fairuz lagi menyerlah dari zizan ...tu pandangan aku la....kalau korang aku tak tau la...he3x.. nasib baik la MR.A beria-ria sangat nak tengok...harap aku memang tak tengok dah..hahahaha..tapi tu la tq ekk awak...belanja tengok HANTU KAPCAI...hahahahahaha...enjoy sangat...gelak sampe tak hengat dunia...k la...kat bawah nie ada sinopsis filem nie...bagi sesiapa yang belom tengok tu boleh la baca sinopsis kat bawah nie..kekkekekekee


Sinopsis Filem Hantu Kapcai
Hantu Kapcai mengisahkan Ajib, mat rempit yang terdesak melunaskan hutang dengan along, terpaksa berlumba dengan musuh ketatnya, Tiger (Remy).
Demi memenangi wang pertaruhan, Tiger mensabotaj perlumbaan itu hingga berlaku kemalangan ngeri yang mengorbankan nyawa Ajib.
Roh Ajib yang terperangkap di antara alam nyata dan ghaib, terkejut melihat jenazahnya berada di tengah ruang tamu rumah dan dikelilingi keluarga serta jiran tetangga. Dia hanya boleh berkomunikasi dengan Ibrahim, calon Imam Muda di kampungnya.
Dalam usaha membantu Ajib, Ibrahim terpaksa mencari jalan meyakinkan keluarga Ajib, malah dalam masa sama, membantu menyelesaikan perkara yang belum sempat disempurnakan mat rempit itu.