Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, July 28, 2011

colourful...gegeeeee

ai..
camat petang n camat beristirehat...
petang-petang gini bukan da keja sangat..
bowink jew...
di sebabkan aku nie dah bowink di tahap yang melampau so aku pun apa lagi sibok-sibokkan diri dengan blog aku la...
tengok la dah new look dah blog aku nie...
bowink tengok yang lama so aku letak cat baru...
dengan penuh wana wani..
ceria sket...
aku pun memang ska kalu wana wani nie..
nampak ceria ja kan..
macam idop aku..
ceria slalu..
wakakkakaaaaa...
k la..
harap korang enjoy bila tengok blog aku nie..
n aku harap korang pun ceria-ceria selalu macam blog aku k..
tatatatatataa 

Friday, July 15, 2011

CANTIK....

assalammualaikum n selamat petang sume...

borink-borink camni tak tau nak wat pew..

pikir punya pikir dapat satu tajuk nak share ngan korang petang nie...

hihihiiii..

CANTIK!!!!

Hai...sapa tak nak cantik???

Btol tak???

Cantik nie lebih sinonim dengan kaum hawa... 

memang bertuah lah sesapa yang dilahirkan dengan kecantikan semulajadi...

cukup lah sekadar maintain apa yang ada kan..kan..kan..

tu bagi sesapa yang semulajadi cantik la...

tapiiiiiiiiiii...

camna plak bagi yang kurang cantik sket....

tak kira la laki or pompuan....

kalau laki biarlah dikatakan macho or handsome...

kalau pompuan nak kata pa plak ekk selain cantik??

cun?? comel?? pretty??? or seangkatan dengannya...

zaman sekarang nie kalau nak cantik memang senang la...

ada duit semua jalan...

hahahahaa

walaupun dorang nie tak la cantik sangat tapi dengan bantuan mekap, dandanan dan pakaian yang sesuai dorang mampu untuk kelihatan cantik dimata orang lain...

emmm...

skunk nie dah banyak dah alat n produk yang ada boleh membantu merealisasikan impian sesapa yang nak cantik nie..

kalu muka ada jerawat, boleh guna alat kosmetik untuk tutup semua parut kat muka..

kalau badan montel boleh makan pil pelangsing...

opssttt..ingat banyak pil pelangsing kat pasaran yang bahaya dari mujarab tau..

nak kurus tak salah tapi pastikan amalkan diet yang seimbang..

lagi ok kalau mintak nasihat doktor-doktor ...

selain tu alat-alat senaman jugak dah banyak yang boleh bantu turunkan berat badan...

memang senang kan???

nampak memang mudah...

tapi tak ramai yang berjaya lakukan..

ada yang hanya hangat-hangat taik ayam jerkkkk..

so tak kemana jugak hasilnya...

bila cakap pasal kecantikan nie macam yang aku cakap tadi la…

orang memang sanggup buat apa jerk  asal Nampak cantik…

tapi satu jew kita mesti ingat…

kena sentiasa ati-ati…

jangan la dok gelojoh sangat ..

terlampau nak Nampak cantik sampai memudaratkan diri sendiri..

last-last sapa susah??

Diri sendiri jugak kan…

Aku amek contoh pasal produk kosmetik…

Orang lain pakai berkesan…

Kita pun apa lagi…

Nak cuba la…

Kadang-kadang kita tak penah pikir panjang…

Tau nak beli ja…

Tak penah pikir ntah-ntah produk tu tak sesuai dengan kulit kita ka..

Mana nak tau…

Jadi ..AWAS!!!!!!!!!..

PIKIR DULU SEBELOM NAK BELI…

Tau la korang banyak duit…

Chewaahhhh….hahahahaaa..

Satu lagi pasai masalah berat badan…

Masyarakat kita skunk pun satu hal…

Orang gemok ja dorang cakap tak cantik…

Kurus ja cantik…

Hai…macam-macam la peel orang-orang skunk nie…

Bagi aku la sapa cakap orang gemok tak cantik..???

(aku kurus k…)

Wakakakaaaa…..

Kalau kena gaya n penampilan orang gemok pun leh Nampak lebih cantik dari orang kurus tau…

Tapi yang aku geram nie orang gemok nie ska sangat nak merendah diri n malu dengan penampilan diri sendiri..

Ai..

Jangan la camtu…kita mesti ada keyakinan diri…

Baru orang lain respect kita tau....

Kita kena trima keadaan diri kita seadanya n sentiasa berfikiran positif..

Bila dah ditonjolkan sikap positif yang da dalam diri tue tak mustahil orang lain akan tertarik pada korang …

Aishhh…dah lama tak membebel…

Macam best la plak membebel petang-petang gini kan…

Tapi sebelom korang borink bek aku chow dulu la…

Hahhahahahaa….

Last skali aku nak korang tau…

Secantik mana pun kita budi bahasa jangan lupa..

Tanpa budi bahasa aku rasa tak dak guna kalau jadi ratu cantik dunia pun…

Kan..kan…kan…

Tak salah kalau nak cantik tapi dalam masa yang sama budi bahasa pun kena jaga jugak..

BUDI BAHASA kan BUDAYA KITA..

K la…

Chow dulu..mau tulun mak masak…kekekee








Sunday, July 10, 2011

niteeeeee....


Hot Myspace Generators

MERAPU MERABAN...

eeerrmmm...
salam sume...
samat malam....
ai...tak tidoq lagi ka??
aishh tanya orang aku pun sama...wakakakkaaaa...
tak da pew pn nak crita...
tak bapa ley nak tidoq so tak tau nak wat pe...
bowink pon da nie...
nak ajak sembang tak la plak nak ajak sapa...
hahahaaaa...
eemmmm...
rini seperti yang kita sedia maklum dah berlaku satu perkara yang bagi aku amat memalukan negara...
yala apa tak malunya..
negara yang sebelum nie di anggap sebagai  sebuah negara yang aman n makmur oleh semua negara didunia nie dah dicemarkan dengan demontrasi haram yang ntah apa2 bagi aku...
motif 1 jew..POLITIK...
aku nie tak ska sangat crita bab2 politik nie tapi bila ia melibatkan tanah air tercinta aku terpaksa la aku amek tau jugak...
di sebabkan demontrasi tu bukan saja menyusahkan rakyat tetapi jugak dah mencemarkan nama baik MALAYSIA di mata dunia...
aduhhh...memalukan...
aishhh...malas la nak crita pasal nie...
anyway....sebelom aku tidoq aku nak wish besday kat member aku... 
actually dah terlewat 1 hari nie...kekekkeeee..
untuk SYUHADA ABD HALIM....
happy birthday to u...
semoga panjang umur n murah rezeki...
sempena besday hang nie bila nak blanja aku...
wakakakkaaaaa.. 
umur dah 25 tahun dah...
dah ley pikir pasal kawen dah nie..
kalau da yang boleh di buat jodoh jangan tunggu lama2...
aku dah tak sabaq nak makan kenduri hang nie..
kekekekeeee...
nie aku nak nasihat hg sket...
bukan apa..
sempena ari jadi hg la.. 
hikhikhik 
KALAU NAK JADI BEST..
KITA MESTI YAKIN KITA BEST...
PASTU BILA KITA YAKIN YANG KITA NIE MEMANG BEST..
KITA USAHA LAKUKAN YANG TERBEST!!!!!
BEST...BEST..DENGAN BESTNYA...
TAK DER SEBAB ORANG LAIN NAK KATA TAK BEST!!
MAKA BILA ORANG DAH KATA BEST MAKSUDNYA MEMANG BEST LERR JADIKNYA...
TAPI...
BIASA LA KALAU DAH BEST NIE...
RAMAI PULAK YANG BENGANG...
TAK KURANG JUGAK YANG GERUNNNN....GGRRRRRRRRRRRRRRR
TIME-TIME CAMNIE LERRR NAK KUAR CITER-CITER YANG TAK BEST..
ALA...WAT SLUMBER JERRRR...
SEBAB ORANG YANG BERFIKIRAN BEST AKAN BEST DIFIKIRKAN ORANG LAIN..
hikhikhik...'
sekian trima kasih...
nite...

 

 

Saturday, July 2, 2011

ANDAI LELAKI TAHU...

ai..
salam 1 Malaysia...
selamat malam semua...
eemmmm...ujan la kat umah skunk...
best gile kalau dapat tido...
hekhekhek....
ujan-ujan camni tak dak keja nak wat...
so belek-belek tenet nie...
belek punya belek sampai juling bijik mata...
huhuhuuuu,...
tapi tak pa...
dapat baca satu artikel nie...
aaaagaaakk menarik...
so...
nie yang nak kongsi dengan blogger-blogger skalian..
aku rasa dolu-dolu aku penah baca dah artikel nie..
tapi skunk baru berpeluang nak kongsi ngan korang semua...
tak best la plak kalau baca sorang-sorang..
tapi artikel nie aku rasa ditujukan khas dari kaum hawa untuk kaum adam kot..
heheheheheee...
ini bukan apa...
juz luahan hati insan yang bernama HAWA untuk ADAM yang disayangi..
tu jew...
tajuk dia macam kat atas tu la...
ANDAI LELAKI TAHU..

jom la kita layan...
pastu tu kalau nak komen pon komen la..
aku alu-alukan....
andai lelaki tahu..
apabila seseorang perempuan itu jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya dihatinya.
 
andai lelaki tahu..
apabila seseorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah tapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.
 
andai lelaki tahu...
apabila seorang perempuan cepat marah, dia memang tidak mampu mengawal perasaannya. tapi percayalah itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. lihat sahaja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin banyak pula pertelingkahan yang berlaku.


andai lelaki tahu...
apabila seseorang perempuan itu banyak bercakap, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
andai lelaki tahu...
 
seorang perempuan itu berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya. tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya tetapi untuk masa depan anda
 
andai lelaki tahu..
apabila seseorang perempuan itu cemburu dan tidak percayakan anda itu bukan bermakna dia tidak sayang..sebaliknyaa dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda seperti anak kecil yang perlukan perhatian. kadang-kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati lepercayaan yang diberi. naluri keibuannya kuat. dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
 
andai lelaki tahu.. 
apabila perempuan itu merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dirinya dihargai..
 
andai lelaki tahu..
apabila perempuan jarang mengatakan ' I love You,' itu tudak bermakna dia tidak mencintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya dengan kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya..
 
andai lelaki tahu.. 
apabila perempuan kata dia rindu pada kamu, dia benar-benar maksudkannya. apabila berjauhan, bayangan kamu akan sentiasa bermain di mata.
 
andai lelaki tahu..
apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik daripada diri kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya menguji kamu. dia mahu melihat bagaimana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.walaupun sememangnya kamulah yang terbaik di hatinya. selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan masih menganggap ramai lagi yang lebih baik dimatanya, tetapi dihatinya kamu tetap yang terbaik.


andai lelaki tahu..
apabila perempuan itu menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana kamu mampu bersabar dengan kerenahnya. percayalah hati perempuan itu sangat lembut. andai kena caranya, jangan terkejut kalau dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.


andai lelaki tahu..

apabila perempuan itu berkata "tolong tinggalkan saya". dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. perempuan memang sukar mengawal perasaan. dia terlalu emosional. tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
 
andai lelaki tahu...
sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. disebalik air matanya, tersimpan seribu kekuatan yang bakal menjadikan seseorang lelaki itu selamat bersamanya. biarpun perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan sendiri yang bisa mengoncangkan dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki lemah kerananya..
 
so wahai sang kumbang-kumbang sekalian...
hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda..
dan satu lagi...
wahai insan-insan yang bergelar lelaki...
insyallah untuk next entry aku nanti aku akan cuba cari artikel yang bertajuk ANDAI WANITA TAHU pulak k...
aku bukan apa...
aku nak kita tak kira la lelaki or perempuan sama-sama tahu apa yang tersirat di dalam lubuk hati masing-masing agar selepas nie kita sama-sama saling memahami antara satu sama lain...
ok member-member skalian...
hekhekhek...
untuk malam nie aku chow dulu k..
lapaq la pulok..mau makan dulu..
tatattaaaaa....
assalammualaikum..