Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, November 23, 2012

The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2


ai..selamat hari jumaat...aishh..dah lama bebenor tak update blog nie...bukan malas..tapi kekurangan masa...he3x...n dah lama jugak aku tak wat review filem kan...bukan malas tapi tak da kesempatan...kekekekkee...korang tengok tajuk kat atas tu pon korang dah tau kan pasal filem apa yang aku nak cita nie..filem yang tengah panas kat panggung skunk nie...aku kompem berduyun-duyun manusia g panggung skunk nie sebab nak tengok filem nie..tambahan lak rini jumaat..mau runtuh midvalley rini..semua nak tengok The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2...ntah 2 3 HALL dorang bukak malam nie..wakkakakaka..tudia aihhh..penangan BELLA, EDWARD N JACOB...sapa yang tak ikut filem ni memang tak rasa sangat kehangatan dia..tapi if yang dah follow filem nie sejak dulu lagi macam aku ni memang tertunggu-tunggu la ...macam mimpi ja dah tengok The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2 semalam....yala..rasa cepat ja dah setahun...he3x...oppstt...
Bagi yang tak mengikuti filem ini dari awal, Twilight Saga adalah sebuah siri filem vampire ataupun pontianak yang bertemakan romantik dan fantasi yang ditulis oleh penulis Stephenie Meyer. Ia mengisahkan kehidupan seorang gadis, Isabella “Bella” Swan, yang berpindah ke Forks, Washington, bersama bapanya dan jatuh cinta dengan puntianak berusia 104-tahun bernama Edward Cullen.Watak utama dalam filem Twilight Saga ini adalah Kristen Stewart, Robert Pattinson, dan Taylor Lautner.
Filem Twilight dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu :
  • Twilight (2008)
  • The Twilight Saga: New Moon (2009)
  • The Twilight Saga: Eclipse (2010)
  • The Twilight Saga: Breaking Dawn (2011/2012)
The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2  adalah filem terakhir dalam siri twilight...ermmmm...cedehnya...huhuhuuuu...
Jalan cerita pada permulaan agak perlahan, namun akhirnya menjadi pantas bila masuknya babak pontianak berlawan sesama sendiri, dan serigala jadian juga masuk campur. Rupanya setiap ‘vampire’ ada kuasa tersendiri, contohnya Bella yang dah jadi pontianak tu ada kuasa perlindungan di mana sesiapa di bawah kuasa itu akan merasa kurang sakit jika diserang. Peperangan ini berlaku kerana hendak melindungi RENESMEE iaitu anak Bella n Edward yang berdarah separuh pontianak separuh manusia, yang mana mereka sangkakan ‘immortal’ or anak abadi. Pontianak immortal sangat ditakuti ...so if wujudnya immortal ini, dia harus dibunuh. Tak dak apa-apa plot klimaks berlainan dalam siri terakhir ini selain peperangan antara pontianak dapat dihalang dengan kuasa membaca masa depan seorang pontianak yang lain. Plot lain amat biasa, takkan pernah lari dari perselisihan faham. Rupanya alam pontianak jugak ada masalah macam alam manusia kan...hahhahahaa





SINOPSIS
Ini merupakan filem kelima dan terakhir untuk siri The Twilight Saga. Ia membawa kepada konfrontasi epik di sebuah tasik beku di barat laut Amerika. Di satu pihak, pontianak yang datang dari seluruh dunia berkumpul khusus untuk kehidupan yang aman, yang diketuai oleh Bella Swan (Kristen Stewart), yang baru menjadi seorang pontianak dan merupakan seorang ibu dan berkahwin dengan kekasihnya yang juga seorang pontianak, Edward Cullen (Robert Pattinson). Manakala di pihak lain pula adalah Volturi yang mengepalai sekumpulan pontianak jahat dari Eropah yang diketuai oleh Martin Sheen.

bagi aku...ending yang best...sangat berpuas ati...sapa tak g tengok cepat-cepat g tengok ...he3x..k la...SELAMAT MENONTON...Daaaaaaaaaaaaa...

Tuesday, October 23, 2012

CINTA PLATONIK - wujud ke tak ekk??


assalammmualaikum n selamat pagi semua...hohoooo..tak da keja...tetiba teringat aritu aku tengok filem HACKS-HANYA AKU CINTA KAU SEORANG....dalam cita tu ada istilah CINTA PLATONIK... errmmmm..jenuh perah otak gak aku time tu...yala seyes sebelom ni aku tak penah dengar pon istilah cinta platonik..disebabkan perasaan nak tau tu punyalah tinggi so aku pon apa lagikan terus mintak tolong sama en.wikipedia....hahahahahah...hasilnya macam kat bawah nie la...

Cinta Platonik adalah sebuah istilah yang dipakai untuk menyebut sebuah perkaitan kasih sayang, tetapi unsur-unsur rasa tarikan secara seksual tidak wujud.
Istilah ini diambil dari salah satu bahasa Yunani, Plato, terutama dari karyanya Symposium, yang tertulis bahawa cinta akan wujud daripada kebaikan adalah dasar dari semua kebajikan dan kebenaran.
Istilah Amor Platonicus, telah digunakan pada awal abad ke-15 oleh Marsilio Ficino, sebagai sinonim daripada "Amor Socraticus," yang merujuk kepada kasih sayang antara Socrates dan murid-muridnya.

hohohoooo..camtu upanya cinta platonik ni kan...so apa pendapat korang ekk??? wujud ka cinta platonik ni sebenarnya?? or korang salah seorang yang terlibat dengan cinta platonik nie???  tepuk dada tanya selera k....pada pandangan aku la kan kalau nak berpandukan dengan maksud yang en.wikipedia tu bagi aku rasa cinta platonik nie wujud jew dikalangan kita semua...cuma yang bezanya sama ada kita menyedarinya or tak jew...sebab sometime sesetengah daripada kita tak tau pon ada istilah ni...rasa-rasa aku la kan hubungan ini lebih baik dan mudah @ flexible dari loving couple...sebab korang  tak perlu nak cemburu, tak payah nak terasa hati terkecik hati...tak payah nak cakap berlapik beralas...ley main redah je cakap...tak dak touching-touching...tak payah nak merajuk ...tak susah nak memujuk.....n macam-macam lagi la...tapi cinta platonik ni bagi aku sesuai untuk boy or girl yang single mingle je kot...sebab bagi yang tengah berkapel aku rasa tak bagus sangat...nanti tak pasal-pasal korang ngan gf or bf korang bergaduh besar lak ....tak best la kalau camtu kan...


Wujud ke tarikan seksual for those yang mengalami cinta platonik ni ? 
Of course NO ! sebab mereka yang mengalami cinta platonik ni kebiasaannya tak hiraukan aspek luaran dan fizikal semata . Mereka lebih menghormati "closeness" yang dibina atas alasan "sahabat semata-mata" .
Kebiasaannya, mereka yang melalui hubungan ini pasti akan cuba menyelindungkan keakraban mereka di sebalik "persahabatan" yang terjalin . Tapi , if ade something yang tak dijangka berlaku , for example , if salah seorang daripada mereka ada affair dengan orang lain, for sure la, akan ade yang tak puas hati , kan ? but , takde ape yang bole dibuat memandangkan tiada sebarang pengakuan yang dibuat . rite ? :)
 
antara sebab wujudnya cinta platonik 
  • masing masing ego and berkeras taknak meluahkan perasaan sesama sendiri .
  • tak yakin hubungan yang dibina mampu dibawa ke peringkat seterusnya .
  • belum bersedia dan masih berusaha mengenal hati budi masing masing .
  • takut dan risau sekiranya ikatan persahabatan akan longgar/kekok sekiranya membuat sebarang pengakuan .
  • perasaan cinta memang tak wujud .
so...korang pikir-pikir la ekk...ada tak sebelom ni or sekarang ni korang mengalami prasaan camni..kalau ada tu tak syakkkk lagi la korang memang tengah terjebak dengan CINTA PLATONIK!!!!!!....hhahhahaaa...aku chow dulu...tatattaaaaaa...

 

Saturday, October 20, 2012

10 PETANDA DIA JODOH KITA

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)



Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?



Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.



1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.



2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.



3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.



4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.



5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.



6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?



7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.



8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.



9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.



10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.



Saturday, October 13, 2012

STOLEN


assalammualaikum n selamat pagi ...yeaahhh..ujan lebat gila...tido pon sodap nie..tapi apa kan daya mata dah tak nak pejam...so kena la bangun...hahahahahaha...actually semalam g tengok STOLEN  kat panggung...ha g ngan sapa..?? sapa lagi kan...ngan MR.A aku la...wakakakakaka...best cita tu...dari 5 stars aku bagi 4 stars...he3x...2 3 minggu nie aku ngan MR.A asyik tertengok cita yang tak bapa best ja tau...cita omputih la...maybe bulan 9 aritu tak banyak sangat cita best yang kuar..tapi semalam cita memang best..tagline dia pon dah best dah tau...
2 HOURS
$10 BILLION 
1 KIDNAPPED DAUGHTER
aku dah lama dah dok baca dia punya tagline tu...nampak memang best...tu yang keluar ja kat panggung n bila MR.A cakap jom tengok STOLEN aku terus cakap jooooooooommmm....hhahahahahaaa..aku rasa tak rugi la kalau korang nak g tengok cita nie...kat bawah nie aku bagi dia punya siNopsis k....kalau korang rasa bes leh la g tengok...he3x.....

SINOPSIS
Will Montgomery (Nicolas Cage) is a master thief who after being double-crossed in a heist gone awry is sent to prison for 8 years. Upon his release he's ready to leave his criminal past behind and try to rebuild a relationship with his estranged daughter Allison. The FBI and his old cohorts believe that he hid the loot from the last heist 8 years ago, $10 Million in Bonds. To get his hands on it, his old partner Vincent kidnaps Allison and demands the entire $ 10 Million as ransom. Montgomery only has one day to get the $10 Million ransom but much to the disbelief of the FBI on his trail and Vincent, Will doesn't actually have it. Instead, he must trust his instincts and his old partner in crime, the beautiful, sexy and smart Riley, to do one more, clever heist to get his daughter back alive before it's too late.

SELAMAT NONTON YA....HAHAHAHA

Thursday, October 11, 2012

HANTU KAPCAI


hahaaaaa...dah lama tak wat review filem kan...kekekekekeke...ada 4 filem yang aku blom wat review...bukan apa tak sempat nak update lagi...actually hantu kapcai ni minggu lepas g tengok...tak sangka best...ikut ati aku memang tak nak tengok pon..aku dah serik dah dengan filem-filem melayu nie..yala...kebelakangan nie filem-filem melayu ni bagi aku agak mengecewakan jugak la..bukan aku nak mengagung-agungkan filem-filem luar tapi tu la...time aku g tengok ja mesti tak best...so bila MR.A beria-ria ajak g tengok filem hantu kapcai ni aku dah pikir banyak kali dah...nak tengok ka tak nak....risau pon ada....takut tak best ja...hohohohoooo...tapi bila dah tengok otak aku terus pikir...ada lagi filem melayu yang best kan...hahahahaa..seyes best...lawak gila..tak abes-abes gelak....sakit urat pewot tau aku gelak...filem nie kategori 18sx tau...mula-mula terkejut jugak...apa yang 18sx tu...tapi bila dah tengok tu baru la aku paham...rupanya filem nie tak sesuai untuk tontonan kanak-kanak...maybe sebab ada unsur tahyul kot...maklum la kanak-kanak nie kan mudah percaya dengan apa yang dorang lihat..he3x...takut terikut-ikut plak...tapi logicallynya semua orang tau kan nie juz sekadar cerita dan hiburan jew...ada jugak unsur-unsur nasihat yang boleh diguna pakai..bukan semuanya tahyul....cuma tu la..yang bab-bab roh tu la macam tak sesuai sket..he3x...tapi tu la..bagi aku filem nie best...tak rugi pon kalau g tengok...tapi kan...aku rasa la kan..watak fizz fairuz lagi menyerlah dari zizan ...tu pandangan aku la....kalau korang aku tak tau la...he3x.. nasib baik la MR.A beria-ria sangat nak tengok...harap aku memang tak tengok dah..hahahaha..tapi tu la tq ekk awak...belanja tengok HANTU KAPCAI...hahahahahaha...enjoy sangat...gelak sampe tak hengat dunia...k la...kat bawah nie ada sinopsis filem nie...bagi sesiapa yang belom tengok tu boleh la baca sinopsis kat bawah nie..kekkekekekee


Sinopsis Filem Hantu Kapcai
Hantu Kapcai mengisahkan Ajib, mat rempit yang terdesak melunaskan hutang dengan along, terpaksa berlumba dengan musuh ketatnya, Tiger (Remy).
Demi memenangi wang pertaruhan, Tiger mensabotaj perlumbaan itu hingga berlaku kemalangan ngeri yang mengorbankan nyawa Ajib.
Roh Ajib yang terperangkap di antara alam nyata dan ghaib, terkejut melihat jenazahnya berada di tengah ruang tamu rumah dan dikelilingi keluarga serta jiran tetangga. Dia hanya boleh berkomunikasi dengan Ibrahim, calon Imam Muda di kampungnya.
Dalam usaha membantu Ajib, Ibrahim terpaksa mencari jalan meyakinkan keluarga Ajib, malah dalam masa sama, membantu menyelesaikan perkara yang belum sempat disempurnakan mat rempit itu.

Friday, September 28, 2012

miss my dora...


rindu sama kamo la dora...balik umah aritu dora tak sihat...cirit birit...nak main dengan dia pun kesian...penat ja tengok...4 5 ari camtu...risau jugak...ayah bawak g amek ubat...ok sket...tapi tak sembuh sepenuhnya lagi...napa ekk??? sebab salah makan ka??? apa yang dia makan ?? ermmm...tinggal dulu balackwood..ayah belikan makanan lain untuk sementara waktu...risau jugak takut blackwood tu dah expired...yala...aritu pon aku belikan yang repacking jew kat dia...takut dah expired...ayah cakap nanti beli yang baru...or cacing ekk...yala dora tak g injection lagi...risau takut cacing...aishhh...macam-macam...mintak-mintak la dora cepat sembuh kan...risau gila...tapi tak pa..yang penting dora dapat collar baru...hahahahaa...wana purple lagi...ley la gantikan dengan collar yang lama tu...collar lama dah berbulu...buruk dah aku tengok...wakakakkaa...actually dora dah besar dah...dah dekat 5 bulan dah...ingat dulu mula-mula amek baru 2 bulan...kecik ja...skunk dah besar dah...bila dokong pon dah berat....makin hyper active...lari sana...lari sini...mak sampe pening...hahahaaa..k la...chow dulu...nanti sembang lain pasai dora...kekkeekeke...

Monday, September 3, 2012

selamat petang..


*Setiap permulaan pasti ada pengakhiran..apabila kita meredhai satu pemergian, pasti akan datang yang lebih baik untuk kita selepas itu..biarkan saja ia berlalu pergi..cuba jadi seorang yang punya harga diri *

Saturday, August 25, 2012

SELAMAT HARI RAYA

assalammuaaikum...wow...dah raya ke 7 baru berkesempatan nak wish ucapan selamat hari raya...rasa macam dah Lama sangat dah tak jenguk blog nie...ermmm...tak dan...banyak keja lagi yang aku nak kena buat..kekekeke...ok la...walaupun agak terambat sikit tapi tak pa la kan...
disini aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA YANG MENGENALI AKU..MAAF ANDAI AKU ADA TERKASAR BAHASA TERLEPAS BICARA YANG DAH MENYAKITKAN ATI KORANG SEMUA...TAK KIRA LA SESIAPA PUN...MAAF YAAAAA...

Tuesday, July 24, 2012

my little dora....

assalammualaikum...ai...selamat malam...he3x...rasa macam dah lama tak jenguk blog nie...ermm..agak berhabok jugak la...nak buat macam mana kan...balik kampung...banyak benda nak kena buat...hahahaaaa...actually malam ni aku nak kenalkan kan korang semua dengan member baru aku...aritu jojo n jiji...si kura-kura yang cumel...kali ni plak anak kucing yang sangat cumel ....nama dia dora....hahahaaa..memang cumel pon...Mr.A yang bagi...ermm..tq ekk awak...dah bagi kawan dekat saya...tak la saya sunyi sangat...ari-ari main ngan dora..tu yang jarang update entry nie...hohoooo...jum la kalau nak berkenalan ngan dora..malam nie aku tak nak cerita panjang sangat...nanti kalau ada masa aku cerita lagi pasal dora k..
SELAMAT BERKENALAN TAWAN-TAWAN..

Tuesday, June 19, 2012

TEMAN TAPI MESRA


assalammualaikum n selamat pagi semua...ntah la..tetiba lak terpikir persoalan ni....macam menarik...rasanya istilah teman tapi mesra nie dah banyak dah orang guna....tapi yang aku musykil nie ada ka istilah TEMAN TAPI MESRA (TTM) dalam satu-satu perhubungan ekk?? bolehkah lelaki dan perempuan menjadi sekadar teman baik?? ala-ala teman tapi mesra la walaupun masing-masing dah berpasangan..pastu lak berkongsi suka duka bersama..tak cemburu ka nanti pasangan korang atau pun korang rahsiakan je dari pasangan??bolehkah sekadar menjadi teman tanpa ada apa-apa perasaan ekk??? kalau masing-masing single aku tak kisah..yang dah berpasangan nie...macam mana tu??? ermmmm...teman tapi mesra = serasi tapi tak cinta...hahahaaa...boleh tak mcmtu???? hahahahahah...
bagi aku la kan...nak jadi TTM tak salah pon...bergantung pada niat masing-masing....tapi masalahnya sekarang ni sometime istilah teman tapi mesra ni selalu disalah tafsirkan...susah la camtu ....kalau TTM tu still single lagi aku tak la kisah sangat...tapi pada yang dah berpasangan ni...itu yang bahaya...yala mulut orang kita tak boleh nak tutup...macam-macam andaian yang kuar...sedangkan ati kita tak sama dengan apa yang orang fikirkan...ati kita cakap..orang tu juz kawan..sahabat...teman untuk kita luahkan perasaan..sebab sesetengah orang lebih selesa untuk berkongsi perasaan dengan teman or sahabat dari pasangan sendiri....mungkin sebab macam tu la wujudnya TTM nie kan...tapi apa yang orang nampak n pikir maybe kita n dia adalah pasangan kekasih..pastu mula la nak cakap-cakap belakang...orang tu playboy la...orang tu playgirl la...ermmmm...macam-macam hal kan....
actually istilah TTM nie tak salah pon sebenarnya...yang salah bila korang buat dia jadi salah...tu yang salah tu...hahahahahaha...but one thing must remember...terletak pada nawaitu...bak kata pepatah.. berkawan tu biar beribu... bercinta tu biarlah satu...kan..kan..kan...
aku lak suka berkongsi cerita or problem aku ngan MR.A n BFF-BFF aku jew...hek3x...tak da istilah TTM dalam idop aku ...kalau sayang cakap sayang..kalau niat hanya berkawan cakap jew berkawan....kan senang macam tu..kekekekekee...
chow dulu...wassalam...

Monday, June 18, 2012

RAWANG BURGER BAKAR

hoyeeeeeeeeee....2nd entry untuk arini....nampak sangat tak dak keja...hahahahahaaa...Mr.A bawak g makan Burger bakar lagi...tapi kali bukan KAW KAW  BURGER BAKAR tapi RAWANG BURGER BAKAR...actually nak g makan burger sekilo kat UNISEL...tapi tak sempat nak order dah abes...punya la ramai orang yang nak makan...huhuuu...so tu yang pegi RAWANG BURGER BAKAR tu..aku tak penah tau pon yang banyak jugak burger bakar skunk nie kan..he3x...kalau tanya aku antara kaw-kaw burger ngan rawang burger mana sedap aku pilih RAWANG BURGER BAKAR kot...tapi sebenaqnya masing-masing ada keistimewaan masing-masing...korang pon maybe ada selera masing-masing kan...selera aku dekat RAWANG BURGER BAKAR kot...hahahahaha...tapi aku rasa dia punya kebesaran n kelebaran daging tu ada sedikit kureng la...kaw-kaw burger bakar lagi besar aku rasa...hahahahahaha...apa-apa pon aku suka...RAWANG BURGER BAKAR yang aku p ni juz cawangan dia ja..kat CARREFOUR  SEKSYEN 23 SHAH ALAM...gerai dia dekat dengan TAT NASI AYAM yang kat sebelah carrefour tue...dia join ngan  rentoran tat nasi ayam tu..so kalau korang nak makan kat situ korang ley la order air kat Rentoran tu...kat RAWANG BURGER BAKAR nie korang ley pilih macam-macam burger...kalau tak salah aku ada 8 jenis burger yang dorang tawarkan...semalam aku amek BURGER OMBAK RINDU..(nama tak leh blah kan)....berombak rindu la aku semalam...hahahaha..Mr. A amek DOUBLE RIANG...so memang beriang ria la Mr.A semalam...actually double riang tu dia letak 2 layer daging...ombak rindu lak dia tambah bacon kat atas tu...aduhh..tengah tulis nie pon rasa macam nak g makan lagi...kekekkekekekee...
MENU ..
NIE MR.A PUNYA...TAK DAN NAK SNAP DIA DAH NGAPPP....LAPO SANGAT EKK ???HAHAHAH
DOUBLE RIANG...


OMBAK RINDU
DAPPPP rrrrrrrrr....


Kalau korang nak tau lebih lanjut pasal burger nie korang boleh la pegi dekat dia punya website...http://my.shop.88db.com/rawangburgerbakar.....aku chow dulu...nak mandi n makan...he3x..tata...SELAMAT MENCUBA K...opssstt...tq awak coz bawak g burger bakar lagi...hahhahahaa....

PET WORLD + AKUARIUM LAGI....

HAAHAHAHA...yeyeeee..mr.A bawak g Pet World...ley tengok kucing cumel-cumel...thankzz awak....adoiiiii...comel gila rr kucing-kucing kat situ...kebanyakkannya masuk bertanding...tu yang somel-comel tu..macam-macam jenis kucing ada...ley la kenal-kenal ngan jenis-jenis kucing kan...yala..aku nie namanya suka kucing tapi nama-nama kucing banyak yang tak tau dari yang tau...tapi bukan nak kata la Mr.A memang terer bab2 kucing tu...pas puas tengok kucing Mr.A wak g shah alam lak...g akuarium skali lagi...walaupon dah 2nd time pegi tetap besttt...syokk oooo tengok ikan-ikan..kalau boleh cam nak masuk berenang sekali lam akuarium tu tau tak...lama jugak kat akuarium tu...kesimpulannya 1 ari rini jamu mata ngan hewan-hewan cumel...arggghhhhh...nak tengok kucing cumel lagi ley tak????? hukhukhuk..tak puas la....apa-apa pon jom la tengok pic yang aku dah snap tu..kompem korang pon cakap comel jugak tau..hahahhahaaa..
nak masuk pon kena bayaq tau tak......












cumel kan...actually banyak lagi pic yang aku snap semalam..tapi nie ja la yang aku tunjuk...malas nak upload banyak-banyak....he3x....apa-apa pon..tq awak...coz bawak saya g sini...

Sunday, June 17, 2012

PET WORLD MALAYSIA 2012

AWAK!!!!!! JOM-JOM....HAHHAAHHHAAAA....

Date : June 15 –  17, 2012
 Time : 11:00 am to 9:00 pm
 Venue: Mid Valley Megamall

UNTUK SESIAPA PEMINAT HEWAN-HEWAN CUMEL NIE JOM LA RERAMAI G MID VALLEY..17 JUN LAST TAU...HEKHEKHEK.. 
for more information bleh tengok kat sini: https://www.facebook.com/events/376182742423243/ 

Thursday, June 14, 2012

CINTA BUKANNYA MEMILIKI


cinta bukannya memiliki kerana cinta dan keinginan untuk memiliki adalah tidak sama... keinginan untuk memiliki menjadikan diri kita seorang yang obsesi... obses terhadap diri yang kita cintai itu sehingga kita tidak boleh menerima seandainya dia tidak menjadi milik kita!

obsesi itu juga membuatkan kita berasa benci saat tidak dapat memiliki... waktu itu kita telah lupa bahawa Allah adalah pemilik segalanya... kerana obses dan perasaan ingin memiliki cinta itu kita tidak dapat menerima qada dan qadar serta segala ketentuan... kita lupa bahawa cinta itu bukan milik kita tetapi milik Allah... Allah mempunyai hak untuk memberi dan hakNya juga untuk mengambil kembali apa yang kita miliki kerana itu adalah milikNya!

ingatlah, cinta itu anugerah dari Allah yang menjadikan kita redha dengan ketentuanNya... seandainya kita redha kita akan sedar bahawa cinta bukan memiliki tetapi satu anugerah... saat kita sedar pasti keindahan cinta itu dapat dirasai... kita akan bersyukur seandainya cinta itu menjadi milik kita yang abadi... dan kita akan pasrah seandainya cinta itu tidak dapat dimiliki!   

jadilah insan yang kenal erti cinta, bukannya insan yang obses terhadap cinta!

INGAT!!!! macam penah aku cakap untuk entry sebelom ni...Jika ALLAH Tidak Menulis Jodoh Kita Bersama..Kita Tetap Tidak Akan Bersama..lTiada Yang Kebetulan Melainkan Semuanya Telah Dirancang..Dan Sebaik Baik Yang Merancang Itu Adalah ALLAH s.w.t., Maha Perancang Segalanya... :)
JANGAN LUPA PADA ALLAH YANG SATU....DIA YANG MENGETAHUI SEGALANYA...KITA SEBAGAI HAMBA HANYA MAMPU BERDOA DAN BERSYUKUR DENGAN APA YANG DIKURNIAKAN...aminnnnn....

<<<<kredit to blog massaari >>>

Wednesday, June 13, 2012

selamat malam cinta


terlalu banyak membina harapan dan angan2 kadang2 akan lebih melukakan bila segalanya tidak kesampaian..berserahlah pada Tuhan,biar ditentukan masihkah ada harapan ataupun terputus di tengah jalan..itupun setelah segalanya dilakukan untuk mempertahan sesebuah hubungan

sekian...selamat malam..wish me luck 4 tomorrow....kekekekke

Tuesday, June 5, 2012

about jojo n jiji..

hahahaa....selamat petang..jumpa lagi ekk...tengah main-main ngan jojo n jiji..tetiba ja teringat dah lama kan tak update pasal dorang nie...dah besar dah pun si jiji tu...suka gigit...suka buli si jojo..aishhh..mentang-mentang la jojo tu kecik kan...di tunjal-tunjalnya kepala jojo...ermmmm...penat main nie dorang tengah tido..hikhikhik...jojo suka tido atas darat...jiji lak suka tido kat celah batu dalam air...makan kompem-kompem la kena suap...nak makan sendiri tak reti...adehh..susah kalau tak da yang nak suap..memang tak makan la gamaknya...jiji makan memang banyak..kalau ikut ati dia aku rasa nak makan sepanjang masa kot...yala...pantang tengok bekas makanan dia mesti tergedik-gedik kat dalam air....actually minggu ni aku bagi makanan jenama lain lak...kalau dulu aku bagi yang jenama SANYU...ala yang botol wana ijau tu...tapi last week g kat PET SAFARI kat ikano...makanan yang dorang selalu makan tu tak da...so aku beli la jenama baru lak...kali ni bekas dia wana puteh...jenama NUTRAFIN BASIX..ntah la...aku tengak jojo ngan jiji lebih suka makanan yang baru ni...maybe sedap lagi kot..lagi pon yang baru ni mudah hancur bila kena air..maybe senang dorang nak hadam kot..tapi tu la..aku yang teruknya ...pas ni memang kena kerap tukar air la....hihiiiii..kaLau korang  nak tau dorang nie la peneman aku tau..teman bercakap...teman main-main...walaupun tak ley cakap tapi aku tau dorang faham..ilang kejap stress aku kalau main-main ngan dorang tau...
NIE LA MAKANAN JOJO N JIJI...YANG BEKAS IJAU TU YANG LAMA...BEKAS PUTIH TU AKU BARU BELI...
BESAQ KAN JIJI..TENGAH OTW NAK TIDO...SAJA JA NAK AMEK POT JOJO....NAK GADUH LA TU...SLALUNYA JIJI TIDO DALAM AIR...
MUKA NGANTOK...HAHAHAHA
HA..NIE JOJO DAH AMEK TEMPAT DIA DAH...KAN BETOL..SAJA JIJI NAK CARI GADOH...
SELAMAT TIDO...KIHKIHKIH

AQUARIUM


yeeeeee...g akuarium kelmarin...tengok ikan besaq-besaq....hahahhaahahaaa...besssss...tq to Mr.A coz wak aku g sana..nak g dah lama..tapi tak sempat...kelmarin baru berpeluang...actually tengok ikan ni (tak kira la ikan ka ..apa ka..janji binatang comel-comel) merupakan satu terapi untuk aku tau...terapi untuk hilangkan stress...tu yang ajak Mr.A pegi situ..lagi pon masuk free ja..tu yang suka...ikan-ikan kat situ besar-besar..besar bantal pelok pon ada....wakakakkakaa...
nak p akuarium tu senang ja...kedudukan dia bersebelahan ja dengan WET WORLD SHAH ALAM...ala yang dekat seksyen 2 tu...kalau korang kat area-area situ kompem tau punya la..dekat TASIK SHAH ALAM...banyak jugak la ikan kat situ...korang nak beli pon boleh..sebab kat situ bukan ja dorang pamerkan ikan-ikan tu tapi dorang jual jugak...barang-barang keperluan untuk ikan pon ada jugak...murah-murah lak tu...
bagi penggemar-penggemar hidupan laut boleh la kalau korang nak datang sini...mesti tak kecewa punya la...he3x...


ARAPAIMA...
CUMEL KAN...
lupa nama ikan ni...hahahaha..
KELISA...
ikan koiii....
IKAN PARI



 Actually besaq jugak la akuarium nie...tapi tak la setanding aquaria kan...tapi kira ok la nie...free ja masuk...kitorang beli 2 ekor ikan emas...hahhahaa...cumel-cumel....k la...nak lunch dulu...tataaaaaaa