Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, October 24, 2011

REAL STEEL...wow !!!! Superb!!!

wow...
superb!!..
tu jew yang nak komen pasal filem REAL STEEL..
ikut ati nak bagi 10 bintang...hahahahaaa..
akhirnya dapat jugak g menonton filem nie ...
thankz to En.A coz sudi teman..
hekhekhek...
walaupun baru balik keja kan...
tapi rasanya penat pun ley ilang tau kalau tengok filem nie,,,
kan..kan...kan..
nak kelip mata sesaat pun macam rugi ...
nak terkencing pun boleh tahan kan..
wakakakaka...
memang betol la macam tajuk dalam MURAI.COM..
REAL STEEL BUKAN SEKADAR FILEM AKSI ROBOT..
yang paling aku rasa best and sweet sesangat la...
filem ni mengetengahkan hubungan kekeluargaan antara ayah n anak...
lakonan HUGH JACKMAN n DAKOTA GOYO dalam filem nie sweet sangat..
sometime akan wat kita gelak jew bila tengok karenah anak n ayah nie..
macam-macam yang tak kena antara dorang berdua tu...
tapi tu tak dapat nak nafikan hubungan mereka sebagai anak n ayah...
tak nak merepek panjang subuh-subuh nie..
kat bawah nie ada rumusan pasal filem REAL STEEL...
aku amek kat MURAI.COM...
nak tau lebih lanjut ley la baca kat bawah nie..



TAJUK: Real Steel
GENRE: Aksi, Sains Fiksyen
PENGARAH: Shawn Levy
PELAKON: Hugh Jackman, Dakota Goyo, Evangeline Lilly, Anthony Mackie, Kevin Durand
EDARAN: Touchstone Pictures

Sekali Imbas
Sebuah filem yang diilhamkan dari cerita pendek "Steel" karya Richard Matheson pada tahun 1956. Berlatarbelakangkan senario lama Americana tetapi pada era masa depan, teknologi robot animatronic dan motion capture digunakan dalam filem ini untuk aksi pertarungan antara robot.


Ulasan Penuh
Sebuah filem yang menarik dan berbaloi ditonton. Sangkaan awal penulis bahawa ini hanya akan memaparkan babak aksi pertarungan robot seperti Terminator dan I Robot di mana latarbelakang bertempat era yang penuh futuristik, meleset sebaliknya elemen kekeluargaan dipaparkan dengan baik dan menyentuh hati.
Filem ini secara keseluruhannya menceritakan pertalian antara seorang bapa dan anak. Charlie lakonan Hugh Jackman, adalah seorang yang peninju berpengalaman tetapi mempunyai sifat ego yang tinggi. Keegoan Charlie tercabar apabila dia dipertanggungjawabkan menjaga anaknya, Max selepas bekas kekasihnya meninggal dunia dan Max diserahkan kepada Charlie.
Max, lakonan Dakota Goyo, berusia 11 tahun merupakan seorang budak yang mahir dalam teknologi namun tidak matang dalam membuat keputusan. Di sini kedua beranak ini terpaksa hidup bersama dan ini menimbulkan ketidakserasian kerana kedua-duanya tidak selesa antara satu sama lain. Di sinilah berlakunya perkembangan watak dan lakonan Dakota Goyo sangat bagus untuk menghidupkan jiwa kanak-kanak Max. Hugh Jackman, bagaimanapun pada penulis masih terlihat karekter Wolverine dalam watak Charlie yang dipegangnya.
Dari trailernya, dilihat seolah-olah Real Steel akan memfokuskan pada aksi tinju robot semata-mata namun tidak. Banyak perkara yang tersirat dalam filem ini menjadikannya begitu istimewa untuk ditonton. Cuma jalan ceritanya sudah boleh diagak menjadikan filem ini agak klise, (watak hero lemah dan kalah dulu, kemudian akan berkembang dan menjadi hebat lalu menang di penghujung filem).
Menyentuh tentang penggunaan CGI, dengan bajetnya mencecah $110 juta (RM346 juta), agak mengarut kalau dikatakan kesan khasnya tidak mengkagumkan. Dunia tinju underground yang dianjurkan dan dihadiri ketua-ketua kongsi gelap, gangster dan segala jenis umat manusia kegelapan dipaparkan dengan menarik dan mimik muka robot juga tidak keterlaluan, Malah, kita boleh mengenali yang robot ini adalah jahat dan kuat manakala robot ini pula pula lemah dan perlukan bimbingan.
Secara keseluruhan, filem ini sangat bagus untuk tontonan sekeluarga kerana selain aksi dan kekeluargaan, babak humor dan komedi juga dipaparkan dengan kena pada tempatnya menjadikan filem ini penuh pengisian dan adunan pelbagai elemen yang menarik.

Sinopsis
Mengisahkan pada masa depan di mana sukan tinju diambil alih oleh robot sebagai peninju menggantikan manusia. Charlie Kenton seorang bekas peninju cuba mendapatkan wang dengan sukan tersebut untuk membayar hutangnya kepada lintah darat. Pada masa yang sama, Charlie mendapat perkhabaran yang bekas kekasinya telah mati dan dia perlu ke mahkamah untuk menyelesaikan kes penjagaan anak lelakinya, Max yang tidak ditemui atau diketahui oleh Charlie sendiri.
Charlie terpaksa menjaga Max buat seketika kerana dia ditawarkan wang tunai $100,000 dan dengan wang itu dia membeli robot baru. Namun kerana sifat ego dan kebodohan Charlie sendiri, robot barunya rosak dan tidak mampu dibaiki. Ketika mencari bahan buangan robot di tempat buangan sampah, Charlie dan Max menemui Atom, sejenis robot buangan.
Di sinilah bermulanya konflik antara Max dan Charlie, Max mahukan Atom menjadi robot peninju yang hebat tetapi Charlie tidak bersetuju dengannya. Mampukah Charlie menerima idea anaknya yang masih mentah dalam dunia tinju? Bagaimana mereka dapat menjernihkan hubungan bapa-anak yang sememanya kusut dari awal? Saksikan filem ini.

so...tunggu apa lagi...
g la tengok kat panggung...
memang aku yakin dan percaya korang tak kan kecewa...
aku pun maccam tak puas jew tengok tadi...
nak tengok lagi....
hahhahahaa
dah la...
choww dulu...

Sunday, October 23, 2011

THE THING

assalammualaikum...
selamat tengah ari semua...
dah lunch ka blom ni...kekekkek
tak apa yang menarik pun weekend nie...
tapi yang menariknya semalam g tengok wayang..
cita THE THING..
tujuan asal g mid nak tengok cita REEL STEEL..'
tapi kat mid tu punya la ramai orang nak tengok REEL STEEL..
beratur punya la panjang...
tempat duduk pun tinggal yang kat depan jew...
tak mau rrr...
so cancel tengok wayang kat mid...
pikir punya pikir amek keputusan try g tengok kat One Utama or the Curve...
so kitorang pilih the curve..
memang ok la kat the curve..
tak sama ngan mid yang sentiasa penuh dengan orang tu..
kat the curve lebih tenang..
tapi tu la still x ley nak tengok REEL STEEL..
hahahhaaa..
tu yang tengok THE THING..
aku tak tau pun citer dia seram macam tu...
menakutkan...
kalau ada sakit jantung memang p dah aku time tu..
aku lebih rela tengok crita hantu tau dari cerita makluk asing yang muka dia uisssshhhh..
tak tau nak cakap ...
takut...
nasib baik tak temimpi-mimpi semalam...
time dok tengok tue memang aku tak senang duduk la..
asyik terkejut ja aku...
adoiiii...
penat tau...
kan En. A kan .......
aku tau En.A pun terkjut jugak kannnnnn...
wakakakakakaa....
kalau tak salah aku nie adalah filem prekuel kepada filem The Thing yang ditayangkan pada tahun 1982.
Mengisahkan tentang sekumpulan orang Norway yang menemui sebuah kapal angkasa yang tertanam di Antartika. Mereka mengimport Kate, seorang ahli paleontologist bagi membantu  mengeluarkan makhluk asing dari dalam ketulan ais. 
Actually Aku tak pernah tengok pun filem The Thing yang asal, maka aku tak boleh nak buat perbandingan secara terus. Tapi orang kata filem The Thing asal tu filem seram klasik, di mana filem The Thing 2011 sekadar menggunakan plot yang sama dengan karekter yang berbeza? 
jom la aku bagi serba sedikit rumusan pasal cerita nie...
tapi aku nak terus terang..
aku tak suka sangat ending dia la...
hekhekhek..


Filem: The Thing
Genre: Thriller, Fiksyen Sains, Misteri
Pengarah: Matthijs van Heijningen Jr
Pelakon: Mary Elizabeth Winstead, Joel Edgerton, Adewale Akinnuoye-Agbaje, Ulrich Thomsen, Eric Christian Olsen, Trond Espen Seim Tayangan: Mulai 13 Oktober
PADA 1982, sebuah filem bercorak seram, misteri dan fiksyen sains arahan John Carpenter berjudul The Thing ditayangkan kepada umum. Filem berkenaan mendapat sambutan baik, serta menerima pujian pengkritik. Ia mengisahkan sekumpulan saintis di Antartik yang berdepan makhluk asing yang mampu berubah bentuknya mengikut penampilan mangsa dibunuhnya.
Hampir tiga dekad kemudian, filem menggunakan judul serta jalan cerita hampir sama menemui penonton. Kali ini, ia diarahkan Matthijs van Heijningen Jr. yang sebenarnya antara pemuja Carpenter. Biarpun digembar-gemburkan sebagai filem yang memaparkan apa sebenarnya berlaku sebelum insiden dalam The Thing lalu, sebenarnya versi baru ini hampir menyamai cerita yang pernah disaksikan versi asal.
Ia masih mengisahkan sekumpulan saintis di kawasan beku menemui pesawat makhluk asing, seterusnya muncul konflik antara mereka sebelum berdepan sendiri dengan makhluk yang mampu mengubah bentuk menjadi seperti mangsa dibunuh. Andainya filem asal dianggap antara judul seram paling hebat sehingga ke hari ini, versi 2011 juga tidak kurang menarik. Ia sarat babak mengejutkan, di samping sokongan produksi memberangsangkan.
Apatah lagi apabila teknologi terkini seperti imej janaan komputer (CGI) mampu membuatkan penonton tidak senang duduk dalam panggung. Filem diadaptasi daripada novel Who Goes There? oleh John W Campbell ini membangkitkan senario seram dengan baik sekali.
Malah, makhluk asing yang digambarkan cukup ngeri dan menjijikkan, bersesuaian sifatnya sebagai makhluk pembunuh. Bukan sekadar dibantu CGI menyakinkan, bahkan pecahan watak dimainkan pelakon turut memberi kesan. The Thing diperkuatkan penampilan Mary Elizabeth Winstead, Joel Edgerton, Adewale Akinnuoye-Agbaje, Ulrich Thomsen, Eric Christian Olsen dan Trond Espen Seim.
Selain elemen seram yang menjadi tunjang cerita, unsur percintaan turut dimuatkan, antara watak Kate Lloyd lakonan Winstead bersama juruterbang, Carter (Edgerton). Namun begitu, babak romantik ini tidak dipanjangkan, sebaliknya lebih kepada membina jambatan kepercayaan antara satu sama lain.
Filem yang mengambil lokasi di Antartika ini turut memaparkan cerita menggetarkan dada apabila memberi tumpuan kepada percanggahan pendapat dan sikap berpuak-puak yang semakin meningkat antara semua watak kerana mereka mula mengesyaki antara satu sama lain. Strategi menentukan siapa yang benar-benar dijangkiti virus dibawa makhluk asing itu memang mampu menimbulkan situasi cukup tegang.
Kelebihannya, filem ini berupaya mengikat penonton untuk mengikuti kisahnya hingga ke penghujung cerita. Lebih-lebih lagi, jalan ceritanya sukar dijangkakan, membuatkan penonton sentiasa ternanti-nanti siapakah mangsa seterusnya, yang bakal menjadi klon kepada makhluk pembunuh itu.
The Thing juga memaparkan unsur tanggungjawab sosial seseorang ahli pemikir atau saintis kepada segenap hidupan. Biarpun melarikan diri dari tempat itu ialah satu-satunya pilihan terbaik untuk diri sendiri, namun ia bukannya keputusan yang mendatangkan kebaikan kepada makhluk lain.
Virus berkenaan boleh tersebar sekiranya lebih ramai yang terdedah kepadanya. Justeru, demi keselamatan ramai, mereka dikuarantin walaupun masing-masing mengetahui bakal menemui ajal jika terus tinggal di sana.
Sinopsis
BERKISAR kejadian menimpa sepasukan saintis dari Norway dan Amerika di benua Antartika, apabila mereka menjadi individu pertama menemui kapal angkasa dan spesimen makhluk asing yang terperangkap dalam blok ais. Penemuan itu dianggap sebagai kejayaan buat pasukan saintis yang diketuai Dr Sander Halvorson ini. Tanpa mereka ketahui, penemuan itu pada hakikatnya mampu membahayakan nyawa masing-masing.
bagi aku filem THE THING nie best la...korang boleh try tengok...
selamat menonton k...

Wednesday, October 19, 2011

CINTA DAN BENCI..

ai...
jumpa lagi...
hikhikhik..
bosan rrr...
study sket jew...mengon9 tu yang berlebih-lebih...
aisshhhh...
parah-parah...
sambil-sambil dok online dengar SURIAcinta bersama dejay Lynn...
hahaahaaa..
lagu jiwang siot...
aku pun dah jiwang-jiwang dah malam nie..
aku sebenaqnya nak ajak korang semua layan lagu CINTA DAN BENCI by GEISHA..
lagu ni bukan la lagu zaman dolu-dolu..
ni lagu zaman IT k..
kekekkeee
saja ja...
aku best dengaq lagu nie..
ntah la...lirik dia tu aku bekenan la...
lagu nie skunk memang tengah hot kat radio...
yala...selain lagu 3 KATA-KRU...CINTA MUKA BUKU-NAJWA LATIFF..n lain-lain...
lagu nie pun apa kurangnya kan...
tip top jugak la...
so kat sini aku upload video klip skali ngan lirik..
senang sket nak nyanyi..
apa lagi..
jom la layannnnnnn..
harap-harap korang terhibur k..

Lirik Lagu Geisha Cinta dan Benci Lyrics
bagaimana cara membuatmu bahagia
nyaris ku menyerah jalani semua
tlah berbagai kata ku ungkap percuma
agar kau percaya cintaku berharga
tak kuat ku menahanmu, mempertahankan cintaku
namun kau begitu saja, tak pernah merindu
reff:
sungguh aku tak bisa, sampai kapanpun tak bisa
membenci dirimu, sesungguhnya aku tak mampu
sulit untuk ku bisa, sangat sulit ku tak bisa
memisahkan segala cinta dan benci yang ku rasa
apa kau mengerti ku sedih sendiri
tanpa ada kamu ku merasa sepi
tlah lama ku menantimu, diam sendiri menunggu
setengah hati mencinta, ku sakit karenamu
repeat reff
woo ooo ku sakit karenamu
sungguh aku tak bisa, sampai kapanpun tak bisa
membenci dirimu, sesungguhnya aku tak mampu
sulit untuk ku bisa, sangat sulit ku tak bisa
memisahkan segala cinta dan benci
sungguh aku tak bisa membenci dirimu
sesungguhnya aku tak mampu
sungguh aku tak bisa, sampai kapanpun tak bisa
memisahkan segala cinta dan benci ooo

cinta dan benci ooo yang ku rasa....



                                                                        camna???
best???
ermmm..sejuk la plak malam nie...
sejuk-sejuk camni la yang wat mata aku asyik nak tutup ja...
addooiii...dugaan betoiii...
k la..nak sambung study jap...
jumpa lagiiiii..
tataaaa...
nite....

Tuesday, October 18, 2011

PERBEZAAN ANTARA SUKA SAYANG DAN CINTA..


assalammualaikum n selamat malam..
best sangat malam nie..
boleh berYM dengan SYUHADA...
macam-macam la kami cerita...
walaupun dia jauh tapi still ley kongsi cerita g ...
hikhikhik...
malam nie nak kongsi satu artikel nie dengan korang semua..
harap-harap sudi la korang baca ekk...
mengenai PERBEZAAN ANTARA SUKA SAYANG DAN CINTA..
errmmmm..
lepas baca nie korang boleh la nilai sendiri k ..
yala kan...sama ada korang nie sayang, cinta or juz suka jew kat pasangan korang... 
tanya la hati masing-masing..
n buat la keputusan yang terbaik untuk hidup korang...
TEPUK DADA TANYA SELERA...
hanya korang jew yang tau apa yang korang rasa... 
hekhekhek..


Saat kau MENYUKAI seseorang, kau ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.
Saat kau MENYAYANGI seseorang, kau ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.
 Saat kau MENCINTAI seseorang, kau akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.
Saat kau MENYUKAI seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,"Bolehkah aku menciummu?"
 Saat kau MENYAYANGI seseorang dan berada disisinya maka kau akanbertanya,"Bolehkah aku memelukmu?"
Saat kau MENCINTAI seseorang dan berada disisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya...
SUKA adalah saat ia menangis, kau akan berkata "Sudahlah, jgn menangis."
SAYANG adalah saat ia menangis dan kau akan menangis bersamanya.
CINTA adalah saat ia menangis dan kau akan membiarkannya menangis dibahumusambil berkata, "Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama. "
SUKA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata,"Ia sangat cantik/tampan dan menawan."
SAYANG adalah saat kau melihatnya kau akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.
CINTA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata,"Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.."
Pada saat orang yang kau SUKA menyakitimu,maka kau akan marah dan tak mau lagi bicara padanya.
Pada saat orang yang kau SAYANG menyakitimu,engkau akan menangis untuknya.
Pada saat orang yang kau CINTAI menyakitimu,kau akan berkata,"Tak apa dia hanya tak tau apa yang dia lakukan."
Pada saat kau suka padanya, kau akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu.
Pada saat kau sayang padanya, kau akan MEMBIARKANNYA MEMILIH.
Pada saat kau cinta padanya, kau akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus...
SUKA adalah kau akan menemaninya bila itu menguntungkan.
SAYANG adalah kau akan menemaninya di saat dia memerlukan.
CINTA adalah kau akan menemaninya tak perduli bagaimana pun keadaanmu.
SUKA adalah hal yang menuntut.
SAYANG adalah hal memberi dan menerima.
CINTA adalah hal yang memberi dengan rela

ermmm... kredit untuk ini blog JIWA-JIWA
aku copy dari blog nie la..
juz nak kongsi ngan member-menber aku kat sini..
k la..
nite...
jumpa lagi besok..




 

Sunday, October 16, 2011

reronda @ UM

ai...assalammualaikum..
camat malam mesia...
dah pkul 12 lbih dah..
mata tak ngantuk g..
tak da keja nak wat..
nak study macam tak da mood jerkkk...
badan sakit-sakit jew nie...
baru 2 ari training dah sakit-sakit kan..
manja betol la badan aku nie..
hikhikhik
bukan apa..
dah lama aku tak training..
kalau tak salah aku dah hampir setahun aku tak training softball..
tak tau la macam mana nanti..
aisshhh..
k la...
malam nie bukan nak crita psal softball pun...
saja ja nak tunjuk pic-pic yang adek azai snap time kitorang ronda-ronda keliling UM..
ntah la aku ska tengok pic-pic tu...
bagi aku cantik-cantik jew...
kredit la tok adek azai...
nak tengok tak??
jom la tengok pic sepetang aku wif adek AZAI, LADY IEDA n NAYA...



aku paling suka pic nie..





nie pun skee

yang nie suka sebab aku nampak tinggi...hahaha
ha..
camna..
ok tak...
kalau agak-agak tak puas tengok boley la start dari atas balik k...
aku bukan tak mau upload banyak-banyak...
tapiiiiii...
ntah apa kena ntah..
aku tak boleh nak upload plak..
GERAM aihhhh..
k la..
rajin-rajin sok aku update lain...
jom tidoo...
zzzzzzzzz 

Tuesday, October 11, 2011

Salahkah Wanita Tak Tahu Memasak?

hikhikhik...opssttt..
assalammualaikum..
selamat malam 1 malaysia...
tak da keja kan...
melawat blog sana...melawat blog cini...
terjumpa satu artikel nie...
tengok tajuk macam menarik...
tajuk nie tak da kaitan ngan sesapa pun..
juz mau kongsi ja apa yang aku jumpa n baca...
tak da niat nak ngata or nak kenakan sesiapa pun k...
mahupun lelaki or wanita...
awal-awal lagi aku nak minta maaf kalau entry kali nie ada menyentuh ati sesiapa...
huhuhuuuuu...
apa lagi.. 
jom la baca...

Salahkah Wanita Tak Tahu Memasak?
Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.

Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.

Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.

Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.

Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!


- Artikel iluvislam.com


errmm...
so macam mana...
terasa tak..???
hahahahaa
ntah la...bagi aku apa salahnya kita sama-sama belajar...
yang lelaki belajar macam mana nak jadi iman n yang perempuan belajar macam mana nak masak...
kan senang..sama-sama belajar...
ada jugak faedahnya kan..
tapi yang perempuan pun kalau nak nampak ok tu aku rasa better la kena pandai masak k...
aku bukan nak tujukan kan sesapa..
juz nak ingatkan diri aku jugak la...
aku pun bukannya pandai masak sangat pun..tapi kalau nak masak untuk 1 family tu insyallah dah lepas la..
hahahhaaa..
tu mak aku yang cakap k...
tapi still belajar lagi...
nak masak macam mak kita masak memang tak dapat la...
mak kita tetap no.1 kalau kat dapur..
tol tak????
tapi aku rasa ada yang tak betol jugak ngan artikel nie..
kalau korang setuju ok la...tapi kalau tak setuju abaikan jew la ekk...
hikhikhik..
sekian..
wassalam.. 
jom tidoo... 
(tetiba ja kan) 

 
 
 

Sunday, October 9, 2011

INFO : Bagaimana mengatasi senggugut (Period Pain) dengan cara semulajadi?

ai..
monink semua..
salam satu malaysia...
ari nie aku dengan berbesar atinya nak share satu info yang bagi aku sangatlah berguna untuk sesiapa yang bergelar wanita...
lelaki pun ok jugak kalau nak baca...
he3x...
info nie khas untuk wanita yang selalu mengalami masalah senggugut ketika korang period..
aku pun kadang-kadang ada masalah nie...
sakit woooooo...
tak tahu nak cakap camna..
tapi yang penting memang sakit...
selalunya kalau aku senggugut senang jew..
aku tido..
tu jew cara aku...
lepas bangun alhamdulillah dah ok...
tapi aku tau ada sesetengah orang yang senggugut sampe banyak ari...
cian sangat...
kadang2 sampai 7 ari period pun still senggugut...
uissshhhh...memang teruk..
kalau jadi camtu aku nasihatkan g la jumpa doktor ekk..
takut jugak jadi benda lain plak kan...
alamak!!!!..
merepek ja keja aku kan...
jom la baca info kat bawah nie..
at least dapat bantu korang jugak..

 
NFO KESIHATAN - http://mcna-health.blogspot.com/ 

Senggugut adalah antara masalah yang biasa dihadapi kaum wanita semasa didatangi darah haid. Ada di antara rakan saya yang perlu mengambil cuti sakit kerana mereka mengalami sakit yang teramat sehingga tidak mampu berjalan. Terasa kesakitannya apabila melihat mereka berguling-guling di katil dan menangis kesakitan. Saya tidak ada pengalaman senggugut yang teruk dan sekali sekala sahaja mengalaminya.

Apakah punca senggugut?

Semasa kelas biologi dahulu, cikgu saya menerangkan senggugut disebabkan pergerakan otot uterus yang mengecut dan mengembang dengan kuat semasa darah kotor turun daripada dinding uterus membawa kepada kontraksi. Pergerakan ini yang menyebabkan kita berasa ngilu apabila darah kotor keluar. Ini antara perkara yang saya masih ingat sampai sekarang walaupun kelas itu 12 tahun dahulu.

Jenis senggugut

Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea boleh dikategorikan kepada dua iaitu dismenorea primer dan dismenorea sekunder.

Jika anda mengalami senggugut sejak daripada awal kehadiran darah haid, anda tergolong dalam dismenorea primer. Dismenorea jenis ini tidak disebabkan oleh penyakit lain seperti ketumbuhan abnormal ataupun jangkitan. Doktor kamu mungkin tidak akan menjumpai apa-apa yang luar biasa pada tubuh kamu semasa pemeriksaan. Antara penyebabnya adalah ketidakseimbangan bahan kimia di dalam badan dan faktor genetik.

Dismenorea sekunder pula adalah golongan yang mengalami senggugut selepas 2 -3 tahun daripada kehadiran darah haid pertama. Golongan ini perlu berhati-hati dan mendapatkan rujukan doktor bagi rawatan lanjut. Sesetengahnya dapat diubati dengan mengambil pil penahan sakit. Kenapa berbahaya? Dismenorea jenis ini boleh disebabkan oleh faktor berikut :
1) Ketumbuhan polips atau sista pada ovari atau uterus
2) Jangkitan
3) Radang Rongga Pelvis
4) Endometriosis
5) Penyakit usus seperti apendisitis
6) Kehamilan ektopia atau kehamilan di dalam tiub fallopio


Bolehkah senggugut dicegah?

Senggugut boleh dicegah dengan pengambilan pil tahan sakit.Ala yang macam jenama pa**d*l tu tapi saya tidak pasti dengan kesan jangka panjangnya jika setiap kali sakit, anda telan sebiji
.
Cara lain dengan mengubah cara hidup kepada gaya hidup sihat terutama daripada segi pemakanan.
 
1) Perbaiki diet : Jangan cuba untuk hilangkan berat badan secara drastik. Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan seratnya. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon, ikan sardin dan parsli.

 
2) Kurangkan garam.

 
3) Variasikan pilihan minuman : Banyakkan minum jus buah-buahan. Ia lebih enak dan sihat berbanding aiskrim atau minuman berkarbonat. Elakkan teh, kopi dan minuman beralkohol beberapa hari sebelum period kamu.

 
4) Ambil Vitamin Tambahan. Ambil Vitamin B dan E. Kamu juga boleh menambah magnesium dan kalsium dalam diet kamu. Beritahu doktor kamu sebelum mengambil sebarang vitamin. Sesetengah vitamin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan kamu yang lain dan mengakibatkan kesan sampingan jika diambil berlebihan.

 
5) Banyakkan makan salmon dan tuna. Ia mengandungi lemak asid omega 3 yang tinggi dan boleh mengurangkan kesakitan dismenorea.

 
6) Kekal aktif. Kamu boleh meneruskan aktiviti harian dan kekal cergas semasa kamu didatangi period. Joging dan berjalan bersiar-siar juga membantu. Kamu boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk bersenam. Bersenam telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan dismenorea.

 
7) Berhenti merokok

 
8) Tenangkan fikiran. Belajar untuk meditasi. Kamu juga boleh mendengar lagu atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menonton filem kelakar. Bergelak ketawa juga dapat menenangkan urat saraf.

 
9) Tuam perut. Dapatkan tuala dan rendam di dalam air suam. Perah tuala dan letakkan tuala di atas bahagian yang sakit. Lakukan sehingga kesakitan reda.

 
10)Tarik nafas dalam-dalam. Baring dan tenangkan diri kamu. Jika kamu pening, padam lampu di dalam bilik dan jauhi bunyi bising. Kesakitan akan berkurang selepas kamu mengambil pil penahan sakit.

Kredit to : Kotex Malaysia

Inilah tujuan menulis cerita mengenai senggugut. Pengambilan kalsium dan magnesium dalam diet boleh mencegah senggugut.



Info daripada Period Pain Relief
Calcium supplements and other mineral and vitamin supplements can also help you get rid of period pain.Calcium helps in maintaining the muscle tone in the body preventing you from getting painful cramps. Magnesium helps in improving the body’s capacity for calcium absorption. You end up loosing less calcium from the body and hence reduce your muscle cramps.