Opsstt...Rupanya hari ni Hari Wanita Sedunia..
Sorry sangat-sangat...
sebagai wanita aku tak penah tau pn...
Aku tau la wujudnya hari wanita..
Tapi tak penah tau tarikh dia..
Macam mana aku boley tau ekk??
Tadi time dok belek-belek FB tetiba jew terpandang satu post dari sorang member ni..
Dia ucapkan selamat hari wanita..
so aku pun teruslah search tenet cari maklumat pasal hari wanita ni..
bukan apa..
Juz nak tau ja..
Kot-kot nanti ada yang bertanya senang la sket aku nak menjawab..
wakakkakaaa..
Rupa-rupanya Hari wanita ni bermula dari sebuah kisah wanita biasa yang mencipta sejarah, sejarah perjuangan wanita yang berabad abad lamanya untuk persamaan hak, keadilan, keamanan dan kemajuan dalam kehidupan yang dikongsi dengan kaum lelaki. Kini sambutan hari wanita adalah simbolik kejayaan wanita seluruh dunia. Di hari ini semua wanita seluruh benua tanpa mengira latarbelakang agama, geografi, kaum, budaya dan politik berkumpul, bermuafakat, bersatu dan bersama-sama menyambutnya dengan perasaan muhibbah dan ceria.
Peristiwa itu berlaku 143 tahun yang lalu, 8 mac 1857. Pada tarikh ini satu mogok besar-besaran telah di adakan oleh beratus wanita yang menjadi buruh di kilang kain dan pakaian di New York. Mereka melancarkan mogok kerana menentang kezaliman majikan dan masyarakat kapitalis yang mengekploitasi keringat dan tenaga dengan bayaran gaji yang amat rendah, masa kerja yang panjang serta keadaan suasana tempat kerja yang tidak berperi kemanusiaan. Lima puluh tahun kemudian di bulan Ogos 1910, Persatuan Wanita Sosialis Antarabangsa telah memilih tarih ini sebagai hari sambutan wanita sedunia. Pada tahun 1975 , Bangsa bangsa bersatu mula merayakan 8 mac sebagai sebagai hari wanita sedunia.
So...Hari Wanita Antarabangsa atau Hari Wanita Sedunia disambut setiap tahun pada 8 Mac
ooooo..baru la aku tau..
Dah 100 tahun sambutan hari wanita baru sekarang aku tau..
kihkihkihkih..
a'a...
tahun ni 100 tahun dunia menyambut hari wanita...
Apa-apapun SELAMAT HARI WANITA kepada semua yang bergelar WANITA termasuk la aku..he3x..
Ingatlah wahai wanita semua...
Ingatlah wahai wanita semua...
"Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak dapat melihat apa-apa"
k la...
chow dulu..
next enrty akan muncul...
hahahhaaa... nite...



No comments:
Post a Comment