Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 11, 2011

LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU..

eemmmm...
sebelom tue..
Assalammualaikum n selamat malam semua..
sebenaqnya tengah tak da keja nie..
baru habis baca 1 novel...
best gila kot cita tu....
setanding dengan novel-novel kesayangan aku sebelom ni ..
macam novel Ombak Rindu (Fauziah Ashari), Cinta pertama (Norhayati Berahim), Bicara hati (Damya Hanna), Adam Hawa (Aisya Sofea) n sewaktu dengannya..he3x..
actually nie bukan novel aku..
aku pinjam kat syuhada...
tak sempat nak beli lagi la...
Baru habis exam..
Insyallah lepas nie kompem aku nak beli buat koleksi...
LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU..from Siti Rosmizah
fuhhh...tengok tajuk pon dah rasa syahdu tau...
memang TIP TOP la novel nie..
aku bagi 4 setengah bintang..
wahhhh..
memang rugi sapa tak baca lagi...
sebelom nie aku dah penah baca dah karya tulisan Siti Rosmizah nie..
CINTA KAU DAN AKU...
novel tu pun best ...
so bila kuar novel nie aku memang tak teragak-agak la nak baca..
macam mana aku tak cakap best..
start baca dah meleleh air mata aku..
memang sedey gila...
aku nie plak kalau da sangkut paut dengan mak ayah memang aku cepat sedey...
walaupun x da kaitan ngan aku tapi bab-bab mak ayah nie memang cepat touching..
kekekekkekee..
bila aku baca ja novel nie rasa macam orang gila pon ada..
yala..
kejap nangis kejap gelak terbahak-bahak..
haiyaaaaa...
macam orang gila daaaaaaaaa... 
actually novel nie penuh dengan emosi. 
Dalam emosi tue juga terselit jenaka n bagi yang dah baca mesti tau gelagat Tengku Aqilah yang mereng-mereng sket  ditambah pula dengan sahabat baiknya Farhana yang memang kelakar habis...cakap pun ikut lepas jew..sangat santai...tak boring..jujur aku cakap rugi sapa yang belom membacanya..
n untuk pengetahuan semua novel nie dah lama dah kuar...kalau tak salah aku dah 6 kali cetak dah pun..
aku nie diibaratkan ketinggalan la jugak sebab baru nak baca...tapi ok la lagi daripada sesiapa yang belom baca...hahhhaaa
kat bawah nie aku bagi sket sinopsis dia...


TENGKU AQILAH, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya. Pertemuan dengan Tengku Ryan yang sangat tidka di duga. Pantang bertemu pasti ada sahaja yang tidak puas hati..pasti ada saja yang akan dijadikan bahan untuk bertengkar. Sampaikan apa yang saya ingat akan kata-kata Tengku Aqilah ...
'samdol punya Mr.Bean. Dia ingat aku tergila-gila nak kawen dengan dia...Heiiiii..aku lebih rela tak kawen sampai ke tua dari berlakikan jantan bulu jagung tu tau!!!!!!!!!..
hahahhaaaa...lawak-lawak...
tapi nak buat macam mana...masa depan kita semua tak tau..Allah penentu segalanya...Orang tua-tua cakap jangan terlalu membenci seseorang itu kelak orang yang kita benci tu la yang akan kita rindu bagai nak gila... 

TENGKU NATASYA yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua. 

TENGKU RYAN AMEER, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar di Syarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya. 
Pernah sekali terkeluar dari pengakuan Tengku Ryan sendiri bahawa dia tidak rela namanya tertera di atas kertas sebagai suami kepada Tengku Aqilah dan dia juga tidak dapat membayangkan yang tengku Aqilah akan menjadi isterinya yang sah. Dan satu kenyataan yang paling best skali yang mana Tengku Ryan mengaku bahawa Tengku Aqilah merupakan wanita yang paling dibencinya di dunia ini. 
Tapi Allah itu maha berkuasa lagi maha mengetahui..Bak kata farhana, 'Tak kenal Maka tak Cinta... 

TENGKU HISYAM, bapa yang berdendam dengan anaknya sendiri akibat daripada tidak percaya akan ketentuan tuhan. Sanggup membuang darah daging sendiri hanya kerana tidak percaya akan qada dan qadar tuhan yang maha esa. 

FARHANA, seorang yang sanggup bersusah payah kerana seorang sahabat. Kepada Farhana la tempat Tengku Aqilah meluahkan apa yang terpendam dihati dan farhana merupakan seorang sahabat yang sangat memahami. selain itu, muncul beberapa watak sampingan yang akan memeriahkan lagi jalan crita nie seperti SHAFIK, MAK KIAH N PAK HASSAN, KAK KEMBONG , TUTI, ALIFF DRIVER n sebagainya. 

TENGKU HASHIM, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah? Segalanya akan terjawab dalam novel setebal 816 mukasurat ini.

SO, TUNGGU APA LAGI..JOM KITA RAMAI-RAMAI SERBU BOOK STORE YANG BERHAMPIRAN...hikhikhik..
ok la..
sekian saja tok malam nie.. 
ada crita terbaru I story kat sini yeerrr...kihkihkhi
tatattaaa..
wassalam..

No comments: