Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, September 24, 2011

BINI-BINI AKU GANGSTER

Lu Langsi Wa Kawin Lagi.. Suami Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan
hahahahaha...
nie la tagline filem yang tengah hot kat panggung skunk nie...
BINI-BINI AKU GANGSTER..
filem terbaru arahan ismail bob hasim..
baru tengok semalam...
aku bagi  4 bintang la...
best...
gelak sampe tak hengat...
wakakkaakakkaaa...
filem yang menggabungkan kembali pelakon-pelakon utama dalam filem ADNAN SEMPIT memang best la wa cakap luuuu...
gabungan Shaheizy zam, Yana Samsuddin, n Intan Ladyana ..
i like it....
pada sesiapa yang selalu menyokong filem melayu kita jangan malu jangan segan tau berkunjung ke panggung-panggung berdekatan untuk menonton filem nie...
aku pasti korang semua berpuas ati...


SINOPSIS:
Bini Biniku Gangster Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster. Dipejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli ..pasti Mat Saja akan menerima balasannya. Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang. Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min Siam.

Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam.

Nak tau kisah selanjutnya kenalah tonton kat pawagam erk ..
k ..
tataaaaa 

No comments: