Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, October 23, 2011

THE THING

assalammualaikum...
selamat tengah ari semua...
dah lunch ka blom ni...kekekkek
tak apa yang menarik pun weekend nie...
tapi yang menariknya semalam g tengok wayang..
cita THE THING..
tujuan asal g mid nak tengok cita REEL STEEL..'
tapi kat mid tu punya la ramai orang nak tengok REEL STEEL..
beratur punya la panjang...
tempat duduk pun tinggal yang kat depan jew...
tak mau rrr...
so cancel tengok wayang kat mid...
pikir punya pikir amek keputusan try g tengok kat One Utama or the Curve...
so kitorang pilih the curve..
memang ok la kat the curve..
tak sama ngan mid yang sentiasa penuh dengan orang tu..
kat the curve lebih tenang..
tapi tu la still x ley nak tengok REEL STEEL..
hahahhaaa..
tu yang tengok THE THING..
aku tak tau pun citer dia seram macam tu...
menakutkan...
kalau ada sakit jantung memang p dah aku time tu..
aku lebih rela tengok crita hantu tau dari cerita makluk asing yang muka dia uisssshhhh..
tak tau nak cakap ...
takut...
nasib baik tak temimpi-mimpi semalam...
time dok tengok tue memang aku tak senang duduk la..
asyik terkejut ja aku...
adoiiii...
penat tau...
kan En. A kan .......
aku tau En.A pun terkjut jugak kannnnnn...
wakakakakakaa....
kalau tak salah aku nie adalah filem prekuel kepada filem The Thing yang ditayangkan pada tahun 1982.
Mengisahkan tentang sekumpulan orang Norway yang menemui sebuah kapal angkasa yang tertanam di Antartika. Mereka mengimport Kate, seorang ahli paleontologist bagi membantu  mengeluarkan makhluk asing dari dalam ketulan ais. 
Actually Aku tak pernah tengok pun filem The Thing yang asal, maka aku tak boleh nak buat perbandingan secara terus. Tapi orang kata filem The Thing asal tu filem seram klasik, di mana filem The Thing 2011 sekadar menggunakan plot yang sama dengan karekter yang berbeza? 
jom la aku bagi serba sedikit rumusan pasal cerita nie...
tapi aku nak terus terang..
aku tak suka sangat ending dia la...
hekhekhek..


Filem: The Thing
Genre: Thriller, Fiksyen Sains, Misteri
Pengarah: Matthijs van Heijningen Jr
Pelakon: Mary Elizabeth Winstead, Joel Edgerton, Adewale Akinnuoye-Agbaje, Ulrich Thomsen, Eric Christian Olsen, Trond Espen Seim Tayangan: Mulai 13 Oktober
PADA 1982, sebuah filem bercorak seram, misteri dan fiksyen sains arahan John Carpenter berjudul The Thing ditayangkan kepada umum. Filem berkenaan mendapat sambutan baik, serta menerima pujian pengkritik. Ia mengisahkan sekumpulan saintis di Antartik yang berdepan makhluk asing yang mampu berubah bentuknya mengikut penampilan mangsa dibunuhnya.
Hampir tiga dekad kemudian, filem menggunakan judul serta jalan cerita hampir sama menemui penonton. Kali ini, ia diarahkan Matthijs van Heijningen Jr. yang sebenarnya antara pemuja Carpenter. Biarpun digembar-gemburkan sebagai filem yang memaparkan apa sebenarnya berlaku sebelum insiden dalam The Thing lalu, sebenarnya versi baru ini hampir menyamai cerita yang pernah disaksikan versi asal.
Ia masih mengisahkan sekumpulan saintis di kawasan beku menemui pesawat makhluk asing, seterusnya muncul konflik antara mereka sebelum berdepan sendiri dengan makhluk yang mampu mengubah bentuk menjadi seperti mangsa dibunuh. Andainya filem asal dianggap antara judul seram paling hebat sehingga ke hari ini, versi 2011 juga tidak kurang menarik. Ia sarat babak mengejutkan, di samping sokongan produksi memberangsangkan.
Apatah lagi apabila teknologi terkini seperti imej janaan komputer (CGI) mampu membuatkan penonton tidak senang duduk dalam panggung. Filem diadaptasi daripada novel Who Goes There? oleh John W Campbell ini membangkitkan senario seram dengan baik sekali.
Malah, makhluk asing yang digambarkan cukup ngeri dan menjijikkan, bersesuaian sifatnya sebagai makhluk pembunuh. Bukan sekadar dibantu CGI menyakinkan, bahkan pecahan watak dimainkan pelakon turut memberi kesan. The Thing diperkuatkan penampilan Mary Elizabeth Winstead, Joel Edgerton, Adewale Akinnuoye-Agbaje, Ulrich Thomsen, Eric Christian Olsen dan Trond Espen Seim.
Selain elemen seram yang menjadi tunjang cerita, unsur percintaan turut dimuatkan, antara watak Kate Lloyd lakonan Winstead bersama juruterbang, Carter (Edgerton). Namun begitu, babak romantik ini tidak dipanjangkan, sebaliknya lebih kepada membina jambatan kepercayaan antara satu sama lain.
Filem yang mengambil lokasi di Antartika ini turut memaparkan cerita menggetarkan dada apabila memberi tumpuan kepada percanggahan pendapat dan sikap berpuak-puak yang semakin meningkat antara semua watak kerana mereka mula mengesyaki antara satu sama lain. Strategi menentukan siapa yang benar-benar dijangkiti virus dibawa makhluk asing itu memang mampu menimbulkan situasi cukup tegang.
Kelebihannya, filem ini berupaya mengikat penonton untuk mengikuti kisahnya hingga ke penghujung cerita. Lebih-lebih lagi, jalan ceritanya sukar dijangkakan, membuatkan penonton sentiasa ternanti-nanti siapakah mangsa seterusnya, yang bakal menjadi klon kepada makhluk pembunuh itu.
The Thing juga memaparkan unsur tanggungjawab sosial seseorang ahli pemikir atau saintis kepada segenap hidupan. Biarpun melarikan diri dari tempat itu ialah satu-satunya pilihan terbaik untuk diri sendiri, namun ia bukannya keputusan yang mendatangkan kebaikan kepada makhluk lain.
Virus berkenaan boleh tersebar sekiranya lebih ramai yang terdedah kepadanya. Justeru, demi keselamatan ramai, mereka dikuarantin walaupun masing-masing mengetahui bakal menemui ajal jika terus tinggal di sana.
Sinopsis
BERKISAR kejadian menimpa sepasukan saintis dari Norway dan Amerika di benua Antartika, apabila mereka menjadi individu pertama menemui kapal angkasa dan spesimen makhluk asing yang terperangkap dalam blok ais. Penemuan itu dianggap sebagai kejayaan buat pasukan saintis yang diketuai Dr Sander Halvorson ini. Tanpa mereka ketahui, penemuan itu pada hakikatnya mampu membahayakan nyawa masing-masing.
bagi aku filem THE THING nie best la...korang boleh try tengok...
selamat menonton k...

No comments: