ai..selamat hari jumaat...aishh..dah lama bebenor tak update blog nie...bukan malas..tapi kekurangan masa...he3x...n dah lama jugak aku tak wat review filem kan...bukan malas tapi tak da kesempatan...kekekekkee...korang tengok tajuk kat atas tu pon korang dah tau kan pasal filem apa yang aku nak cita nie..filem yang tengah panas kat panggung skunk nie...aku kompem berduyun-duyun manusia g panggung skunk nie sebab nak tengok filem nie..tambahan lak rini jumaat..mau runtuh midvalley rini..semua nak tengok The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2...ntah 2 3 HALL dorang bukak malam nie..wakkakakaka..tudia aihhh..penangan BELLA, EDWARD N JACOB...sapa yang tak ikut filem ni memang tak rasa sangat kehangatan dia..tapi if yang dah follow filem nie sejak dulu lagi macam aku ni memang tertunggu-tunggu la ...macam mimpi ja dah tengok The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2 semalam....yala..rasa cepat ja dah setahun...he3x...oppstt...
Bagi yang tak mengikuti filem ini dari
awal, Twilight Saga adalah sebuah siri filem vampire ataupun pontianak
yang bertemakan romantik dan fantasi yang ditulis oleh penulis Stephenie
Meyer. Ia mengisahkan kehidupan seorang gadis, Isabella “Bella” Swan,
yang berpindah ke Forks, Washington, bersama bapanya dan jatuh cinta
dengan puntianak berusia 104-tahun bernama Edward Cullen.Watak utama
dalam filem Twilight Saga ini adalah Kristen
Stewart, Robert
Pattinson, dan Taylor
Lautner.
Filem Twilight dibahagikan kepada 5
bahagian iaitu :
- Twilight (2008)
- The Twilight Saga: New Moon (2009)
- The Twilight Saga: Eclipse (2010)
- The Twilight Saga: Breaking Dawn (2011/2012)
The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2 adalah filem terakhir dalam siri twilight...ermmmm...cedehnya...huhuhuuuu...
Jalan cerita pada permulaan agak perlahan, namun akhirnya menjadi
pantas bila masuknya babak pontianak berlawan sesama sendiri, dan
serigala jadian juga masuk campur. Rupanya setiap ‘vampire’ ada kuasa
tersendiri, contohnya Bella yang dah jadi pontianak tu ada kuasa
perlindungan di mana sesiapa di bawah kuasa itu akan merasa kurang sakit
jika diserang. Peperangan ini berlaku kerana hendak melindungi RENESMEE iaitu anak Bella n Edward yang berdarah separuh pontianak separuh manusia, yang mana mereka
sangkakan ‘immortal’ or anak abadi. Pontianak immortal sangat ditakuti ...so if
wujudnya immortal ini, dia harus dibunuh. Tak dak apa-apa plot klimaks berlainan dalam siri terakhir ini selain
peperangan antara pontianak dapat dihalang dengan kuasa membaca masa
depan seorang pontianak yang lain. Plot lain amat biasa, takkan pernah
lari dari perselisihan faham. Rupanya alam pontianak jugak ada masalah
macam alam manusia kan...hahhahahaa
SINOPSIS
Ini merupakan filem kelima dan terakhir untuk siri The Twilight Saga. Ia
membawa kepada konfrontasi epik di sebuah tasik beku di barat laut
Amerika. Di satu pihak, pontianak yang datang dari seluruh dunia
berkumpul khusus untuk kehidupan yang aman, yang diketuai oleh Bella
Swan (Kristen Stewart), yang baru menjadi seorang pontianak dan
merupakan seorang ibu dan berkahwin dengan kekasihnya yang juga seorang
pontianak, Edward Cullen (Robert Pattinson). Manakala di pihak lain
pula adalah Volturi yang mengepalai sekumpulan pontianak jahat dari
Eropah yang diketuai oleh Martin Sheen.









No comments:
Post a Comment