Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 11, 2012

KAWAN DAN SAHABAT


Assalammualaikum…selamat pagi semua…tengah teman Mr.A study nie…nak exam jap lagi la katakan..aku nak study macam tak brapa nak da mood lagi…so update blog…ntah la…tetiba plak rasa nak sembang-sembang pasal KAWAN n SAHABAT…maybe tringat kat kawan-kawan lama kot…yala …ramai yang dah menghilang…ramai yang dah lost contact…ramai yang memang tak dapat di kesan langsung…tapi tak pa..skunk nie dah da FB…so ley cari kat situ kan…tapi tu la…da jugak yang tak wat FB…so susah sket la nak kesan dorang ni…Ha!!!!..ni la dinamakan kawan…kawan ramai…kawan akan datang dan pergi macam tu ja…may be betol la cakap orang…kita ley dapat ramai kawan …tapi SAHABAT susah sangat nak dapat…

Orang kata kawan dan sahabat adalah dua benda yang berbeza….betol jugak tu… Kawan senang dicari …tapi tak untuk sahabat... Kita boleh berkawan dengan sesiapa sahaja yang kita suka dan memiliki  seberapa ramai kawan yang kita nak….tapi  sahabat hanyalah untuk orang tertentu sahaja…. Sahabat nie lebih rapat  hubungannya… Susah senang segalanya boleh dikongsi bersama…. n sebab itulah kita selalu dengaq ada  kata-kata ni; “waktu kita senang, ramai kawan yang menghampiri, tetapi waktu kita susah ramai kawan yang lari’ dan “kawan ketawa senang dicari, kawan menangis susah dicari”.
Sahabat juga bagi aku seorang yang akan memberi pendapat dan pandangan yang terbaik untuk sahabatnya dan tidak sanggup melihat sahabatnya sedih… nilai sebuah persahabatan tu sangat susah di cari….. Sahabat nie umpama 1000 orang kawan….




Nak tak kita bezakan mana KAWAN n mana SAHABAT….jom la….
Kawan ada dimana-mana, kawan cuma hadir time senang dan syok jew  tapi sahabat hadir time kita  susah, senang, sedih dan gembira…. Sahabat sanggup berkorban demi sahabatnya, sahabat akan sentiasa jaga hati dan peribadi sahabatnya, sahabat akan sentiasa berada disisi sahabatnya, sahabat akan sentiasa membetulkan sahabatnya, sahabat akan berjuang bersama sahabatnya, sahabat akan memimpin sahabatnya yang sedang terkapai-kapai dan inilah namanya sahabat tetapi kawan akan pergi bila kawannya susah dan sedih, kawan akan sentiasa cemburu akan kejayaan kawannya, kawan akan membiarkan tatkala kawannya terkapai-kapai, kawan tidak akan menjaga hati dan peribadi kawannya dan inilah kawan….. Kawan hanya sekadar suka berbual tetapi sahabat berbual, berbincang dan berkongsi pendapat. …..Sahabat umpama permata disebalik kaca dan kawan adalah kaca disebalik permata tetapi ramai yang memilih kaca berbanding permata kerana kaca lebih menyinar berbanding permata….. Ramai pernah mendengar istilah “kawan makan kawan” tetapi pernah tak korang dengaq istilah “sahabat makan sahabat?  Tak penah kan??? Kalau penah pon tu bukan SAHABAT tapi dia juz KAWAN jew…huhuhuuuu



INGAT!!!!
bukan semua kawan boleh jadi teman,
bukan semua teman boleh jadi rakan,
bukan semua rakan boleh jadi SAHABAT,
jadi kalau korang ada SAHABAT,
hargailah mereka...







camna?? pic-pic kat atas ni semua kawan-kawan dan sahabat aku...dari pic tu korang boleh nilai sendiri mana kawan n mana sahabat aku k..huhuhuuuu...actually ramai lagi pic kawan-kawan yang aku tak masuk kan...sebab ramai sangat so aku amek random jew...sorry pada sapa-sapa yang pic dia tak da dalam ni....walaupun pic korang tak da dalam ni korang tetap kawan-kawan aku..jangan terasa pulak k...huhuuuu....errmmm...dah abes layan pic meh aku bagi korang dengaq lagu plak ...lagu KAWAN by RUHIL AMANI....



Apa yang penting bila kita berkawan atau bersahabat kita perlu ikhlas dan jujur dalam perhubungan...jangan hanya mengharap kawan atau sahabat sahaja yang jujur dan ikhlas tapi kita pun kena le ikhlas dan jangan ada simpan cemburu pada kawan atau sahabat kita. ..setiap orang punya kelebihan dan kekurangan..
k la...aku chow dulu..dah subuh...nanti kita jumpa lagi...hahahahhaa..tatatataaa...to Mr. A...goodluck for ur exam... 

No comments: