assalammualaikum n selamat pagi jumaat semua...rini tak da klaz...baru balik bekfes roti canai ngan Mr. A sebelom dia g keja...actually ngadap laptop ni nak siapkan report jap...tapi besa la...bila dah on9...melalut merata...pastu teringat lak semalam dah g tengok tayangan pembukaan THE AVENGERS...so apa kata update dulu kan sebelom idea ilang...he3x...ari 1st kuar dah g tengok tau..wow...hahahahahaa...best filem ni..yala...banyak super hero kita kat sini tau tak...Impian peminat seluruh dunia untuk melihat superhero kegemaran mereka bergabung dalam satu filem dah pon jadi kenyataan. The Avengers nie merupakan adaptasi dari komik Marvel yang mana ia akan menghimpunkan Iron Man, Captain America, Hulk, Thor, Black Widow dan Hawkeye bergabung menentang musuh dalam sebuah filem. wow...seyes sangat AWESOME...tiket sold out siot...GSC mid valley bukak 4 hall semalam...keempat-empat hall full...sampe seat depan orang duduk...aku ngan MR.A pon dapt seat depan ...3 dari depan...huh...tak pa janji dapat tengok..Apa yang dapat aku simpulkan di sini filem ni memang best dan 4.5/5.0 aku bagi. Jalan cerita yang menarik dan ada sesetengah part dalam filem ni sangat lucu tau tak. Aku rasa semua penonton kat dalam pawagam semalam terhibur dengan watak Hulk n Iron Man yang sempoi giler ketika bertarung dengan watak jahat. Memang berbaloi la kalau korang nak tengok filem ini.
SINOPSIS
Filem The Avengers menceritakan ikon adiwira Iron Man lakonan Robert Downey Jr, The Incredible Hulk (Mark Ruffalo), Thor (Chris Hemsworth), Captain America (Chris Evans), Hawkeye (Jeremy Renner) dan Black Widow (Scarlett Johansson) serta Nick Fury (Samuel L Jackson) iaitu pengarah agensi keamanan antarabangsa dikenali S.H.I.E.L.D untuk beraksi di bawah payung pasukan Avengers.
Nick terpaksa melakukan demikian bagi menyelamatkan dunia daripada ancaman musuh baru yang lebih berkuasa didalangi Loki (Tom Hiddleston) yang juga adik Thor.Namun, usahanya bersama Ejen Coulson (Clark Gregg) dibantu Ejen Maria (Cobie Smulders) tidak mudah apabila setiap adiwira itu perlu diyakinkan terlebih dulu. Selain sarat elemen pergaduhan menentang kejahatan Loki yang cuba menakluk bumi, turut diselitkan unsur kerjasama dan kesepakatan antara adiwira meskipun awalnya mereka tampil dengan ego masing-masing dan saling berlawanan. Penonton juga berkesempatan melihat bagaimana watak The Hulk terkenal sebagai makhluk hijau yang gagal mengawal kemarahan bertukar menjadi hero dan lebih fokus menentang musuh utama. Tidak ketinggalan, Captain America yang terperangkap dalam ketulan ais ketika Perang Dunia Kedua perlu menyesuaikan diri dengan kehidupan di zaman moden tanpa orang tersayang dan rakan seperjuangannya.
![]() |
| The Incredible Hulk (Mark Ruffalo) |
![]() |
| Captain America (Chris Evans) |
![]() |
| Thor (Chris Hemsworth) |
![]() |
| Iron Man (Robert Downey Jr) |
![]() |
| Black Widow (Scarlett Johansson) |
![]() |
| Hawkeye (Jeremy Renner) |
![]() | |||||||
| Nick Fury (Samuel L Jackson) |
Disebabkan g tayangan pembukaan semalam dapat la keychain 1 sebab beli popcorn..kekekekekekek
keychain pic THOR...
ok la...chow dulu..nak wat keja lain lak...pada yang akan g menonton aku ucapkan SELAMAT MENONTON k...aku kompem korang akan berpuas ati punya la...k..tataaaaaaa










2 comments:
nokkk....aku dah tgk cite ni ari jumaat lpas. aku lupe nk bg taw hg weh... aku p ngn kazen2, n adik aku. kitorg dpt tix free kot... 1tix =RM100 okehhh...jgn jelezzz.hahahahaa... mmg best cite ni. aku tgk kat space u8 kat bkt. jelutong. shopping complex baru..hehehehee...
hahhaaaaa...hg tgk bila??? jumaat ??? owh...tak jeles pon sebab aku tgk rabu malam...so aku tgk awl lagi la ekk...wakkakkakakakaka....
Post a Comment