seminggu jugak la aku tak jenguk blog ni...
maklum la skunk nie tengah buzy study sket..wahhhh...yala...exam tinggal bapa ari ja lagi ni...tadi dok borak-borak ngan syu then dia bagi aku apa ekk..tak tau nak cakap nie apa...kata-kata ka...sajak ka...korang nilai sendiri la ekk...kalau aku aku panggil sajak ja...he3x..sajak ni aku tujukan pada sapa-sapa ja yang skunk nie tengah bersedeh...ala...tak yah la sedey-sedey k...kadang-kadang tak berbaloi pun kita bersedeh kalau orang lain tak pernah nak hargai hati dan perasaan kita...sedeh nie sangat sinonim dengan airmata...sometime bila kita sedeh mudah sangat airmata nak kuar...terutamanya wanita..bagi aku la...membazir ja airmata tau...sedangkan orang yang buat kita sedeh tu tak pernah pikir pun pasal kita...tapi nangis nie banyak tafsiran dia...ada nangis sebab gembira..ada nangis sebab terluka...aku prefer kalau korang nak nangis biar la nangis sebab gembira k...da jugak maknanya..aku nie bukan la nak bangga ka hapa ka..tapi seyes...aku susah sangat nak kuar air mata walaupun time tu aku sedeh sangat..ntah la napa...kadang-kadang aku rasa macam air mata aku tak da ...hahahaa..kadang-kadang aku terpikir jugak..aku ni ada perasaan ka tak da ekk...susah bebenor nak nangis...ha!!!! tapi kalau aku dah start nangis memang payah la nak benti...1 ari nangis pon boleh...dan selalunya aku nangis sebab ati aku sakit...sakit ati sampe tak terkata dah baru aku nangis...dah la tak mau merepek panjang..jom la hayati sajak ni...
aku tak tau syu amek kat mana...tapi kalau tuan punya sajak ni terbaca kat blog aku ni aku nak bagi kredit la kat dia sebab dah cipta sajak yang bagi aku memang penuh dengan makna yang tersirat...
Jangan bersedih, meskipun engkau telah banyak kali terjatuh dan tersungkur sehingga hendak menangis..
Jangan bersedih, meskipun banyak onak duri yang menjadi rintangan dalam mencapai apa yang kau inginkan..
Jangan bersedih, meskipun saat itu kau merasa tersisih dari kehidupanmu..
Kerana ketahuilah, apa yang kau lakukan itu, jika bersedih, tidak akan membuahkan hasil,Tidak akan boleh merubah apa – apa pun menjadi lebih baik,
Bersedih tidak akan menghilangkan sakit hatimu,
Bersedih tidak akan menghasilkan kerja yang memuaskan,
Bersedih tidak membuat orang memandang hormat kepadamu,
Bersedih tidak membantumu untuk tidak terjatuh lagi,
Bersedih tidak menghilangkan rintangan yang kau hadapi, dan
Bersedih juga tidak membuat mu boleh diterima didalam lingkunganmu..
Hidup ini memang penuh dengan cubaan yang harus dihadapi,
Tetapi yakinkanlah dari dalam lubuk hatimu,
Bahawa Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuan dirinya,
Yakinlah setelah gelap pasti terang akan menjelang..
Ujian dan cubaan yang diberikan kepada kita, kepahitan dan keperitan yang kita rasai,
Pasti ada makna disebalik itu semua,
Cuma bagaimana cara kita untuk mensyukurinya..
Jika ini ketentuan Allah,
Mari kita cuba tabahkan hati,
kerana pasti tersirat sesuatu di balik yang tersurat itu…
Kerana kita manusia biasa,
Tidak terdaya memikirkan apakah hikmahnya..
Apakah rahsianya..
Hidup ini terus berputar!
Tiada masa untuk berlengah!
Tiada masa untuk berpatah!
mari kita kuatkan hati yang serapuh kaca ini,
salutkan bersama doa tulus suci,
kerana doa itu tersimpan satu kekuatan,
kekuatan dari yang Empunya segalanya..
Dan pastinya dunia bukan milik kita, untuk kita atur segalanya,
Kerana takdir itu mengatasi tadbir…
Tadbir dari manusia yang lemah,
Takdir dari Tuhan Yang Maha Mencipta,
Simpan segala pahit dan duka, dalam surat kehidupan ini,
Yang penuh sirat pengajaran.
Disebalik yang terjadi pasti ada yang terjanji termateri sesuatu yang pasti jika kau ridha akan ketentuan Ilahi..
Siapa yang berbaik sangka kepada Penguasa ‘Arasy dia akan memetik manisnya buah yang dpetik di tengah tengah pohon berduri..
” Pimpinlah kami dalam menjalani kehidupan fana ini dengan kasih sayangMU yang tiada batasannnya..”
k la chow dulu...
sambung study PPE...
opsst...
Mr. A dah otw balik k.l dah..
yehaaaa...miss him so much...
k tataaaaaaa...


No comments:
Post a Comment