Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, December 5, 2011

OMBAK RINDU


muninkkk everybody..
how's today??
harap-harap chat la ekk..
seminggu nie asyik cita pasal movie ja kan..
hahaaaaa...
nie pon nak cita pasai movie jugak...
actually tengok movie nie ari jumaat...
tapi arini baru boleh nak update...
buzy sket..
tambah plak dengan internet yang ntah apa-apa..
lagi aku bayar tenet nie makin teruk pulak aku rasa...
hadoiiiiiii...malas la cita pasai nie...wat sakit ati ja...
sebenaqnya aku nak cita pasai filem OMBAK RINDU nie...
(senyum balik)
yesss!!!!!! akhirnya filem yang aku tunggu-tunggu muncul jugak ..
wakakakakkaaaa..
dari tahun lepas rasanya asyik tak sabar-sabar nak tengok...
finally...muncul jugak kan...
aku rasa bukan aku ja yang dok tunggu-tunggu filem nie..
korang-korang semua pun tertunggu-tunggu jugak kan?
filem nie diadaptasikan dari novel OMBAK RINDU jugak...hasil karya FAUZIAH ASHAARI...
best gila novel nie...
walaupun aku baca berpuluh-puluh kali still tak jemu tau...
sampekan watak IZZAH, HARIZ n MILA tu dah macam dekat ja dengan aku..
macam aku kenai....hahahaaaa...
tak sangka sekarang dah difilem kan...
lagi rasa dekat..
walaupun dekat filem banyak yang dipotong babak-babak yang kat dalam novel tapi still best..
tak lari sangat jalan ceritanya dari novel...
still sedey-sedey..
still rasa sweet ja bila tengok IZZAH n HARIZ...
sebenaqnya dah lama jugak la aku tak tengok filem melayu romentik n seyes camni..
maybe sebab pengarah sekarang yang lebih suka wat filem komedi, seram n aksi..
tak banyak filem-filem CINTA yang diketengahkan...
aku dengaq filem nie memang dapat sambutan yang luar biasa..
bayangkan la hari 1st tayangan dah capai kutipan 750k...hebat-hebat...
kalah filem THE TWILIGHTSAGA :BREAKING DOWN - PART 1..
paper utusan semalam plak cakap kutipan dah menjangkau 4 juta pada hari ke-3 tayangan..
memang gempak siot...
pecah panggung tu....
aku g tengok ari jumaat malam...
tu pun penat dok cari tiket...
semua dah full book...
penat jugak la aku n mr.A mencari tiket...
finally dapat kat KLCC pukul 12.20am...
dapat jugak la g tengok...hahahahaaa...
sapa-sapa yang tak g tengok lagi tu cepat-cepat la pegi ekk...
kat bawah nie aku bagi sinopsis cita nie..
walaupun aku tau ramai yang dah tau jalan cerita dia...
tapi macam besa la..aku still nak kasi jugak...hekhekhek.


SINOPSIS
Filem Ombak Rindu hasil karya novelis Fauziah Ashaari, Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.

Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.
Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

Filem arahan Osman Ali ini menampilkan pelakon kacak Aaron Aziz sebagai Hariz manakala, Maya Karin sebagai Izzah dan Lisa Surihani (Mila).  






'CINTA TAK KEJAM...CUMA MANUSIA YANG TIDAK MAHU MENGHARGAI CINTA'
-izzah-

k la chow cincau...
selamat menonton k....

No comments: