Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, February 5, 2012

CINTA KONTRAK

assalammualaikum...selamat malam malaysia...selamat malam cinta...actually novel ni dah lama aku baca...sebelom balik cuti aritu...tapi skunk baru sempat nak review balik...he3x...tajuk dia CINTA KONTRAK by NURUL AIN SYUHADA... Novel yang sekarang tengah naik mendadak menduduki Bestseller Carta Buku Fiksyen Popular.  Lagi cerita kahwin paksa. Memang pembaca novel Melayu dekat Malaysia suka tema atau jalan cerita macam ni ke? By the way, rata-rata komen yang diterima cakap novel ni best and menarik....kat tv skunk pon tengah main cerita BICARA HATI...tu pon cinta kontrak jugak tu...emmm...pa-pa pon jom layan sinopsis dia dulu...pastu aku komen k....




Sinopsis Cinta Kontrak 

"Oi cicak kobeng! Ayat aku tu! Yang kau sibuk-sibuk ciplak buat harta sendiri pulak apahal? Ayat aku tu milik aku secara rasmi tau tak!" Aku semburkan ayat-ayatku dihadapan wajahnya.
Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang dari kampung ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mengumpul duit demi keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. Dengan bantuan sahabat Alongnya, Kak Yati, Airysha bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya.
Muhammad Danial Franz, seorang pemuda kacukan Perancis yang berkelulusan dari luar negara kembali ke Malaysia dan bekerja di bawah daddynya, Dato' Eddy disebuah syarikat besar.
Takdir menemukan Airysha yang brutal dengan Danial yang ego di butik mommy Danial, Datin Aleeya! Danial cuba mendapatkan Airysha tanpa merendahkan egonya. Danial membawa Airysha untuk bertemu orang tuanya untuk dikahwinkan. Tetapi perkahwinan ini bersyarat! Kontrak yang direka Danial dipandang remeh oleh Airysha.
Disaat akad nikah hampir tiba, Airysha menyusun strategi untuk lari!, Airysha mengambil keputusan untuk membatalkan kontrak tersebut. Lantas sekeping kertas yang tertera kontraknya, dibuang. Apa yang bakal terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan masih diteruskan? Bagaimana kehidupan Airysha selepas ini? Adakah masih terkurung disangkar yang disaluti emas? Bahagiakah dia? Bagaimana pula penerimaan Danial terhadap perangai brutal Airysha? Bila senduk bertemu kuali, bila api bertemu sumbu bom, apa yang akan terjadi?
"Kontrak! Kontrak! Kontrak! Tu je yang kau tau nak sebut? Yela! Yela! Aku yang buang. Aku tak puas hati dengan syarat-syarat dia. Ada ke aku sebagai seorang perempuan, kena tido atas sofa? Kau ni manusia takde hati, takde perut!" selorohku. Dalam masa yang sama, aku cuba melepaskan diri daripada rangkulannya. Danial mendengus perlahan.
eeeemmmm...bagi aku la best novel nie..ringan...sesuai untuk korang yang nak relax2kan otak...aku baca novel nie asyik gelak ja...yala..cuba korang bayangkan...airysha..nama sedap...tapi mulut boleh tahan celupar...aku ska..hahahhaaaaa... tak rugi kalau korang beli novel ni...aku dah baca 2x dah..tapi still tak jemu..still tergelak-gelak...tapi kat sini aku tak nafikan yang dah banyak sangat rasanya novel Melayu yang ada dekat pasaran ni yang menceritakan pasal kahwin paksa nie. Sebab tangkap basah, wasiat, terpaksa dan dipaksa lepas tu akan wujud syarat-syarat atau kontrak yang dua-dua akan persetujui. At last, kontrak atau syarat-syarat tu akan batal sebab dua-dua dah fall in love. Haih, rasanya dah banyak sangat cerita macam ni aku baca. Stereotaip sangat jalan ceritanya. Any other interesting ideas? Aku bukan nak mendiskriminasi pulak! sebab aku memang peminat setia novel-novel meayu ni...Novel-novel Siti Rosmizah pun guna tema yang sama. Nurul Ain Syuhada novelis baru kot sebab aku tak pernah lagi dengar nama ni before this. tapi apa-apa pon aku nak say tahniah la dekat penulis novel nie sebab walaupun baru tapi novel CINTA KONTRAK berjaya menduduki carta bestseller dekat popular....aku harap lepas ni Nurul Ain Syuhada akan menghasilkan banyak lagi novel yang menarik...
macam besa...chow dulu...tatattaaaaaa...

No comments: