Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, February 5, 2012

sesuatu yang tak pasti...


Assalammualaikum….selamat malam cinta…selamat malam semua..tengah tunggu SEJUTA MONEY DROP..sambil-sambil tu tak da keja so mengonlinekan diri la….aku tak tau la tajuk kat atas ni kena ke tak ngan apa yang aku nak bincangkan kat bawah ni..kalau tak kena pon wat-wat kena la ekk...hahahahhaaa..ok2...sambung balik...bila dah online nie macam-macam la aku jelajah…then macam-macam jugak la aku jumpa…kekekeeee…dalam dok search macam-macam ni terpandang la satu kata-kata ni yang bagi aku menarik dan emmmm…menarik la….he3x..dia kata…

jodoh itu rahsia Allah SWT
sekuat mana kita setia
sehebat mana kita merancang
selama mana kita menunggu
sekeras mana kita brsabar
sejujur mana kita menerima kekasih
jika Allah tidak menulis JODOH
kita bersama kekasih kita..
kita tetap tidak akan bersama dengannya…

bila terbaca kata-kata ni wat aku terpikir…betol jugak kan…kalau dia memang bukan jodoh kita jangan wat camna la dia tetap tak akan jadi jodoh kita…biaq la kita pertahankan hubungan tu macam mana pon kalau dah tertulis dia bukan jodoh kita dia tetap tak akan bersama kita kan….huhuuu..tapi kalau dia memang jodoh kita…berpisah macam mana pon akhirnya tetap akan bersama jugak…so..bak kata ayat kat bawah ni….

Jangan Bercinta jika tak setia , Jangan ucapkan sayang jika terpaksa , Jangan merindui jika Hati dah benci , Jangan Dipendam jika Dah Jemu , Dan jangan dirahsia jika dah ada pengganti..

JANGAN DIRAHSIA JIKA DAH ADA PENGGANTI..betol!!!!..aku tak tuju pada sesiapa…juz nak kongsi sama-sama ngan korang jew…memang betol la…jangan la cuba untuk rahsiakan jika dah ada pengganti…jangan biarkan pasangan korang tertunggu-tunggu sesuatu yang tak pasti…biar dia kecewa sekarang…biar dia belajar untuk terima kenyataan sekarang dari dia tahu dari orang lain dan itu aku rasa  akan buat dia lebih berkali-kali ganda kecewa…


cinta itu mudah..bercintalah selagi ada yang sudi,dan bersendiri lah andai tiada yang mahu mencintai..usah meratapi kerna banyak lagi cinta di muka bumi..biarlah hilang cinta sesama insan,asalkan tidak hilang cinta kepada Tuhan.. 

tak yah la korang nangis disebabkan kegagalan dalam sebuah percintaan…bagi aku menangis bukan caranya untuk selesaikan masalah..kadang-kadang tu aku heran..ada yang sanggup bunuh diri juz sebab gagal dalam percintaan…ada yang sanggup telan bergelen-gelen ubat tido juz sebab gagal dalam bercinta…napa sampai macam tu skali ekk?? Aku paham perasaan korang..tapi sehebat mana pon kita nanges kalau dia bukan jodoh korang dia tetap akan pegi jugak…jangan dihalang ketentuan tuhan…tapi aku pon suka nanges jugak…tak salah kita nanges..tapi jangan nanges sampai lupa pada pencipta…nanges hanya untuk melepaskan segala beban yang terpendam di dalam ati dan kepala otak korang…tak dapat dinafikan sometime bila kita nanges rasa ringan sangat kepala otak kan???
menangis bukan bermakna meratapi,bukan pula bererti sudah putus asa dan menyerah diri,tetapi menangis kerna cuba mengumpul sgala cinta yang masih tersisa kembali,.. airmata bukan tanda kelemahan,namun ianya tanda kekuatan akan suatu kebangkitan dari percintaan.. 

kadang2 kita sudah merancang yang terbaik dan tetapi akhirnya duka yang datang..namun sedarkah kita apa hikmah di sebaliknya??kita diberi kekecewaan kerana Tuhan yang Maha Mengetahui sedang merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita..cuma kita perlu sabar dan terus menanti.. jangan sesekali kita menyalahkan takdir atas sesuatu yang terjadi..

mentari tidak selalunya memancarkan cahaya,adakalanya terlindung dek mendung yang tiba..rembulan tidak selamanya bersinar terang,kadang2 hilang dek gerhana yang mendatang..apa jua yang kita miliki juga tidak selamanya di genggaman,kadang2 di suatu masa kita bakal kehilangan..cuma,hargai selagi masih di sisi,agar kenangan manis tidak luput dek zaman dan masih kekal di ingatan..

gila jiwang aku malam ni…hahahahhaaaa…bukan apa kadang-kadang benda-benda macam ni memang kita terpaksa hadapi…walaupun aku tau ramai yang benci situasi macam ni kan…GAGAL DALAM PERCINTAAN..tapi betol jugak dengan kata-kata kat bawah ni…


di dalam cinta adanya duka..di dalam rindu adanya seksa..di dalam kasih adanya pedih..di dalam penantian adanya ketidakselesaan..jika asyik memikirkan negatifnya cinta,bila pula kita akan merasa nikmatnya cinta??pandangilah kepada kebaikan yang ada moga2 bahagia itu milik kita..usah dipeduli apa orang berkata,kerana bhagia itu kita juga yg akan rasa.. 

betol!!! Setuju….

usah dibiar cinta layu di hujung mekar..(wah dah macam tajuk lagu RIO dah ni…LAYU DIHUJUNG MEKAR)…sentiasalah cuba menjaganya selagi terdaya..hanya org yg btol2 memahami erti cinta,akan memeliharanya seperti nyawa..bagi yg menganggap cinta hanya mainan jiwa,pastinya dengan mudah menukar2 cinta mengikut seleranya.. 

bersembang pasai cinta, aku tak nafikan ramai orang mampu lakukannya..namun untuk bercinta tidak semua yang tahu akan maknanya....terlalu payah untuk dimengerti, terlalu payah untuk difahami..hanya yang benar2 mendalaminya akan beroleh cinta yang sejati..kepada yang masih belum berpunya, trylah cari coz mybe perjalanan korang itu masih panjang untuk dilalui...bagi yang sudah memiliki, hargailah sebelum ia melangkah pergi..cuba pertahankan agar ia tak pegi …OK!!!
INGAT!!!!

"Di saat kau ingin melepaskan sesorg
ingatlah di saat 1st time kau jumpa dgnya..
"Di saat kau mulai tidak mencintainya
ingatlah di saat 1st time kau jatuh cinta padanya..
"Di saat kau mulai bosan dgnya
ingatlah selalu saat-saat terindah bersamanya..
"Di saat kau ingn menduakanya
bayangkan yg dia sentiasa saja setia..
"Saat kau ingin membohonginya
ingatlah di saat dia selalu jujur padamu..
"Semoga kau akan merasakan dia amat bererti buatmu selamanya..
 
Chow dulu…..mau makan sikijap…ada masa aku update lain…

No comments: