Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 1, 2010

AD + IZ


AD + IZ???? Ehehhhh...apa tu?? Dah macam formula ekonomi pun da jugak ni. AD..Eeemmm..klu lam ekonomi ni Aggregate Demand..Nasib baik tak dak AS kalau tak kompem aku kata Aggregate Supply plak...hihii
aissshhhh...Apa ni ekonomi plak..lupakan dulu pasal ekonomi. Buat penin jew. Ni tak ada kaitan langsung dengan ekonomi k. Ni la novel terbaru yang aku baru abis baca. Pinjam dengan SYUHADA dulu sebab tak sempat nak beli lagi dengan kata lain sebenaqnya tak ada duit lagi nak beli...wawawaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...mak nak duit nak beli novel..
Dah2 jangan dok merepek sangat. Ni nak cerita sikit pasal novel ni. Bagi aku ok la. Not bad. Tak rugi kalau beli. So pakat2 la p beli novel ni k. Aku pun walaupun dah baca tetap nak beli sebab nak buat koleksi.

Apa tu AD?..apa tu IZ?...AD tu nama dia punya heroin dalam novel ni ADRIANNA MAYESA n IZ tu la hero dia TENGKU FARRIEL IZUMI. Fuhhh...Nama tak ley blah. Punya la sedap. Novel ni aku rasa ada pengaruh cerita-cerita korea or jepun sket la.Tu aku punya pandangan k. Korang kalau nak komen ka hapa ka sila baca  novel ni dulu k baru boley komen panjang-panjang. Kalau tak baca lagi jangan dok gatai-gatai nak mengomen. kekekeke...Ok la meh sini aku nak story sket pasal novel ni.

Novel ni alkisahnya pasal sorang pompuan ni, nama dia Adrianna Mayesa atau AD atau ADRY atau RIANNA. Yang aku senarai tu sume nama dia. Jangan kata orang lain plak. Aku pakai nama ADRY la ekk. Adry ni kerja kat butik pakaian yang mana dia ni sanggup buat apa saja untuk menyara keluarga tiri dia walaupun dia ni selalu saja di tindas oleh mak, ayah n adik-adik tiri dia. Family dia ni punya jahat nak mampos. Geram pulak aku dengan depa ni. Kalau aku kat tempat si Adry ni dah kompem-kompem depa ni kena sekeh ngan aku. Kita lupakan dulu pasai family tiri Adry. Skunk aku nak cerita macam mana si Adry ni boleh jumpa dengan si Tengku Farriel Izumi atau IZ atau Ariel.

Alkisahnya bermula bila berlaku salah faham . Time tu si Adry ni nak hantaq pakaian ke rumah pelanggan dia tapi tanpa dia sedaq dia telah terjebak dalam 1 perkahwinan kontrak yang mana dah merubah tiga ratus enam puluh darjah paksi hidup dia. (kalau nak tau macam mana dia terjebak dengan perkahwinan kontrak ni kena la beli novel ni. kalau aku cerita semua tak suprise la nanti. He3x) Bermula dari saat tu la si Adry ni hidup dalam kemewahan di samping Tengku-Tengku yang bermacam ragam, di samping menjalani kehidupan sebagai seorang 'isteri' kepada Tengku Farriel Izumi. Yang paling tak tahan tu Si Farriel tu sebenaqnya senior Adry time dia sekolah dulu. Dan yang lebih parah lagi time sekolah dulu Adry n Farriel ni boley di ibaratkan macam anjing ngn kucing. Tak boleh bertemu muka mesti nak bercakar.
(Cuba bayangkan orang yang selama ni benci kita tiba-tiba kena hidup sebumbung dengan kita. Adusssss...Sadisnya..Macam nak pecah rumah asyik gaduh. Tapi sampai bila nak gaduh kan. Lama-lama ada juga rasa sayang tu. kekekekeke)
Tapi bila Adry dah mula selesa dengan kehidupan dia, sesuatu yang selama ini dirahsiakan dan langsung tidak diketahuinya telah terbongkar...lantas meragut kebahagiaannya. Apa dia rahsia tu baca sendiri k. Tak boleh Cerita banyak-banyak. he3x.

Time aku dok tengah syok baca novel ni banyak gak la aku jumpa kata-kata yang menarik untuk aku kongsi ngan member-member aku kat blog ni. Jom kita hayati setiap kata-kata dia k. cantik-cantik gak la kata-kata dia. Jooommm layaaannn..

kita dirancangkan untuk bertemu....
kita ditakdirkan untuk berjumpa....
namun adakah untuk bersatu...buat selamanya?

aku cuma berpeluang menjadi kekasihmu selama tiga jam, tiga puluh minit, tiga puluh sembilan saat...
untuk itu, izinkan aku menjadi pencintamu buat sepanjang hayatku...
(Adrianna)

'Aril, mencintai itu bermaksud kau terima pasangan kau seadanya. Dan dia terima kau seadanya. Dia tak perlu berubah demi kau dan kau tak perlu berubah demi dia'.
(Qhuz -besfrend Aril)

'Saya percaya kalau saya ikhlas mencintai dan menyayangi awak, saya akan memperolehi cinta awak suatu hari nanti. Dan saya akan tunggu sampai hari itu tiba'.
(Ihsan - Sepupu Aril)

'mencintai tak semestinya memiliki'
(Ihsan)





k tata..Oppssttt sebelom lupa..Sok aku balik kampung..waaaaaaaaaaaaa..best rrrr..x sabar nak jumpa ngan orang-orang tersayang. Rindu bangat seeehhh...Dah lama aku tak balik kampung. Huhuhu..K la.. nak packing barang jap..jap g kita jumpa lagi. Tu pun kalau aku tak tidoq..he3x..taattaaaa...

No comments: