Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 21, 2010

KENAPA ALLAH TEMUKAN KITA DENGAN ORANG YANG SALAH??

Emmm..
Dah banyak ari tak update blog ni..
Saja ja ..
Buzy sket sejak balik kolej ni..
Biasa la dengan assignment yang melambak-lambak..
Dengan Presentation yang berderet-deret dok tunggu turn nak kena present..
Pejam celik pejam celik dah dekat final exam..
wwooowoooo..
Tetiba jew hati jadi takut..
Perasaan dah gundah gulana ni..
Wahhhh..
Tadi cam besa la bukak FB..
Tetiba jew tertarik dengan satu link ni..
Sangat menarik..
Bagi aku la..
Link ni create by SEBUTIR MUTIARA SEINDAH WANITA..
Credit untuk pemiliknya..
Tazkirah kat dalam tu best-best..
Tapi aku ska dengan tajuk nie..
"KENAPA ALLAH TEMUKAN KITA DENGAN ORANG YANG SALAH"
Jom layan ...Dia kata kat situ....

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

Dah baca..
so ada apa-apa komen..
he3x..
aku???
Ntah la..
Bagi aku apa-apa jew yang berlaku dalam hidup kita ni mesti ada hikmah di sebalik tu..
Hanya DIA yang maha mengetahui..
So banyak-banyakkanlah bersabar....
Bak kata Pakar motivasi kesayangan aku..
DATO' HJ. MOHD FADZHILAH KAMSAH..

'kita jangan selalu mengharap..
kerana mengharap tidak pasti tertunai...
tetapi kita boleh bersabar...
kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan..

Thankz Dato'..
Saya akan pegang kata-kata tu..
Tu jew la yang nak kongsi tok ari ni..
Sok da presentation..
Tak prepare pon..
Sok redah jew la..
kekkeke..
k la..
choww dulu..
Taatattaa..
Assalammualaikum..


No comments: