Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, September 16, 2010

SELAMAT HARI MALAYSIA

Selamat menyambut ulang tahun penubuhan Malaysia....
Dalam kita dok menggila sambut hari raya jangan la pulak kita lupa yang hari ni hari penubuhan Malaysia...
16 September hari penubuhan Malaysia...
Ha!!!
Kena ingat tue..
Jangan dok buat-buat lupa lak..
kang nanti da orang tanya tak tau nak jawab..
AdOiiii...
Malu tau kalau tak tau nak jawab..
Toksah dok kat Malaysia la kalau camtu...
g la dok kat negara mana pun...
tue pun kalau da yang nak terima la..
kekekekke
Nia aku da sket info pasal penubuhan malaysia..
Jom la baca..
Untung-untung dapat ilmu dak rini..
he3x..

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963.

Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6.

Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama.

Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri.

Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.
Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia

Yesss...maksudnya rini cuti  la ekk...
Tahniah-tahniah kat suma.
sebab rini cuti...
kekekekeke

SELAMAT HARI MALAYSIA..
SALAM 1 MALAYSIA BUAT SEMUA..

No comments: